Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t

Disaat semua family gemuruh tengok bola Malaysia melawan Thailand, ana pulak sibuk mengoreng-goreng keledek goreng. Hehe.. sory la tak minat sangat la tengok bola. Tengok status update kat facebook pun ramai kucewa-kucewa sebab Thailand dah 2 dah and Malaysia 0. Tak pela, adat pertandingan, ada menang, ada kalah. Kadang-kadang dalam hidup ni tak semestinya kan kita sentiasa berada di atas. Macam roda. Yang sentiasa berputar-putar. 

Ok ana nak tanya semua. Dah tengok ker cerita "wArkah Cinta", adaptasi daripada Novel Warkah Cinta Berbau Syurga. Hurm. ok siapa tak tengok lagi leh la ea tengok, kat tv al-HijrAH. Actually, ana minat betul dengan lagu ni. Jom dengar and saksikan video ni. Ok sekarang Malaysia dah diumumkan kalah lawan bola. So, let's tenangkan hati semua k dengar lagu ni. Hehe....rileks k semua.

:
:
:
:
:
:
v


Okai dah tonton semua video ni? hurm...sebenarnya sedih cerita ni kalau siapa-siapa dah baca sinopsis cerita ni. Nanti wardah akan mati dalam cerita ni, and amir mukhlis akan ada sakit. Ustazah balqis plak minat kat Amir Mukhlis ni nanti. Sedih kan. So, rasa macam tak sanggup nak tengok cerita ni sampai habis. 

Kalau kita tengok awal-awal video ada pesanan yang kawan Amir nasihatkan Amir tyme tu. Lebih kurang macam ni pesan dia. "Anta kan penghafaz Al-Quran", "Mana boleh main cintan cintun ni". Betul la tu apa yang dipesannya. Lagi-lagi kalau penghafaz Al-Quran, memang tak boleh nak main cinta-cinta ni sebab boleh menyebabkan ingatan terhadap hafalan tersebut akan hilang sedikit demi sedikit. Itu belum lagi dengan masalah hati dan lain-lain perkara lagi kan.

Agak-agak zaman sekarang ni masih ada lagi ke main-main warkah cinta ni? hurm zaman sekarang dah moden, ramai dah tak guna dah surat-surat ni macam Wardah and Amir. Sekarang ramai dah direct jek kalau bercinta. Contact guna handphone boleh, facebook, e-mel and the latest one I-pad. hurm cinta di zaman IT sekarang. Cuma anda penentu cinta yang macam mana yang anda pilih. 

Suka satu statement dalam lagu ni:

".....selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan...."

...betul la...semua orang tak suka orang lain berkasar dengan diri kita kan....so, kita jangan berkasar dengan orang lain....sedangkan Rasulullah sendiri banyak diuji dengan kekerasan manusia jahiliah semasa baginda menyampaikan da'wah. Namun kekerasan tersebut still dapat baginda patahkan dengan kelembutan Rasulullah s.a.w tu.

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu” (Ali Imran: 159).

kat sini ana nak tambah sedikit pesanan ringkas jek, bukan Al-Hafiz atau Hafizah jek tau yang tak boleh nak main cintan-cintun ni. Kita pun kena juga jaga batasan dalam melahirkan rasa cinta tu. Amik iktibar macam sikap Amir Mukhlis tu, hanya dengan doa dan solat hajat jek sebenarnya. Serahkan pada Allah, In Sha Allah, Allah akan berikan kita jodoh yang baik.

ok sekian daripada ana dan tahniah kepada semua pelakon hebat "Warkah Cinta". Moga-moganya lebih banyak lagi filem-filem atau cerita-cerita islamik yang dikeluarkan zaman sekarang ni yang berlandaskan syariat Islam macam cerita ni. Mudah-mudahan boleh menjadi panduan kepada semua muda mudi sekarang ni yang selalu sangat terjebak dan mudah terjebak dengan gejala cinta ini. 

Akhir kalam daripada ana:

"jANGAN biarkan cinta yang fitrah itu menjadi fitnah; sebarkan cintamu kepada  PENCIPTA kita, kerna cinta itu hadir daripada PENCIPTA dan kepada-Nya jualah tempat kita menabur cinta, moga cinta hamba Allah yang mencintai-Nya bakal kita perolehi jua suatu hari nanti" 

 

 

 

 

::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here