Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t

Hurm....apa khabar iman antum wa antunna semua? Mudah-mudahan baik-baik sahaja... Dah lama rasanya ana tak tulis something kat blog ni... Alhamdulillah, hari ni berkesempatan dengan sedikit masa yang ada untuk menulis sesuatu...

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-asr: Allah s.w.t berfirman: Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh....(dan seterusnya)...menerusi ayat ini, ana nak relatekan dengan situasi kesibukan yang melanda ana dan rakan-rakan praktikum yang lain. Praktikum sebulan ini banyak menguji kekuatan fizikal, dan juga rohani semestinya. Sebab, bilamana kita diuji dengan faktor masa dan pengurusan masa kian padat, sewaktu itulah kita dapat menguji sejauhmana pengorbanan dan kemampuan kita untuk terus giat bergerak dalam dakwah dan menjaga hak-hak diri kita terhadap tuntutan rohani kita....

setiap hari, masa diisi dengan tugasan-tugasan membuat ABM, buat RPH (rancangan pengajaran harian) dan tuntutan-tuntutan tugasan-tugasan tambahan di sekolah yang memerlukan komitmen, dan dalam masa yang sama, tuntutan dakwah seperti usrah dan juga lain-lain perkara.

namun, ana berpegang kepada kata-kata seorang ukhti yang menjadi suatu kata-kata pembakar semangat iaitu"bilamana kita melakukan sesuatu perkara yang tidak menjadi kebiasaan kita dan tugasan itu akan memberi tekanan pada kita; we need to change our mind" dengan cara bagaimana??? iaitu: kita tukar apa yang kita anggap boleh memberi tekanan tersebut dengan menganggap perkara tersebut menggembirakan kita, betullah, kita adalah apa yang kita fikirkan dan apa yang kita niatkan itulah yang akan kita dapat......

x sangka tup tup.....sebulan bukan masa yang lama untuk dijalani....sekejap jek....sekarang dah minggu ke-3 ana berpraktikum....dan ana enjoy dengan perkara ni....dapat sampaikan ilmu pada ana murid bukan sekadar untuk diobserve tetapi betul2 nak mereka dapat faham dan amalkan ilmu untuk akhirat ini sampai bila-bila..... Allah....ana sangat suka dengan pekerjaan ini.....(^^)/ 



berkesempatan ajar mereka ni berlatih nasyid....biarpun tak menang tapi mereka menang di hati ustazah kerana berjaya perform dengan baik....alhamdulillah..... 

bersambung........

ok....bersambung kita pada kisah berikutnya.....sekarang ana pun dah berjaya menamatkan sesi praktikum ana di SK Keluang ni....bilamana tak g sekolah....rasa rindu sangat nak g sekolah jumpa anak-anak murid ni.....sob...sob.....sayang u ollz....

 
kumpulan nasyid nilah anak murid kami yang pertama kami ajar sepanjang dalam minggu pertama praktikum.....memandangkan minggu pertama praktikum masih lagi tidak menerima sebarang jadual waktu....

 
.sory, gambar ini senget....saja jerk nak biar pening kepala anda tengok.....heee....




inilah dia dua orang pemain gendang kumpulan nasyid ni....comel dan handsome kan.....alhamdulillah lah mereka ni senang jek terima apa yang diajarkan dari segi teknik memukul gendang dan alhamdulillah syukur juga ana ada basic cara nak pukul gendang tu berkat menyertai kumpulan nasyid sekolah dan tangan yang memang suka pukul segala benda yang ada di depan mata...mesti jadi gendang.....tak kira la meja ke...baldi ke.....


.dan....seperti biasa....selesai jek sesi observe pensyarah.....muka dah stress dan badan pun penat mengajar....kami akan berpoya-poya di ISMA cafe....hee....nama cafe ni ISMA CAFE.....makanan dia best2....dan my favourite cafe untuk melepak melepaskan kepenatan dengan makan dengan sepuas-puasnya.....hurm....

ok that all for today....thank u for reading k....(^^,)


::: Komen kalau suka :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here