Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger


::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum warga muslimin dan muslimat..

Hari ni saya dah 21 tahun 1 hari...hurm and sedar tak sedar dah sem 3 bergelar pelajar bakal ijazah sarjana muda perguruan Pengajian Islam...hurm..kerja yang pada mulanya tak pernah terfikir dek akal...namun takdir Allah lebih indah dari apa yang kita inginkan...Allah kNows setiap kemampuan hambanya kan.. macam dalam surah Al-Baqarah ayat 216..suka ayat ni..

sebenarnya tiba-tiba nak tulis entry kali ni sebab tadi tertengok plak gambar-gambar lama-lama dulu masa awal-awal sem kat maktab..


ustaz ustazah wanna be...tyme kem bestari solat


Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

begitulah mencabarnya cabaran sebagai seorang guru @ ustaz n ustazah


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

tanpa guru siapalah kami


tutor kelas ana...sekarang dah pindah ke IPG Rajang...huhu...sangat menitikberatkan tajwid dalam bacaan al-quran...teringat kelas tajwid ustaz tyme hari ahad jam 2.30..tyme ni berapa kerat jek yang turun...tp ustaz tetap buat kelas gak kat surau


ustaz Ahmad...idola kami...pakar dalam menulis buku...dah bersara dah...tapi bukunya tetap jadi panduan dan rujukan utama...


Dr Abdullah... salah seorang pensyarah ana... bangga dapat belajar dengan orang-orang hebat ni...segala tunjuk ajar mereka semua juga hebat-hebat...


Ustaz A. Mazlam....pakar dalam qiraat...sekarang ana tengah belajar dengan ustaz subjek pengajian al-quran dan tafsiran...kena amik sebanyak mungkin ilmu yang ada pada nya...


Ustaz Hamid...juga bakal Dr muda...insyallah...meneruskan pengajian dalam PHD sekarang....sangat hebat dalam tamadun Islam...sekarang dah terbitkan buku yang hebat gak " Detik-detik Constantinople"... so,sesiapa yang belum dapatkan buku tu bleh la beli nanti yerk....sangat bagus...ana dah ada 1 dah...siap tandatangan lagi...


Ustaz Helmi....sekarang ana tengah belajar dengannya subjek Ibadat...sangat-sangat menitikberatkan sahsiah kami as a muslim n ustaz n ustazah...syukran ustaz...selalu beri teguran membina


Tutor baru kami...Ustaz Kamil...insyallah...ustaz ada jual buku-buku  Islami yang penulisnya sangat bagus...setiap hari Rabu malam Khamis akan diadakan kuliah hadith Riadhus solihin dan minggu seterusnya pula kitab aqidah...gilir-gilir...

sememangnya tak rugi ana menuntut di IPG KSM ni...banyak sumber ilmu dan syurga dunia (majlis ilmu) yang boleh ana pergi...alhamdulillah...sangat bersyukur...peluang sebegini susah nak jumpa kat mana-mana


Ustaz Nik...dah lama tak dengar cerita...dah lama dah pindah ke Ipg lain..


Ustaz Yusri...pensyarah bahasa Arab ana...merangkap mentor ana....sangat hebat dalam bidang nahu, i'rab al-quran... hurm syukur dapat belajar dengan ustaz....sekarang kami sedang buat kelas pemulihan bahasa arab...belajar i'rab bahasa arab....alhamdulillah rasa sangat bersemangat nak baiki bahasa arab...


Ustaz Abdul Aziz....selaku KJ (Ketua Jabatan) JAPIM... sangat ambil berat tentang pelajaran kami (pelajar pai 41 orang kat maktab)...setiap kali nak exam mesti ustaz akan buat perjumpaan untuk tengok balik pointer yang lepas...sebagai semangat n pemberi motivasi untuk kami lakukan yang terbaik untuk peperiksaan yang akan datang...


Ustaz Zamri...mengajar kuliah tafsir di surau...juga pakar dalam bidang bahasa Arab...ustaz baru jek datang IPG KSM...berpindah dari IPG Rajang...ana belum belajar dengannya lagi....just belajar tyme kuliah kat surau jek...setiap hari rabu jam 3.30 petang diadakan kuliah "matan abu syuja"...kitab fiqh bahasa Arab...sangat mengagumkan dapat peluang belajar kitab fiqh lama dalam bahasa Arab...

alhamdulillah...tulah sedikit sebanyak ceritera kami (pelajar pengajian Islam di Ipgm ini)



sekian dari ana...assalamualaikum

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum semua...

Tidak ku sangka... i already 21...rasa macam baru semalam dilahirkan...(hehe menipu jek kan kalau rasa macam tu)

" pejam pelik; pejam pelik dah 21" tanggal 24 januari 2012 genap umur ana 21 years old...tua dah... belakang dah ada old...

Umur yang semakin meningkat ni mengingatkan ana akan semakin hampirnya saat kematian kita; semakin hampirnya kita bertemu dengan Allah.

so, harapan ana untuk diri ana sendiri; semoga umur yang semakin meningkat; menjadi motivasi buat diri ana untuk terus mempertingkatkan amalan untuk dijadikan bekalan ke akhirat...insyallah amin...

Actually tadi pukul 11.45p.m baru jek balik dari Umbai, Melaka Tengah...Tak sangka ayah nak celebrate my birthday kat situ...huhu...terharunya....ingatkan dah besar ni tak yang celebrate2 lagi dah...upenye ada gak...hehe...

perjalanan yang agak panjang....malam2 g melaka tengah...tidak disangka-sangka...hehe


tak pernah g sebenarnya sebelum ni...lepas tanya orang sana sini akhirnya jumpa gak restaurant seafood ikan bakar Umbai...

kat sana ada banyak gerai makan...bukan gerai tapi restoren dengan sajian yg pelbagai jenis makanan yg kita perlu pilih....ikan, udang semua segar-segar belaka lah...just pilih and cakap nak suruh dia masak apa...t dia masak lah...


 ya....ini dia tempatnya...dah macam jalan-jalan cari makan plak rasanya... medan selera ikan bakar Parameswara....hehe....Parameswara tak da tyme ni....dia masak kat dapur....(gurau jah)

jom tengok menu yang kami tempah: yum2


 ~order nasi putih~
layanan memang memuaskan dan survice dia memang cepat


~ok yang ni bagi sesiapa yang tak kenal; ni nama dia otak-otak kempas~

orang tu akan letak jek atas meja, so kalau nak makan boleh, tak nak makan pun boleh....kalau makan kena bayar lah, kalau tak makan...tak dikira lah....otak-otak ni memang sedap...


buah-buahan ni diorang akan letak awal-awal gak....sme style dgn otak-otak tadi...so kita kena makan buah dulu sebelum makan nasi...bukan makan buah last ok...itu cara Yahudi memperalatkan orang Islam...cara sunnah Rasulullah s.a.w adalah makan manisan dahulu sebelum makan makanan yang lain..


harap maaf yang ni bukan sejenis makanan....ni my little brother...(kHairul Iman-sebaik-baik iman) insyallah...muka excited dapat makan...sampai tak pandang kiri kanan..


jus oren: fresh punya


~ sayur kailan masak ikan masin ~


~ sotong gorang tepung ~


~ udang masak sambal ~

 n masakan yang tiada dalam gambar adalah siakap 3 rasa...huhu...memang enak la...x dapat amik gambar sebab siakap tu datang lambat...so mse tu tangan dah pegang nasi...


~sambal lada~


so overall sangat puas hati dengan masakan dan layanan kat sini...sesiapa yang nak g boleh la berkunjung ke Restoren Umbai...Melaka Tengah...

syukran kepada penaja makanan hari ini.....hehe...ayahku....tercinta....


love them very-very much

thank you...thank you so much for celebrate my birthday


muka ceria after dapat makan banyak-banyak


muka ceria my little sister...muka teruja nak makan....same with my ummi....


sekian sahaja kisah untuk kali ini....bertemu di entry yg lain...salam ukhwah dari ana buat semua...

Assalamualaikum

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum...jom ikut caya g jejalan...


are u ready??


jom ikut saya!!!


di rumah sedara kat kluang man...hehe...kat keluang (Umah muk su Enab)


stay until 5 o' clock
ziarah menziarahi amalan mulia


shopping tyme...xdela shopping sgt...just jalan2...mse ni hujan...so x dapat nak jalan sgt...


kata orang brg2 kat ayer hitam ni murah2...tp x gak...kena pandai pilih...sebab nye x semua murah...banyak gak mahal nye...
so just survey2...spe2 yg nak kahwin bleh la datang sni...bleh beli bekas2 bunga telur ke... murah gak kalau beli banyak...

kerepek2 tu nampak jek murah...tp mahal gak...rm2.00 siket jek dpt....so kne bijak dlm berbelanja kay ;-)


dak kecik ni pun ikut shopping



disebabkan hujan yang semakin lebat...so x dapat jalan dah...kami pun balik...

huhu...that all for our journey yesterday!!!

Assalamualaikum

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum warga muslimin dan muslimat dan juga buat peminat setia blog cahaya mataku..

entry kali ini ana nak bawakan beberapa persoalan berkaitan dengan tahap keimanan kita dikala kita diuji...adakah kita tahan dengan dugaan itu, atau sekadar membiarkan sahaja kemungkaran yang menguji kita itu berlalu pergi..

jangan sematkan pemikiran kita dengan kata-kata yang bisa memusnahkan kita dalam jalan menuju akhirat...kata-kata yang mengatakan bahawa "masih ada hari esok"; anda yakin hari-hari yang anda lalui masih berpanjangan?

segalanya belum pasti; yang pasti hanya Allah sahaja yang mengetahui; oleh itu, ku coretkan kata-kata ini sekadar untuk membuatkan kita terfikir dan berfikir sejauh mana kuatnya iman kita dikala diuji.

Suka benar ana ingin memetik suatu kata-kata yang sering ana dengar sewaktu mengikuti tazkirah di surau. "Sesungguhnya iman itu senipis kulit bawang". Ya, memang benar, iman itu senipis kulit bawang; ada kala meningkat ada kala menebal; itulah manusia

Jom kita mula berfikir:


Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai masih sibuk dengan dunia, kita masih sempat mengingati yang Esa;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala yang lain lalai dan leka daripada menunaikan solat; kita tetap tegar memperjuangkan prinsip kita untuk menjadikan solat sebagai yang utama;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai disekeliling kita membuka aurat; namun kita masih mampu menutup aurat kita dengan sempurna;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang lain lalai dan leka menonton televisyen cerita yang melalaikan, tapi kita masih mampu tegar membaca surat cinta Allah;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai sudah memiliki teman istimewa yang dikenali sebagai boyfriend/ girlfriend; tapi kita masih tetap mempertahankan kesucian cinta kita hanya buat mereka yang telah bergelar HALAL...

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang disekeliling kita mengucapkan kata-kata kesat dan kasar; kita masih mampu bersabar dan berlemah lembut dalam kata-kata;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai sibuk menghabiskan masa malamnya dengan tidurnya diulit mimpi indah;
tapi kita masih mampu untuk berjaga demi mendekatkan diri dengan yang Esa;

Ya Allah jika semudah ini untuk kita laksanakan segala apa yang kita inginkan alangkah indahnya...namun setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini (kebaikan) pasti akan diuji oleh Allah s.w.t. Kerna sesungguhnya Allah ingin menguji tahap keimanan kita dan juga tahap kesungguhan kita dalam melakukan amalan kerna-Nya.


Sesungguhnya menjadi lumrah manusia; dikala ia keseorangan dia menjadi lemah; tp kuat dikala mereka di dalam keadaan berjemaah;

tapi beruntunglah bagi mereka yang dikala keseorangan dia masih mengekalkan prinsip dirinya demi Islam dan kefahamannya ke atasnya...

Wallahua'lam..Assalamualaikum






::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum.. entry2 kali ni banyak nak share powerpoint yang semakin banyak kat dalam my lappy ni...semakin hari semakin banyak...so rasa rugi plak x share kat orang ramai....sebab ana sndri suka amik and download powerpoint orang lain...so rasanya tak salah kalau ana sndri share ana nye ppt yg x seberapa...mudah-mudahan bermanfaat kpd orang lain...dapat gak pahala kan...



Tawazun

so that all for today...celamat malam...




::: Komen kalau suka :::



Takut kepada allah

~Segalanya bermula disini~




::: Komen kalau suka :::







Tajdid niat;tajdid iman tazkirah

Assalamualaikum


Dalam blog ni ana nak kongsikan sekali powerpoint menarik yang boleh kita manfaatkan bersama....so sesiapa yg inginkan powerpoint dengan tajuk yang pelbagai boleh dapatkan dalam blog ini okai...


"Selamat mendownload dan bertazkirah"







::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum warga pembaca blog!!

Huh rasanya dah lama tak tulis blog...lepas tamat jek cuti semester break hari tu, balik maktab...blog trus dilupakan....

Actually bukan dilupakan...tp disebabkan masalah internet yg lambat di maktab...so malas nak tulis blog...ditambah plak dengan tugas2 yang lain kat maktab yg sentiasa buat saya jd busy...Apa yg penting kehidupan di maktab memang best...dengan tugas2 dakwahnya, tugas study nye....memang menyeronokkan...susah nak dapat peluang mcm ni...

Ok lah, ni nak cerita pasal kisah dasyat "a long journey" yg berlaku semalam after driving class... (20 Januari 2012)...memang dasyat...

1st aim caya ke bandar Muar sebenonya nak cari 'Jurnal' for my assignment....tp Jurnal yg dicari tak dapat lain pulak yang dapat....experience...

1st tempat yg caya g "Wetex Parade"- tingkat 3 (nak cari Jurnal kat kedai buku).. tp malangnya...memg x dok... (mood masa tu-Kucewa)

memang ramai la kat mall tu...sebab masing2 ngah sebok bli barang for a Chinese New Year bg yg Chinese...sesak...

so x tahan keluar la...menjelajah ke luar Wetex untuk cari kedai buku ke 2 (City Star Bookstore) pun x dok Jurnal nye...

boleh dikatakan semalam asyik merayap...semua kedai buku kat MuAR tU caya dAH g....

so, after that ingat nak g makan cendol yg terkenal kat Muar tu...tp ramai lelaki la pulak....batal niat untuk makan citu...so ajak adik makan "Secret Recipe" (huhu selera tinggi)-just nak try....sebab kawan2 kte sedap...tp x penah nak try.... so g la ke tempat yang dituju...after solat zohor...


ini dia tempatnye...berdekatan dengan bus stand baru di Muar...ianya sebuah hotel n sebelahnya ada secret recepi tu...

so caya n adik order la 2 slice kek yg digembar-gemburkan sedap tu!!!

ni dia

:
:
:
:
:
V


yummy....nampak sedap kan...nama dia "Chocolate Indulgance"...tengah dia ada ice cream...n chocolate...sbb caya peminat setia chocolate...


just order one slice for RM 6.50...mahal kan, nampak siket....tapi sebenarnya banyak...besar n tak habis makan...


yang ni plak tiramisu...rasa dia mcm kopi cappuccino..juga Rm6.50 for a one slice.. kalo yg jenis besar nye RM75.00 same like a chocolate indulgance td...

nak ktenye...makan cake ni...awal2 jek rasa sedap n nikmat...after makan beberapa kali suap...huh...rasa muak yg teramat sgat...nseb baik la order 2 glass of plain water..fuh...sebu perot makan....

nseb baik la mahal...so kne gak habiskan...xnk membazir...






hasilnye after a few minutes ago....dasyat2...

so harganya pun dasyat gak...


ni dio...bil dah sampai...plain water pun kira RM0.50...so RM1.00 for two...nseb baik la tempah plain water jek...kalo x tah bpe tah kne bil ni...dasyat kan...

tp makan cake ni memang kne minum air kosong jek, sbb tu jela caranya nk hilangkan muak dan macam2 lg lah...huhu....ptot la x ramai org yg nak makan kt sni...

i think it just suitable for a foreigner jek kot...malay people like me ni lidah rasa nak makan tempe jek kot sesuai...

after makan secret recipes tu, adik caya rasa lapar lagi...dia kata makan tu x kenyang...so kte orang g la makan kat KFC...hehe...dasyat punya nafsu makan...tp caya x order la...sbb nak pening kpala makan chocolate indulgance tue...


dasyat gak perut adikku ini...after makan secret recepis tu..bleh plak perut dia masuk KFC ni...

caya plak just makan cheesy wadges...favourite....!!




finally

:
:
:
V

after jalan2 cari makan...nak tunggu bas pukul 4 petang...so g la jalan2 dulu "Astaka"..

Konon nk jalan2 nak beli barang nak buat pizza...tp tengok counter bayaran penuh dgn org..so malas lak nak bli belah...so just tengok2...

kesan dri just tengok2 tu:

hehe

lawak la plak...tertengok kasut  la plak...n apa lg...rasa nak membeli la plak


xtau npe skg dah minat kasut2 putih...kereta warna putih...


murah jek kasut ni...caya memang suka kasut murah dan cantik...


bukan senang nak cari size kasut macam saya...al maklumlah...kaki "cinderella"hehe...perasan plak...size 4...kalau jenis kecik 35 or 36...

size 4 pun kadang2 rasa besar...mungkin dalam 3 1/2 KOT....

harganya


hehe...siap ada tanda harga lagi kan... just RM11.90 

after that,trus balik...xnk dah singgah mana2...takut terbeli plak...niat di hati nak cari jurnal dah terkubur...hehe...rasanya jurnal tu kena cari kat library la...kedai2 susah nak jumpa...

jumpa memg jumpa tp jurnal law...caya nak jurnal sirah...so spe ada jurnal...bleh la gtau saya yerk...saya amat memerlukannya sekarang...

kay daa...Assalamualaikum

::: Komen kalau suka :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here