Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t




Baiklah entry kali ini berkaitan dengan "Kerna Syurga Allah itu Mahal Harganya". Actually, zaman sekarang ni ramai yang mempertikaikan dan memperkatakan yang pakaian yang labuh-labuh ni mahal harganya. So, macam mana mereka nak pakai yang labuh-labuh ni sebab susah nak dapat yang murah. Betul ke?, anda pun pernah ke rasa macam tu? Or, itu sekadar alasan untuk transform kepada yang lebih baik?

Tapi, sememangnya busana muslimah memang agak mahal. Contohnya baju labuh, jubah, tudung labuh, jubah seluar dan sebagainya. Semuanya agak mahal. Dan nak katanya untuk kita as a muslimah ni, kalau bab nak cover aurat memang agak complicated kadang-kadang, yela nak kena beli handsock @ stokin lengan lagi, nak kena pakai stokin lagi. Stokin pulak tak boleh yang nipis, kalau nipis dah tak ikut syariat plak kan, so kena beli stokin tebal, harganya sudah semestinya berbeza dengan stokin yang nipis. Mungkin lebih mahal lagi. Then, tudung pulak nak kena yang tebal, kalau nipis nanti nampak leher and kalau tudung bergetah nanti mudah melekat pada tubuh. So, harga tudung yang bidang 60 dengan bidang 50 or 45 pun pastinya lain-lain kan harganya. Tudung yang labuh sedikit pun mestilah harganya lebih sedikit daripada harga tudung yang kurang bidangnya kan? hurm, perkara ni la yang menjadi persoalan ramai dan juga kadang-kala menjadi alasan kepada mereka-mereka ini.



Kesimpulannya yang sebenar-benarnya adalah apa yang kita pakai dan apa yang kita buat kenalah sejajar dengan niat dan kefahaman masing-masing. Sebab, masing-masing ada alasan dan persepsi mereka sendiri tentang sesuatu perkara dan apa yang paling baik adalah kita faham tentang apa yang kita pakai tu. Bukan untuk tujuan menunjuk, riak dan sebagainya. Segalanya adalah untuk mendapatkan Redha daripada Allah s.w.t.

Sepertimana hadis riwayat Muslim dari Hadis Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma:
 “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.”


kalau dulu-dulu kita belajar sejarah mesti kita ada pengetahuan kan yang Islam itu tersebar dalam keadaan dagang. Sepertimana tersebarnya Islam di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain. Apa yang dimaksudkan dengan dagang disini adalah bermaksud asing. Begitu juga dengan keadaannya dimana, Islam yang mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang sangat (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesetengah muslimah yang berjubah misalnya yang berjalan dalam kalangan mereka yang tidak berpakaian sedemikian, maka akan ada tindakan segelintir yang lain yang memandang seperti kita tidak sama sepertimana pemakaian mereka. Mungkin dikatakan tidak "up to date", "kuno", "ketinggalan zaman" dan macam-macam lagi anggapan.

Maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam. 

Perkara-perkara sedemikian lah yang menyebabkan ramai yang takut untuk berubah, takut untuk memulakan perubahan. Sedangkan apabila perubahan itu dilakukan sebenarnya ketenangan yang diperolehi melebihi perasaan yang mereka alami sebelumnya.

"semua itu semata-mata kerana syurga Allah yang mahal harganya, maka tidak mengapa jika kita melabur dengan pelaburan yang tinggi di dunia, baik dari segi pakaian yang mahal namun memenuhi syariat dan terpaksa mendengar tohmahan masyarakat terhadap diri kita yang serba asing sepertimana dalam hadis di atas tadi"

Jadi??, kehidupan yang bagaimana yang ingin anda pilih. Takut?, mungkin ada segelintir yang takut untuk berubah kerna bimbang dikatakan terlalu baik. Fikirkan kembali, mengapa terlalu takut dengan pandangan manusia terhadap diri kita, kenapa juga terlalu "CONCERN" sangat dengan cakap-cakap manusia tentang diri kita. Kenapa tak pernah pulak nak "CONCERN" tentang macam mana la pulak pandangan Allah terhadap diri kita? sama ada Allah terima ke tidak amal kita? Allah Redha ke tidak dengan hidup kita ni? hurm.....jawapan yang hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Cabaran hidup dalam berdagang ni memang la tinggi. Yela, kita berdagang kan, kadang-kadang terpaksa bertemu dengan macam-macam karenah manusia yang tidak diduga. Begitu juga dari segi kita berpakaian, apa yang kita pakai tu kadang-kadang menguji kita gak, sejauhmana keikhlasan dan kefahaman kita tentang apa yang kita pakai tu. Contohnya, kewajiban menutup aurat yang selalu dipandang remeh seperti menutup kaki dengan memakai stokin. Kaki juga aurat bagi wanita k :-) , SO, let's cover it. Cabarannya? Haaaaaaaaa..... bilamana hujan turun, terpaksa meredah hujan dan lopak-lopak air, so stokin jadi basah and tak selesa. Bagaimana rasanya kan pakai stokin basah. Kalau anda nak bukak ke or tak? Kalau bukak, anda dah kira buka aurat, kalau tutup, anda rasa tak selesa tapi syariat tetap terpelihara? Jadi masa ni lah nak nilai sama ada kita ni manusia yang mementingkan Redha Allah atau Redha manusia. Hikmah-hikmah ni semua kadang-kadang kita yang kena fikirkan dan cari sendiri. Tanpa perlu diberitahu oleh orang lain. Inilah hebatnya hidup insan yang mendapat tarbiah, sentiasa mencari hikmah tentang apa yang berlaku.

Berbalik semula dengan penilaian sesetengah orang yang mengatakan busana muslimah ini mahal harganya. Mahal tu agak-agak ada tak sampai tak mampu nak beli? Nak kata mahal, sememangnya tak pun jauh beza mana pun busana muslimah dengan busana biasa or t-shirt adik-adik pakai. Kadang-kadang t-shirt biasa tu lebih mahal dengan harga baju muslimah yang labuh. Tudung bawal kadang-kadang lebih mahal daripada tudung labuh walaupun perbezaan dari segi kainnya.

Tak percaya? Ana buktikan:

Perbezaan tudung labuh dengan tudung bawal biasa:

1) Kalau tudung labuh bidang 60 hanya memerlukan 1 meter setengah dan boleh didapati dengan harga serendah RM9.00 sahaja atau paling mahal pun sampai harga RM12 until RM15 bergantung kepada jenis dan ketebalan kain.

2) Tudung bawal biasa, kadang-kadang mencecah harga RM20 lebih, disebabkan dengan berat labuci-labuci yang ada kat tepi-tepi tu, dengan bunga-bunga dan sulam-sulam yang susah nak buat, kilat-kilat lagi, reben-reben dia lagi. Tapi kelemahannya, kadang-kadang kainnya sangat jarang dan menampakkan leher. 

Maaf bila ana terpaksa mengatakan, kita ni hidup nak cantik di mata manusia atau cantik di mata Allah. Pilihan di tangan anda k.

Kelebihan bertudung labuh pulak dari segi senang tak senang nak pakai:

Bagi yang bertudung labuh bulat, kadang-kadang tak yah pun gunakan brush atau kerongsang kat leher. Hehe...ni saja-saja jek beritahu, sebab cara pemakaiannya cepat dan efisyen. Nak dibandingkan dengan memakai tudung bidang, yang memerlukan kita pin disana sini dan memakan masa yang agak lama untuk membelit dan melilitkannya di sana sini. Akhirnya jangan sampai tercekik leher tu sudah.

Ana bukan nak mempertikaikan cara pemakaian semua. Masing-masing ada persepsi masing-masing dan alasan masing-masing. Ini just sekadar pendapat berdasarkan pengalaman. Yang penting apa? Kita faham apa yang kita pakai. Dan ana bukan jugak nak judge, orang yang pakai macam ni ahli syurga dan yang pakai macam ni tidak, bukan, tidak sama sekali. Sebab, siapalah ana untuk menilai. Sebaik-baik penilai hanyalah Allah. Cuma ana memberi pendapat tentang cara yang untuk kita sentiasa dan sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sama lah ertinya dengan kita membeli barang di kedai. Jika ada barang yang lebih baik atau contoh kita beli buah kan. Ada buah yang kualitinya lebih baik daripada kualiti buah yang 1 lagi tu, mesti kita akan pilih buah yang kualitinya yang terbaik kan. Ha.... yang tu analogi yang ana nak kaitkan kan sini, betapa kita perlu mencari kualiti yang lebih baik dalam hidup kita untuk ke arah yang lebih baik k.

Sepertimana hadis seterusnya yang membicarakan tentang amal kebajikan seseorang yang dinilai oleh Allah melalui hadis yang ke-37 Imam An-Nawawi:

"Allah berfirman: Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja. Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini). Lafaz ( عنده ) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah). Lafaz ( آاملة ) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah). Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya kemudian dia tidak jadi melakukannya : ( آتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz “sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya. "

         Berdasarkan hadis di atas, menunjukkan yang sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.  

        Hadis ini juga menjelaskan mengenai kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.

        Ya Allah, betapa saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.

Hadis ini boleh direlate kan dengan hadis ke-4 Imam Nawawi iaitu tentang amal ahlis syurga yang akhirnya menjadikannya dia ahli neraka dan amal ahli neraka yang akhirnya dia menjadi ahli syurga. Ha.....macam mana tu? pening tak? pening kan....Ok  ana terangkan disini... 

Petikan hadis:

.......Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.


Apa yang ana nak terangkan  tentang hadis ni adalah, kadang-kadang sebaik macam mana pun amal seseorang, peribadi mereka yang membuatkan mereka yakin kononnya mereka boleh menjadi ahli syurga, namun sebaliknya menyebabkan mereka akhirnya ke neraka disebabkan ada kadang-kadang dalam hidup ni yang kita sebenarnya banyak lagi benda yang kita tak settle lagi dengan Allah. Kadang-kadang benda tu hanya dengan sekecil-kecil perkara sekali pun. So, jangan pernah memandang remeh dengan dosa yang sekelumit, sedangkan debu yang sikit pun kadang-kadang boleh menyebabkan mata kita pedih dimasuki debu tersebut. Inikan pula dosa kita yang mungkin yang disangka sekelumit itu boleh memberi effect kepada timbangan mizan kita di akhirat kelak.

So, sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita lakukan. Sedangkan niat kita sahaja Allah dah ketahui. Sebab tu dalam hadis imam an-nawawi meletakkan hadis 1 iaitu niat sebagai hadis yang pertama. Sebab segala yang kita lakukan akan berkadar langsung dengan hati kita yang membawa kesan sama ada hati kita ni mudah atau tidak untuk menerima Islam dan hidayah Allah itu.

hurm...oklah...ana rasa cukup sekadar ini sahaja coretan ana yang boleh dikaitkan dengan hadis. In sha Allah, ini sekadar perkongsian ringkas untuk iktibar dan panduan bersama. Apa yang salah dan silap dalam penulisan ini ana minta maaf sangat-sangat. Ana hanya insan biasa yang juga pernah melakukan kesilapan yang sama. Namun, kalau kita pernah terjatuh dalam mana-mana lubang kekhilafan, jangan pula kita jatuh sekali lagi atau membiarkan diri terjatuh sekali lagi ke dalam lubang yang sama k. So, beware!!! In sha Allah... Allah always by ur side... 
Assalamualaikum w.b.t 



::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here