Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t (sambil tersenyum;padahal entry agak seram)

Seram ke? Rileks kay... just nak coretkan sedikit perkongsian sahaja tentang bacaan ana. Tiba-tiba bukak and selak-selak paper tadi ada pulak perkongsian tentang simptom gangguan jin. So, terfikir nak share dengan semua. Nak percaya atau tidak terpulang. Tapi perkara seperti ini memang wujud. Tentang perkara-perkara ghaib ni memang ada. Tapi sejauhmana kedekatan diri kita kepada pencipta itu yang lebih utama dan mengatasi segalanya k. Alright, sory nak terbersin sekejap. Hehehe... tu pun nak cerita kan. Tak de, tadi abang ana lalu, punya la pakai minyak wangi dia. Haaa....memang tak tahan la bau minyak wangi kuat-kuat ni. Baru perasan, rupanya ana ada simptom alahan and elergic dengan bau minyak wangi lelaki yang terlalu kuat. Sekejap jek, kalau bau nak terbersin. Hidung terus merah-merah. Nape eak, entah la, ana pun tak tau nape.

Tapi memang tak suka la bau wangi yang kuasa tinggi ni. Pernah sekali, ceh...sempat nak cerita lagi tu, yela tak nak seramkan keadaan..hehe... kawan lelaki masuk kelas then terbau la bau minyak rambut ke minyak wangi punya la kuat, then ana yang tengah duduk dalam kelas ni tak tahan terbersin-bersin. Huhu...mata pun akan berair-air... Kenapa eak? Ada solusi tak tentang perkara ni? So, pesanan ana..Boleh nak berwangi-wangian, ana pun pakai gup minyak wangi, tapi berpada-pada kay, pakai yang bau lembut-lembut dah la. Hurrrrrrrr.... seriously alahan. Seharian pening kepala kalau kena simptom ni.

Berkenaan dengan simptom gangguan jin yang bakal ana kongsikan ini, sebelum tu ana nak gtau, ana bukan tok bomoh ke, ahli nujum paper kay, just sharing sahaja. Kadang-kadang kita pandang remeh tentang perkara ni, tapi perkara ni memang terjadi, sama ada kita sedar atau tidak yang kita dah terkena gangguan atau tidak sedar. Kalau tak sedar and tak tau tu yang bahaya. Simptom ni bukan simptom yang meracau-racau sampai histeria tu. Ni nak kata ringan tak jugak, nak kata berat tak berat gak. Tapi apa pun jangan pandang enteng perkara ni k. Yang penting kena jaga betul-betul hubungan dengan Allah, especially bagi wanita yang mudah sangat nak terkena gangguan-gangguan ni.

Ni menurut perubatan Islam kay, simptom yang rata-rata pesakit kerap alami adalah seperti berikut:

"sakit anggota badan"


Hurm...kalau cakap bab sakit anggota badan ni. Semua orang kadang-kadang pernah rasa sakit kan.Sebab angkat berat la dan macam-macam. Tapi ni sakit dia lain sket.  Maksud ana, sakit dia pada anggota badan tertentu contohnya pinggang, tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum, bisa, lenguh, atau pijar seperti terkena lada. Kadangkala kepala seperti dicengkam dan leher terasa dicekik. Pernah ke rasa cam tu? 

Hurm, percaya atau tidak itu terpulang kepada pembaca. Ni sekadar perkongsian melalui bacaan ana. Tapi ana nak share sesuatu kepada semua tentang perbualan ana dengan seorang ustazah ni. Dia kata, benda-benda ni terjadi tanpa kita minta. Yela, semua orang tak nak. Siapa yang nak kan terkena gangguan macam ni. Tapi, macam biasa la. Perempuan kan kadang-kadang emosinya tak stabil berbanding lelaki. Banyak sangat fikir. And selalu take serious sesuatu perkara hingga menganggu emosi. So, benda-benda ni akan amik kesempatan la, ganggu sekali  and join sekali. Tyme waktu-waktu kita sedih, stress, kucewa dan sebagainya. Yang lagi-lagi benda yang buat kita down tu ditambah kita jauh dari amalan-amalan yang mendekatkan diri pada Ilahi. Lagi la benda tu seronok nak dekat kan.

Menurut penulis lagi, sakit ni gak boleh membawa kepada seluruh dua hujung kaki hingga kepala, kadang-kadang sakit boleh berpindah dan menjalar dari setempat ke tempat yang lain. Contohnya, hari ni sakit di bahagian kaki, esok di bahagian bahu dan lengan.

 Sakit boleh juga di bahagian kepala, seperti bisa pening, merasa dalam keadaan mabuk dan tidak stabil. Kalau dah teruk boleh sampai kepada perut kembong dan sesak nafas. Hurm...bahaya nye..Mudah-mudahan kita dijauhkan lah kan daripada perkara ni.

Simptom ke-2 pulak:

"gangguan emosi"


gangguan emosi ni pulak dalam bentuk rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tak senang duduk dan berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar dan rasa sedih atau marah saling berganti tanpa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan ni dipanggil mood swing. 

urm...macam biasa la, kalau kita suka sangat emo, marah-marah kat orang dah tentu-tentu tu perkara negatif kan. So, senang la syaitan nak masuk campur, join sekaki tambah kemarahan dan hasut macam-macam kat kita. Padahal kita tak tergamak pun nak marah orang kadang-kadang,urm..So, beware ok.  

"gangguan pemikiran"

Pernah rasa tak fikiran bercelaru, berserabut dan tak fokus?, haaa.....rasa agak-agak hilang kawalan diri (panic attack atau high anxiety level) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang rasa mengantuk yang berpanjangan walaupun telah cukup tidur semalaman. Keadaan ni mengganggu apabila hendak melakukan ibadah macam solat, ngaji Quran atau zikir.

Biasa la kan...benda-benda ni mana suka bilamana kita rasa nak buat benda-benda baik...nak dekat dengan Allah...pasti akan ganggu punya... tapi jangan bimbang...teruskan beribadah dan dekatkan diri pada-Nya kay..

"perasaan cepat marah"

perasaan cepat marah yang dimaksudkan ialah marah yang tak tentu pasal. tanpa sebab yang jelas. lihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan seolah-olah dunia ini dirasakan begitu sempit. merasakan semua orang memandang dengan pandangan yang buruk..

" rasa putus asa"

sometimes rasa gelisah dan sedih berpanjangan.. tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan selalu rasa kemurungan atau depression. Ada ketika tu timbul dorongan untuk membunuh diri...bahaya kan...ni dah tahap gangguan yang serious ni..  

" takut dan fobia yang tinggi" 

contohnya bila mana berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, tidak berani nak menaiki lif dan bangunan tinggi, tidak boleh bersendirian dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

" Gangguan sewaktu tidur"

  ....susah untuk tidur dengan lena...mimpi-mimpi yang menakutkan ke....dan cemas, terjaga daripada tidur misalnya di tengah malam disebabkan oleh mimpi-mimpi yang menakutkan ini. (nightmare)

"gangguan ketika beribadah"

 Contohnya ketika solat...membaca Al-Quran atau berzikir... Kadang-kadang maybe rasa tak ingat langsung doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Tidak boleh mendengar azan atau bacaan-bacaan ayat Al-Quran dan apabila mendengar ayat Al-Quran badan menjadi sakit dan menggeletar, timbul rasa pilu dan sedih.

"suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik" 

 ....kadang-kadang sampai tak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri....selalu bercakap bersendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu menjadi agresif dan berkelakuan ganas serta tabiat asal berubah....

" dirasuk"

 di peringkat ini...jin atau syaitan dan adik beradik yang berkaitan dengan mereka ni akan menguasai pemikiran dan diri pesakit dan jin ini akan mula meresap masuk ke dalam diri then,bilamana dah dirasuk....faham-fahamlah kan....pesakit akan keluarkan suara yang lain daripada suara diri dia...sometimes berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan...

....ada lagi....menurutnya lagi...pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada di depannya....then...apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya...


" reaksi atau tindak balas anggota badan apabila terkena gangguan"

....perjalanan darah menjadi lebih laju....atau menjadi tidak normal...tekanan darah naik tanpa sebab....menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari.....memejamkan mata....menjerit atau menjadi marah....menangis...ketawa atau mengilai....mengadu sakit....menguap beberapa kali.....sendawa...mengeluarkan angin daripada mulut.....rasa seperti hendak muntah...terasa sesuatu berjalan di dalam tubuh..... dan sakit di bahagian perut atau rahim....
" sihir yang memisahkan suami isteri"

gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan ikatan suami isteri....ramai dalam kalangan suami isteri yang disihir  atas tujuan untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.... 
so....apakah solusinya....solusinya adalah menerusi ayat-ayat Al-Quran:

surah ar-ra'd ayat 30 hingga 43;

surah az zumar ayat 59 hingga 75;

surah al-baqarah ayat 1 hingga 25 & 244 hingga 255

surah al-mu'minun ayat 105 hingga 118;

surah fussilat ayat 25 hingga 44;

 surah furqan ayat 61 hingga 77;


that all....tapi kalau ana....as a women...kita amalkan ma'thurat pagi dan petang....solat awal waktu....selalu istighfar dan ngaji.... in sha Allah....dalam pemeliharaan Allah sentiasa...amin....
ok...that all entry kali ini....


 
 


::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here