Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak tulis kat blog ni.Insyallah entry kali ni berkisar tentang kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan semua iaitu kisah mengenai cara meraih cinta Allah s.w.t dengan dekat dengan Al-Quran nur karim.

Kisah 1:

Dari Riwayat Anas r.a. Rasulullah s.a.w mengirim satu pasukan yang perlu berperang di jalan Allah berdasarkan  siapa daripada kalangan mereka yang menghafal Al-Quran. Namun pada waktu itu tiada siapa pun yang mengaku telah menghafal Al-Quran. Kemudian Rasulullah bertanya sekali lagi dan akhirnya seorang hamba Allah telah mengaku bahawa dia telah menghafal surah al-baqarah. Lalu Rasulullah menyuruhnya pergi memimpin pasukan perang itu.

Kisah 2:

Jabir r.a. berkata: Rasulullah pernah bertanyakan tentang mereka yang telah terkorban di dalam perang Uhud yang paling banyak menghafal Al-Quran, maka Rasulullah menyuruh supaya jenazah itu yang didahulukan untuk dimasukkan di dalam liang lahad.

 Kisah 3:

Riwayat Abu Musa bahawa Rasulullah pernah pergi berdekatan anjung rumahnya untuk mendengar bacaan Abu Musa dan pada keesokkan paginya Rasulullah telah bertemu dengan Abu Musa dan mengatakan bahawa suaranya seperti seruling keluarga Nabi Daud. Sejurus kemudian Abu Musa berkata kepada Rasulullah saw, seandainya dia mengetahui akan kehadiran Rasulullah pada malam itu, sudah pasti beliau akan memperindahkan lagi suaranya hingga lebih berkesan lagi bacaannya.

  Kisah 4:

Ibnu Kathir dalam bukunya "Al-Bidayah wa an Nihayah" mengenai Umar yang pernah jatuh sakit kerana dipengaruhi oleh satu ayat daripada Al-Quran iaitu surah as-saffat:24-26

 Kisah 5:

Kisah Ibnu Mas'ud yang mengikuti Rasulullah saw solat hingga dia tidak mampu menahan dirinya sehingga baginda selesai kerana baginda menyambung bacaan dari surah Al-Baqarah sehinggalah surah al-ahzab.

  Berikut adalah kisah-kisah berkenaan mereka yang mempunyai hati dan jiwanya dekat dengan al-quran sehingga terlalu mencintainya. Hal ini bermaksud, mereka telah meraih cinta Allah s.w.t melalui Al-Quran iaitu kalamullah.
So, kita dimana??

Tanya diri dan iman anda??



::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum semua

Kali ni nak tunjuk contoh tab menu blog yang ana pernah buat....

Taraaaaaa!!!


Comel tak???

Siapa nak boleh la amik kay...jangan malu2...


Contoh jenis yang kosong punya...


Latest one...bleh edit guna photoscape untuk masukkan ayat apa nak..

kalau nak yang lain...tunggu kay!!!

sekian assalamualaikum...



::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum

entry kali ni simple sahaja; just nak show u all antara header blog yang ana dah try buat...

so, sape yang nak boleh la amik... semua ni just edit guna adobe photoshop cs5...

nak tengok?? ayuh!!!


My 1st trial...mse awal-awal nak buat blog dulu...biasa2 jek kan


ok yang ni 2nd header blog ana...ada kemajuan cket x??? hehe


yang ni just tukar colour jek...sme jek


yang ni saje jek, edit2...


the latest one....yang ana ngah guna sekarang...amacam ok tak??

kalau ok jom like reramai kay...

kay tu sahaja koleksi header buat masa ni...assalamualaikum!!

::: Komen kalau suka :::

Lagu kali ni bila dengar memang best dan penuh dengan maksud yang tersirat di sebaliknya... sedih plak bila dengar lagu ni...

Ana doakan yang terbaik buat semua sahabat ana

"Ana terima semua sahabat ana apa adanya"

Biarpun kita mungkin dah tak berada di jalan yang sama tapi ukhwah kita seindah dahulu kay ;-)

~ Menjadi diriku ~

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


::: seribu satu kisah kita bersama :::




::: Komen kalau suka :::

Dalam hidup ni tak semua benda yang kita inginkan akan membawa kita bahagia;

Tak semua benda yang kita fikirkan kita dapat capai;
Kadangkala, apa yang kita fikir tak sama dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya;

Kadangkala kita berharap akan perkara lain, namun perkara lain pula yang kita perolehi;
Kadangkala kita sedar tentang itu; dan kadangkala kita tak sedar akan perkara itu;

Namun jika anda percaya akan setiap ketentuan Allah itu suatu yang cantik dan lebih indah kesannya berbanding apa yang dirancang oleh kita sendiri;

"kita hanya mampu merancang; namun Allah yang menentukan"



 ana teringat suatu kata-kata dari sahabat ana - "kita adalah apa yang kita fikirkan"

tapi ana nak tambah siket..."apa sahaja yang kita fikirkan sama ada baik atau buruk" "Allah s.w.t knows about that"


 "Jalan ini bukan suatu jalan yang mudah"
siapa kata mudah
sedangkan nabi kita Nabi Muhammad s.a.w pun diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran

"Jalan ini penuh dengan tangisan"
"Jalan ini penuh dengan pengorbanan"
pengorbanan yang tak akan pernah selesai selagi belum sampai saat perhitungan

"Jalan ini penuh dengan gelak ketawa"
"penuh dengan curahan air mata kadangkala"
"perlu saling memahami antara satu sama lain"

ramai gak yang lari dari jalan ini sebab tak sanggup nak memikul tanggungjawab

bukan mudah kan jalan ini??

"tanggungjawab itu kan suatu amanah, yang merupakan suatu paling berat untuk dipikul di dunia ini"

tp... apabila difikirkan balik, kalau semua tak nak....siapa yang nak berada di jalan ni???

semua mengundur diri....berkata tak mampu....

mungkin hanya mereka yang dipilih oleh Allah sahaja yang mampu untuk berada di jalan ini....

Allah dah tentukan....siapa yang mampu....dan siapa yang tidak mampu...

tapi... adakah betul-betul mampu mereka yang berada di jalan ini???

suatu yang sukar untuk diperkatakan...soalan yang hanya boleh dijawab oleh diri sendiri....

setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza tentang jalan ini...

itulah dia jalan yang menjurus kepada yang Esa

::: JALAN DAKWAH DAN TARBIAH :::


 Jalan Dakwah & Tarbiah sememangnya bukan jalan yang mudah, mereka yang berada di jalan ini boleh datang dan pergi...bergantung kepada kemampuan diri masing-masing...dan ketentuan Allah juga...

Dalam jalan ini, pengorbanan amat diperlukan.... tiada yang mudah di dalam dunia ini... sedangkan syurga Allah itu juga mahal harganya...oleh itu...untuk mendapatkannya juga memerlukan kita menjalankan perniagaan dengan Allah dengan sebenar-benarnya....

Jika nak dikatakan jalan dakwah ini penuh dengan dugaan dan cabaran....sehebat manakah cabaran yang dah anda pernah lalui??

pastinya cabaran itu tak akan setanding dengan cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w...

walaupun baginda kekasih Allah, tp masih lagi menghadapi cabaran itu....tp baginda mampu...kita pula bagaimana?? baru disuruh berkorban masa?? sudah tidak sanggup...

baru disuruh berkorban harta...juga kadangkala tidak sanggup....inikan pula berkorban jiwa....mungkin jauh sekali...


segalanya bergantung pada iman....ya pada iman sahabat...

"tak semestinya sudah cukup sempurna iman seseorang itu jika dia berjam-jam duduk di sejadah dengan beribadat sahaja kepada Allah untuk dirinya sahaja...tanpa menyampaikan kepada orang lain yang masih dalam kekufuran dan kelalaian"

"tak semestinya sudah cukup sempurna iman seseorang bila mana dia sudah menjaga keperibadiannya dari segi pakaiannya tp tidak pula mendakwahi orang lain yang mungkin di luar sana ada niat untuk berubah...tp tiada yang membimbing"

adakah kita hanya ingin memegang prinsip, cukuplah sekadar diriku dah cukup baik dan sempurna, mengapa perlu bersusah-susah mengajak orang lain yang tidak mahu...

tak mahukan kita tukar prinsip itu kepada prinsip ini pula iaitu dari kata-kata Umar al-khatab...sahabat nabi...

Umar ibnu Khatab ra pernah mengatakan “kalau ada 1000 orang yang berjuang fii sabilillah, Aku berharap satu diantantaranya. Tapi kalau ada 100, aku tetap berharap satu diantara 100 adalah aku. Tetapi kalau cuma 10 saja, aku tetap berharap 1 diantara 10 adalah aku, dan sekiranya hanya 1 aku harus yakinkan itu adalah aku”

benar kata-kata itu..."dakwah itu sememangnya berat; sehingga boleh mematahkan tulang punggung"

walaupun kadangkala terasa sangat penat dan lelah...tapi..masih gembira dalam melaksanakan tugas-tugas itu...

tapi tak semua mereka rasa begitu...tidak bagi mereka yang terpaksa di dalam dakwah...

dakwah tidak memaksa...dan tidak juga memerlukan kita yang merasa terpaksa...dakwah memerlukan mereka yang rela...kerna...hanya mereka yang berbuat sesuatu di jalan Allah dengan hati yang rela sahaja yang akan Allah berikan imbuhan yang tak terbayang nantinya....

biarlah beribu air mata yang kita habiskan sewaktu berada di jalan ini;
biar beribu tomahan ditujahkan kepada kita sewaktu berada di jalan ini;
biar beribu wang yang kita habiskan untuk dibelanjakan di jalan 
ini;


jangan pernah menyesal dan rasa bersalah, teruskan dan teruskan sehingga akhir hayatmu....

usaha kita ini walau tidak membuahkan hasil...tp Allah akan melihat sejauh mana usaha kita...

Semakin susah jalan yang dilalui dan semakin susah dugaan yang perlu ditempuhi...mudah-mudahan kita masih mampu teguh berdiri...

"kerna apa yang daku pegang kini"

"janji Allah itu pasti dan hakiki"

gembiralah mereka yang sudah memahami akan manisnya cinta Allah dan cinta manusia di jalan dakwah...menuju kehidupan Redha Ilahi...masyallah...hebatnya....

Akhir kalam;

::: baca semua kata-kata ini :::

“Siapa yang diberikan Allah kekuasaan mengurus urusan kaum Muslimin, kemudian ia tidak melayani mereka dan keperluan mereka, maka Allah tidak akan memenuhi keperluannya.” (HR Abu Daud)

Allah swt berfirman,
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang berilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al-Mujadilah: 11)
Rasulullah saw. bersabda,
“Orang yang diinginkan baik oleh Allah akan dia pahamkan agama-NYa” 
(HR. Bukhari & Muslim)

Samada sukar,



Samada senang


Samada indah


Mahupun berselimut kesulitan dan kesukaran,


Kita perlu teruskan dakwah ini.










::: Komen kalau suka :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here