Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger



Assalamualaikum semua...

sorry semalam tak sempat nak update blog...actually semalam ana g melawat orang sakit dan hari ni orang tu dah pun meninggal dunia...sekejap jek kan...nyawa kita ni kalau nak ditarik nak katakan bila-bila masa jek kan...
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai saat dan detik kematian"

ok lah daripada muasofat yang pertama iaitu "SALIMUL AQIDAH" iaitu aqidah yang sejahtera, kita berganjak pula ke mausofat yang ke dua iaitu sahihul ibadah (ibadah yang sahih)..

apabila menyebut mengenai ibadah, ia berkaitan dengan amalan perbuatan kita yang kita lakukan bersandarkan dengan niat kita kerana Allah, barulah setiap amalan itu dikira sebagai ibadah...

manakala ibadah yang sahih adalah ibadah yang benar dan sempurna??? bagaimana cara memperolehinya??? hurm ni dia caranya....

kerana sesungguhnya ibadah yang sahih tu dapat menjana akhlak yang sempurna...



baiklah contoh kat atas tu adalah jenis-jenis ibadah yang sahih yang boleh kita amalkan: antaranya adalah: ana sebutkan satu-satu yer

:: mengingati Allah S.W.T dalam setiap situasi :::
sama ada dalam situasi susah mahupun senang tetap sentiasa ingat kat Allah




Seterusnya adalah:

::: Menunaikan Nazar :::

memang suatu yang menjadi kewajipan untuk ditunaikan bila mana seseorang itu telah bernazar, wajib baginya untuk menunaikan nazarnya, dan nazar itu mestilah bersandarkan kepada Allah s.w.t

so bagi sesiapa yang dah buat nazar tu jangan pernah lupa untuk menunaikannya kay

Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Insan yang bermaksud : Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang mana azabnya merata di mana-mana.

Hadis riwayat imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akanNya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadaNya maka janganlah membuat maksiat kepadaNya.



Yang seterusnya adalah

::: menyebarkan salam :::

kalau kita tengok sekarang makin susah kan orang nak sebarkan salam; kalau beri salam pun mungkin pada orang yang dikenali jek....

kan bagus kalau kita semua dapat doakan kesejahteraan orang lain

hadits Shahih Bukhari ke-28:




عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Dari Abdullah bin Amr, bahwa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, "Islam bagaimanakah yang lebih baik?" Maka beliau menjawab, "Memberi makan dan mengucap salam kepada orang yang engkau kenal dan tidak engkau kenal."





So sama-sama kita rebut peluang yang ada ni yer:

Mudah jek kan nak dapat ibadah yang sahih ni......

seterusnya adalah dengan ::: menahan anggota daripada perkara haraM :::

sepertimana yang telah digariskan di dalam al-quran, banyak perkara yang allah larang untuk kita lakukan dan setiap larangan allah tu ada hikmah dan kebaikan yang kita boleh perolehi dari situ...





::: Beriktikad di bulan Ramadhan jika ada peluang :::

Iaitu dengan ambil peluang duduk di masjid dan melakukan ibadah pada bulan Ramadhan....bagi sesiapa yang berkemampuan...ini merupakan sunnah Rasulullah saw suatu ketika dahulu...

namun sunnah ni dah lama tak kita hidupkan...so jom sama-sama hidupkan sunnah yang lama dilupakan ni...ganjarannya amat besar disisi Allah taala





::: menggunakan sugi/siwaK :::

"sesungguhnya bersugi itu adalah amalan Rasulullah saw"
setiap kali nak solat pasti Rasulullah saw akan bersugi untuk mendapatkaan ibadah yang sahih lagi khusyuk

ianya suatu perkara yang mudah jek kan....dan menjamin keselesaan kita bersama



Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud; Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w sabdanya: “sekiranya tidaklah menjadi suatu bebanan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak mengambil wuduk” (Riwayat Ahmad, Malik dan al-Nasa’I)

::: Sentiasa bersuci atau berwudhuk sedaya mungkin :::

"sesungguhnya dengan berwuduk dapat menghapuskan dosa-dosa kecil "


ABU Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW)) bersabda:

“Pada hari kiamat, umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,” (Hadis Riwayat Bukhari).
“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).

 ::: tidak menolak azan :::


::: Bersuci dengan sempurna :::

sesungguhnya dengan bersuci dengan sempurna dapat menjamin ibadah yang sahih

1. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya....." (Al-Baqarah:286)
2. "...Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan oleh Allah kepadanya..." (At-Talaq:7)
3. "(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." (Al-Baqarah:185)
4."...Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan & susah payah dalam perkara agama..." (Al-Haj:78)
5."Ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban & belenggu-belenggu yang ada pada mereka" (Al-A'raf:157)
6."Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeaadan lemah" (An-Nisa':28)


::: Mengharhai solat berjemaah :::

especially bagi kaum lelaki....sebaik-baiknya solat di surau atau masjid adalah lebih afdhal
"sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian"

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.





::: Memperbaiki mutu solat :::

iAitu dengan menunaikan solat dengan penuh khusyuk


Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Firman-Nya lagi:-


“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

::: Qiamullail seminggu sekali :::

bukan mudah kan bangun malam, tp tidak bagi mereka yang mempunyai jiwa dekat dengan Allah taala....


::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here