Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya terjebak dengan adobe photoshine. Bagi sesiapa yang tak tau apa tu photoshine? Ni nak gtau ni. Leh la download kat google. Type free download adobe photoshine. Apa yang menarik dengan photoshine ni?? Anda boleh memasukkan gambar anda ke tempat yang tak di sangka-sangka. Hehe... Contoh ea...



 menarik kan...gambar dapat masuk dalam frame yang exclusive. Mungkin ramai dah ada and dah tau and dah try kowt benda ni. Ana jek yang ketinggalan zaman. Ngeh2.. Apa pun suka la dengan software ni. Leh edit gambar tu jadi lebih menarik.


Ce cari benda tersembunyi?? Hehe.. Gambar boleh masuk dalam cawan ni misalnya. Best kan. Leh framekan and hadiahkan kat kawan-kawan.


:
:
:
v


Sekali tengok macam unik jek kan. Leh masuk dalam mentol. Dalam cawan dan sebagainya. Banyak lagi template yang diberikan bila dah install software ni. Ok enjoy use this kay...untuk gambar-gambar kenangan anda.


with my idol... Kak ha or nama sebenar Kak Fatimah Syarha binti Noordin


That all daripada admin untuk hari ini. Teruskan mempelajari benda baru setiap hari ok.
Wassalam

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum w.b.t

Hope semua dalam keadaan sihat hendaknya yer. Amin. Hari ni ingat nak post panjang lebar. Tapi admin tak berapa sihat beberapa hari ni. Ada masalah kesihatan sikit. Tapi tetap nak lawan gak sakit. Kalau tak badan kita manja plak.Hehe... 

Tadi lalu lalang kat facebook. Keluar pulak kat home facebook tentang rahsia tarikh lahir menurut Dr Fadzilah Kamsah menurut kajian beliau dalam 25 tahun. Just baca suka-suka. Nak percaya pun tidak, tapi just baca jerk. Tak dela admin percaya 100%. Admin baca yang bulan 1 punya jek. Hehe..sebab admin lahir bulan 1, so siapa yang sama lahir bulan 1 jom kita kaji, ada tak yang kena dengan diri masing-masing. Ingat, jangan terlalu ta'sub dengan benda ni. Sikap manusia kan boleh berubah-ubah. Leh perbaiki daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Hope so...benda ni menjadi salah 1 motivasi kita la yerk untuk prepare ke arah yang lebih baik.



Bak kata-kata ni, semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Ok antara yang diperkatakan, mereka yang lahir bulan 1 adalah seorang yang: >>>

  1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, 
  2. Suka mendidik dan dididik, 
  3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, 
  4. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, 
  5. Suka smart, kemas dan teratur 
  6. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, 
  7. Pendiam kecuali telah dirangsang, 
  8. Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri,
  9. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, 
  10. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, 
  11. Cukup sayang pd kanak-kanak, 
  12. Suka duduk rumah, 
  13. Setia pada segala-galanya,
  14. Perlu belajar kemahiran sosial, 
  15. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

dalam banyak-banyak benda yang diperkatakan di atas, ada yang admin akui memang ada dalam diri admin antaranya tulah yang no 9 tu " badan sihat tetapi mudah diserang selsema". Nak katanya dalam sebulan kalau tak kena selsema memang tak sah. Wajib kowt. Tak tau kenapa. Memang yang lahir bulan 1 mostly ramai ke senang kena selsema?? Cuba share sket. Hehe..

Tapi macam yang admin pernah beritahu dulu, yang admin tak tahan bau minyak wangi lelaki or minyak rambut yang terlalu kuat. Mesti akan bersin, pas tu pening kepala then membawa akibatnya yang seterusnya iaitu selsema. Hehe.. kelakar kan bila fikir.

Sebab tu admin selalu dok gaduh dengan abang admin yang 3rd tu, sebab minyak wangi dia kuat sangat. Kalau lalu tu memang tak tahan, jangan marah yer bang..selalu gaduh dengan dia sebab tak suka kalau dia lalu kat admin, then membuatkan admin terbersin dan akan selsema tak lama tu. Tapi x pela lelaki pakai minyak wangi bau kuat, jangan perempuan..T jadi fitnah pulak.

Kalau yang 2nd point tu tentang " suka mendidik dan dididik" tu admin tak sure. You all yang leh judge admin macam mana. Sape yang kenal tu tau la admin ni macam mana. Tapi rasa sesuai lak point tu bilamana dikaitkan dengan status admin yang sebagai bakal guru dalam masa 2 tahun lagi. In sha Allah....hehe...

Kalau yang 1st point tu tentang bercita-cita tinggi. Tinggi takat mana admin tak tau la. Tapi hehe....cita-cita admin lari daripada cita-cita sebenar kowt. Dulu memang sangat gilakan kerjaya as an engineer. Tau kenapa? Sebab admin nak jadi macam ayah admin. Abang and akak ipar pun amik course engineering masa kat poli dulu. Tapi Allah s.w.t lebih mengetahui kemampuan dan apa yang terbaik kan untuk hambanya. Macam ayat dalam surah al-Baqarah ayat 216. Boleh bukak tafsir sendiri.

Berkenaan serius ke tak, tak pasti. Tapi ikut keadaan. Keadaan yang memerlukan admin serius memang admin serius. Tak leh main-main. Macam dalam kes buat assignment. Partner mate buat assignment dengan admin tau kowt admin ni macam mana kalau buat assignment. Tapi xdela serius mana pun. Just nak yang terbaik actually. Hehe... rileks kay semua.

then yang 3rd point tentang admin yang dikatakan suka mengkritik dan melihat kelemahan orang lain. Huhu...dasyat gak 3rd point ni. Yeke eak. tak pe amik pengajaran daripada apa yang diperkatakan. Memang kita kena lihat kelemahan diri kita kan. Mana yang baik kita amalkan. Yang buruk kita try buang sikit-sikit.

Suka point yang ni "sayangkan kanak-kanak". Hehe. Sebab tu admin ok jek dengan kerjaya admin sekarang yang bakal guru ni. Sebab actually memang suka layan budak-budak kecik. Nasib baik admin mengajar t budak-budak sekolah rendah. Kalau sekolah menengah dah tak kira budak-budak lagi. Sebab diorang semua dah dewasa kan. Tak leh layan  lebih-lebih, takot diorang feeling lak kat cikgunya. Bahaya. Tapi, hati-hati gak dengan dak-dak sekolah rendah ni, sebab benda-benda ni semua kan tak dijangka kan. Tahap kematangan pelajar sekarang makin cepat. Apa pun lov u all yang bakal ustazah ajar nanti. Tak sabar nak jumpa you all kat sekolah nanti. 

Nak sangkalkan kenyataan no 12. Yang mengatakan orang yang lahir bulan 1 suka duduk rumah. Hehe...tak taula yang lain. Tapi nak cakap sangat-sangat yang admin  tersangat la suka berjalan. Jalan mana-mana la. Admin for sure suka and happy. Tapi, satu jek kelemahannya, admin tak suka jalan lama-lama. Sebab admin cepat penat. Hehe. Admin suka berjalan tapi cepat penat hehe. Kelakar kan. Mungkin disebabkan faktor masalah sakit tulang belakang masa kecik-kecik dulu. Effect gak bila dah besar ni. Tak boleh diri lama-lama. Tak leh jalan lama-lama. Tapi tetap suka berjalan nak katanya. Tak kira. 

Yang lain tu admin tak nak cerita la. Sebab admin pun tak tau betul ke tidak tentang admin kuat cemburu ke tak, tak tau la apa yang nak dicemburukan. Setia tu mungkin, sebab kalau dalam berkawan admin tak mudah rapat dengan orang and percayakan kan orang, tapi bila dah rapat, "kawan rapat" mungkin memang setia dengan kawan tu mungkin. Hurm....betul ke tak, don't know.

Okai that All sahaja yang admin nak kongsikan tentang rahsia tarikh lahir bulan 1. Selamat hari lahir bagi sesiapa yang bakal lahir di bulan 1 ini bagi tahun 2013. Sayang semua kerana Allah. Amin.

Wassalam



::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum w.b.t.

Baiklah, kalau entry sebelum ni tentang tazkirah, da'wah dan sebagainya. Entry kali ni, ana nak sharekan rahsia membuat pizza yang telah menjadi. Ngeh2. Kalau rahsia tak leh share, tapi dah mintak izin dah dengan tuan punya resepi ni, and dia bagi ana kongsikan.Cumanya ana renovate sket resepi ni supaya roti pizza kita menjadi lebih lembut.

 

Okai bahan-bahan dia terbahagi kepada 3:

  1. Bahan membuat roti pizza;
  2. Bahan membuat sos pizza dan the last ingrediants 
  3. Bahan topping atas pizza 

 Baiklah bermula dengan cara membuat roti pizza kay: Bahan-bahannya adalah taraaaaaaaaaaaaa....!!!


  1. 2 cawan tepung gandum: (tepung gandum cap apa-apa lah; x kesah)
 

Cawan plastik nak sukat tepung tu guna yang jenis tinggi; kalau nak guna yang rendah ok gak..tapi sukatannya dapat sedikit jela pizza nye...kalau guna cawan tinggi actually leh dapat 2 pizza sekaligus;

 
tinggi macam ni pun alright gak... 2 cawan kay...
  
2. Kentang dalam 2 biji yang sederhana besar;

Okai, kentang tu you all rebus biar dia empuk dan lembut sehingga boleh dilecek (dihancurkan)

 

  
:
:
:
v


kalau nak kentang tu cepat empuk/ lembut...potong siap-siap...jangan letak dalam periuk sebesar-besar alam....boleh...bukan tak boleh....tapi lambat la dia empuk kay...nak senang....kupas kulitnya siap-siap....xdela melecur tangan yang comel tu lepas kentang tu empuk...sebab nak kena buang kan kulit dia t...xkan nak makan plak kan kulit dia...

kalau dah empuk...lecekkan kentang tu....biar hancur...kenapa guna kentang?? yer...inilah rahsia kelembutan roti pizza yang dicari...lebih lembut daripada roti pizza hut...

kalau nak buat donat yang lembut pun sama....letakkan kentang dalam adunan tu nanti....so, akan dapat la donat yang lembut....

3. Ibu roti (mauripan yeast):

 
 just need one mauripan (ibu roti nie) kay...

cara dia....bukak bungkusan yis segera ni, then campurkan dengan sedikit air...letak dalam cawan...putar guna sudu kay...

eh lupa nak cakap...letak dengan sedikit air panas dan campur dengan air sejuk....anggaran dalam setengah cawan jek....jangan penuhkan cawan tu dengan air...sebab anda akan saksikan keajaiban yang akan berlaku bilamana mauripan itu akan mengeluarkan buih sehingga cawan yang separuh sahaja air tu menjadi penuh...hehe...ajaib kan....jangan sampai tumpah.....ngeh2...membazir....

4. 1 biji telur:

 
 1 biji sahaja kay....jangan nak lebih-lebih....

5. sedikit minyak makan/minyak masak:



 sket jek...dalam ala-ala suku cawan gitu

6. Air secukupnya:


 Alright....tibalah masanya proses uli menguli:

  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum tadi dalam bekas yang sederhana besar yang sesuai untuk proses uli menguli tepung. (pakai apron ea...conform anda comot kena tepung)
  2. Lupa lak....tepung tadi tu ayak dulu....biar dapat tepung yang halus, mulus dan bebas daripada sebarang gangguan serangga ke atau benda-benda yang kurang menyenangkan...hehe...senang kata bebas benda-benda yang kurang bersih.
  3. Masukkan bancuhan mauripan tadi. Gaul sebati dengan tepung.
  4. Masukkan telur pulak. Gaul sebati lagi.
  5. Masukkan kentang yang dilecek. Gaul sebati.
  6. Masukkan minyak makan. Gaul sebati.
  7. Dalam sibuk mengaul-gaulkan bahan tadi. Letakkan la sedikit air. Sedikit demi sedikit dan minyak makan tadi.
  8. Gaul sehingga dia menjadi doh dan tidak melekat-lekat lagi pada tangan.
  9. Kalau terlebih letak air tadi. Letakkan tepung gandung sedikit lagi. Dan kalau terlalu keras letak la air sedikit.
  10.  Minyak makan tadi fungsi nya untuk melembapkan adunan doh tadi and supaya doh tak berapa nak melekit dan melekat-lekat kat loyang pizza bila dipotong nanti pabila dia masak.
    Sesi meletakkan pizza dalam loyang
  1. Alright...kalau dah siap, bahagikan dua adunan tadi dan letakkan dalam loyang.
  2. Sebelum letak dalam loyang. sapukan sedikit mentega atau majerin pada loyang. Supaya tidak melekat.
  3. Loyang tu...bergantung la...nak loyang bulat atau loyang empat segi.
  4. Tidak terlalu besar loyang yang digunakan dan tidak terlalu kecik.
  5. Kalau loyang kecik, mungkin leh dapat 3 pizza, kalau loyang besar leh dapat 2 jek 


tekan doh tadi dalam loyang pizza hingga seluruh permukaan loyang tersebut ditutupi doh tadi. Then, tutup loyang tersebut, dan biarkan di atas meja selama 15 minit lebih kurang untuk memberi masa kepada doh tadi naik, kembang sedikit daripada saiz asal.

tau tak macam maca doh tadi leh naik kembang?? Ha...itulah fungsinya mauripan or ibu roti tadi. Dia menaikkan doh kita seupaya kembang dan tembam...hehe...

sebaik-baiknya tutup loyang guna tuala yang separa basah.. Biar dia lembap-lembap sedikit. Alright. dah biar selama 15 minit. Masukkan loyang tadi dalam oven, yang bersuhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10 minit jek.

kena bakar separa masak dulu...sebab bila dah letak bahan atas pizza tu nanti, nak kena bakar sekali lagi. So, biar dia separa masak dulu kay. Sabar...sabar dan sabar. Buat ni memang memerlukan kesabaran sedikit. Dan kos yang agak tinggi.

Dah masak boleh keluarkan dan biar dia sejuk.



Tibalah masanya membuat sos pizza, bahan-bahanya adalah: Taraaaaaa!!! 

1. Sos prego yang tin kecik jek:

 

 Sos prego ni amik yang tin kecik jek tau...tu pun yang kecik akan guna dalam setengah tin sahaja. Pastikan halal kay. Sebab ada ura-ura mengatakan sos ni tak halal. So, amik yang ada tanda halal. Then nak katanya sos ni ada banyak warna tau, biru, oren, merah yang perisa dia pelbagai. Tapi u ollz amik yang perisa tradisi. Ha....yang cover dia warna merah macam gambar kat atas tu. Supaya pedas skit pizza kita t.

2. Bahan terpenting ke-2 dalam pembuatan sos pizza ni adalah serbuk origano:


 

 haa....serbuk nilah yang admin punya la susah nak carik. Kenapa penting? Sebab, serbuk oregano nilah yang akan menaikkan bau sos kita nanti. Bau dia akan semerbak macam bau pizza. Sampai ke mydin melaka, barulah admin dapat berjumpa dengan botol kecik kenot nie. Huhu...susah betul nak cari kalau kat kedai-kedai runcit biasa. Harga dia walopun kocik tapi mahal la...dekat RM8.00 lebih kurang.

3. Okai ni just bahan tambahan, kalau nak sodap lagi; iaitu >>

- cili yang dikisar (dalam 2 atau 3 sudu besar) : ikut tahap mana nak pedas pizza tu
 maksud cili kisar ni adalah cili kering yang dikisar, bukan lada besar ke...lada cili kecik ke...kalau guna depa ni, mau tak mengaum pedas sangat...guna cili kering jek kay...

 

 - then sedikit sos cili secukup rasa:



 - sedikit serbuk lada hitam:




Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali;
  2. Then, masukkan lada kering yang telah dikisar tadi dalam 2 atau 3 sudu. (Ikut citarasa anda nak pedas mana)
  3. Tumis lama sedikit sehingga dia benar-benar tua. Kalau tumis lama tak dela sakit perut bila makan nanti... And mengurangkan kadar kepedasannya... Ni ikut petua mak admin la. 
  4. Masukkan sos prego tadi, dalam setengah tin kecik tu, gaul-gaul lagi
  5. Api jangan besar sangat, nanti hangus plak lada tu...
  6. Masukkan sos cili sedikit, untuk tambah rasa
  7. Kalau dia dah mendidih sedikit, macam ala-ala dah ada letup-letup...tak tau nak cakap cam ne...tapi dah mereneh sedikit, masukkan serbuk oregano, jangan banyak sangat...just secukup rasa.
  8. Masukkan gak serbuk lada hitam,
  9. Tumis sehingga dia naik bau dan agak-agak dah masak leh la tutup api
  10. Nak letak garam sedikit or gula pun boleh...ikut la...tapi kalau dah manis tak perlu la letak gula lagi kay.

Bahan-bahan untuk topping atas pizza:

Bahan-bahan ni sebenarnya ikut selera anda, anda nak buat pizza apa, boleh letak: (tapi semua bahan tu kena potong kecik-kecik kay)

1. Hot dog:

 


 Pastikan halalan toyyiba kay. Potong kecik-kecik and nipis-nipis. Just beli 1 packet hot dog jek dah ok. Boleh guna sampai 4 pizza 1 packet ni. Potong bulat-bulat leh....serong-serong leh...ikut citarasa masing-masing kay. Cari yang murah jek...ada yang 1 packet RM1.70 leh dapat. Tapi kalau yang brand mahal tu mahal la sket harganya kan.

2. Isi ketam:


Isi ketam ni pun sama. dia mahal sikit. 1 packet dalam RM3 ringgit lebih la. Sebab dia sedap kan. Ni pun sama, potong kecik-kecik ya.

3. lada benggala:

 

 lada ni ambil yang warna hijau kay. Potong kecik-kecik and panjang-panjang. Tak berapa pedas pun lada ni.

4. bawang besar dihiris kecik-kecik:


 nak potong dadu pun boleh.tapi jangan la hiris nipis-nipis macam nak tumis masak plak. agak-agak la kay....ikut kesesuaian masakan.

5. nenas:



 nak pizza rasa manis-manis sedikit, letak la nenas. potong kecik-kecik gak.

6. Daun bawang:


 letak la jugak hirisan daun bawang. banyak sedikit sayur-sayuran atas dia. Berkhasiat sket kan.

7. Boleh jugak nak letak carrot tapi.....bersyarat, carrot kan agak keras. So kalau nak letak, kena tumis sekali dengan sos lada tadi, biar dia lembut sikit bila dah masak. Kena masak. Takkan nak letak atas pizza tu macam tu jek kan keras-keras. Arnab pun tak nak...ngeh2...



 potong 3 segi yerk....cun sket... yang penting kecik-kecik dan tidak terlalu tebal. kalau tebal lambat sket dia nak lembut tyme masak tuuuu.....

8. And the last important ingrediants here is >>> cheese mozarella

bahan ke-2 penting dalam pembuatan pizza selepas serbuk oregano tadi. Cari yang dah siap dipotong kecik-kecik boleh atau beli yang jenis setongkol besar then kena sagat sendiri la. Kalau yang dalam packet tu yang dah siap dipotong panjang-panjang harga dia dalam RM12 ringgit lebih la. Kalau yang jenis setongkol besar penumbuk big show... hehe...sebab penumbuk ana kecik jek...tangan tak besar mana.... harga dia dalam RM 21 ringgit lebih...

cheese ni memang mahal banyak tau. Sebab dia sedap. Kalau yang brand jenis baik tu lagi mahal harganya. Jangan beli yang jenis sekeping-sekeping tu tau... Yang nama dia cheesedale...benda tah,tak ingat.... Yang namanya cheesedale2 tu yang hat sekeping-sekeping tu untuk makan dengan roti....so rasa dia pun lain gak...x sesuai untuk digunakan dalam membuat pizza...admin dah pena guna da...tapi x sedap.... x sesedap cheese mozarella ni....


haaa.....ni dia...yang buat makan dengan roti tuuuu...tapi..admin x pernah pun teringin nak makan dengan roti...x sedap mana pun....bukan selera admin la...



kena gak guna cheese ni kay...sagat halus-halus and panjang-panjang cam ni tau....mesti......wajib......

okai, masa yang dinanti telah tiba....prosedure akhir pembuatan pizza kita;

  1. Kan tadi dah bakar separa masak kan kita punya doh tadi kan, so sekarang tuangkan sos yang telah dimasak tadi atas pizza. sluuurpppp....sedapnya...
  2. Nak sedap lagi?? sebelum tuangkan sos atas pizza tadi, sapukan roti tu dengan mayonis, sedikit atas pizza tadi. ni resepi saje2 ana.tapi sedap jek...
  3. Pas tu baru letak sos tadi yang dimasak.
  4. Dah letak sos, sapu rata-rata sos tu, atas pizza supaya semua bahagian atas pizza tu kena dengan sos tadi, nak sapu tebal-tebal leh, nipis-nipis leh...ikut la k.
  5. Seterusnya, susun la bahan-bahan tadi yang dah dipotong kecik-kecik tu atas pizza yang telah diletakkan sos diatasnya tadi kay.
  6. Letak dengan dimulai dengan bismillah...then put the hot dog, then isi ketam, seterusnya lada benggala, bawang, nenas, daun bawang, dan sebagainya di atas tu.
  7. Last touch up daripada ana.....ni mesti last tau...sebagai gam dan penutup pizza ni adalah put the cheese atas pizza yang telah diletakkan semua bahan-bahan tu tadi.
  8. Nak lebih cheese?? letak la banyak sikit. Nak kurang letak sedikit jek. Tapi better letak banyak la, and msti letak cover semua bahagian kay..supaya dia dapat gamkan semua bahan-bahan tadi supaya tak la tertanggal bila nak potong t or terburai-burai.
  9. Dah siap letak, then tekan sikit dengan sudu....supaya semuanya melekat dan kemas pada loyang.
  10. Last prosedure....masak dalam suhu yang sama 180 darjah dalam masa 20 minit lebih kurang.
  11. Dah masak, boleh potong panas-panas, dan anda akan menyaksikan tali temali cheese tadi yang melekat pada pisau pemotong anda sama macam tyme kita potong pizza dekat pizza hut tu...memang naik la. melekat sana sini.
  12. so.....boleh la dimakan dengan sos or dengan mayonis.
  13. Selamat mejamu selera


That all....cukup sampai disini sahaja...entry yang agak panjang....sedikit perkongsian ringkas daripada ana.alright.Wassalam

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lebih sebulan dah duduk rumah sempena cuti semester break untuk akhir tahun 2012. Begitulah lumrah kehidupan. Kalau duduk hostel, pasti nak balik ingat kat rumah. Tapi bila duduk rumah lama sangat, rasa nak balik ingat kat hostel. Tapi....yang peliknya...admin dah pernah duduk hostel hampir 8 tahun. Dari form 1 sampai form 5....then, sambung lagu 3 years kat IPG. Tapi kalau dulu masa form1 sampa form 5 dok hostel tak pernah pulak rasa nak balik awal...Tak kisah la cuti lama ke, cuti sekejap ker....asal mak admin suh kemas barang untuk balik hostel mesti buat muka malas-malas jek..monyok macam cempedak busuk... Hehe....

Kadang-kadang...admin sampai kena marah... yela, tak kemas-kemas barang nak balik... Bukan apa....mak and ayah admin marah la...bila tak ready nak balik then kemas barang pun nak tak nak....mesti akan ada barang yang admin tertinggal kat umah kan... dah menyusahkan mak ayah admin nak kena post la...hantar la barang tu.... 


tu yang kadang-kadang kalau naik kereta jek...mesti ayah akan tanya dekat beratus kali....ada barang tinggal tak....ada barang tinggal tak.... (cukupkan seratus ea) hehe....tipu jek....xdela sampai 100x ayah cakap....sja aje nak gunakan hiperbola...menunjukkan betapa banyak kalinya ayah ana dok tanya tentang barang ana....bukan nak tanya pun perasaan ana ni yang sememangnya berat kowt nak balik hostel...

....yang mak ana pulak asyik ulang ayat ni pulak... "yela, kena la berkorban skit dalam menuntut ilmu", mak ana tak ulang banyak kali....just ulang kalau tyme ana nak balik jek....ayat yang sama sahaja....sampai laaaaaaaaaaa..... ni....hehe....kelakar kan... kalau dulu ana tak faham erti pengorbanan yang mak ana cakap...pengorbanan dalam menuntut ilmu tu....tapi sekarang dah faham dah erti pengorbanan yang sebenar....rupanya, mak ayah ana pun dalam proses berkorban jugak dalam mana ana berkorban....maksudnya kat sni, mak ayah ana berkorban sebab terpaksa berjauhan dengan anak perempuan dia ni....yela...tak duduk rumah sangat dalam masa 8 tahun.....kan....


 Tapi....bila dah duduk IPG...perasaan yang sama jugak timbul.....rasa nak jek balik rumah bila dah lama sangat tak balik...namun....yang peliknya....tyme nak balik ke hostel pulak tak sabar.....sampai teringat-ingat....terindu-rindu kat bilik nak balik....mesej-mesej kawan cakap rindu kat diorang semua....dulu x pernah pun nak rasa macam ni....agak-agak kenapa?? ha?????

 ajaib kan... Sebenarnya...nak ceritanya disini betapa ajaibnya cinta ukhwah yang dibina di IPG hasil tarbiah yang hampir dekat....... tahun ni.... Barulah faham perkataan yang dulu selalu orang dok sebut-sebut....tapi sekarang baru dapat rasa dan dalami betul-betul rasa ni iaitu "bertemu dan berpisah kerana Allah".



nak cerita kat sini....bukan tak happy dok rumah....dok....rumah tetap syurgaku....tapi maktab syurga tarbiah ana....dua-dua tempat ni membahagiakan.... kalau kat rumah...tempat dimana kita mempraktikkan teori-teori yang kita pelajari di medan tarbiah ni.... iaitu "TARBIAH DZATIAH"....

Dalam sibuk mendakwahi family....kita jugak kena kuatkan iman diri sendiri dulu....kalau tak hanyut jugak dengan kelalaian material yang ada kat rumah. Mana tak nye....masa kat rumah banyak masa lapang....boleh tengok tv sesuka hati.... berbeza dengan di medan tarbiah.... tv kalau nak tengok boleh...tapi kan kena share dengan beribu manusia yang ada di hostel tu yang punyai 1001 rasa nak minat terhadap cerita-cerita mereka sendiri....so....daripada rasa nak tengok terus rasa xnk tengok....majlis ilmu pun banyak kan....

kalau duduk rumah...nak pergi majlis ilmu bukan tak de...ada...tapi bergantung kepada diri sendiri....nak atau tak nak g....ada atau tak de....kalau ada pun tak banyak kan....tak sebanyak di medan tarbiah yang kadang-kala sampai tak cukup kaki nak pergi... orang ni ajak...orang tu mesej...waaa.....banyak kan syurga dunia (majlis ilmu) syukur alhamdulillah....

so...duduk rumah masih ada yang menguatkan iman....bilamana ramai yang mesej ayat-ayat cinta untuk jaga iman....jaga amal....ramai yang take care....kita pun jadi manusia yang caring2 gitu....nak gak mesej orang tanya apa khabar dan bagi semangat untuk saling menguatkan diri masing-masing....walaupun diri sendiri tak sekuat mana pun...


kalau tengok di laman sosial facebook.... (poyo kan, guna ayat laman sosial...ehehehe...rasa skema lak)....ramai yang melahirkan rasa rindu nyer....semua yang rasa tu...alhamdulillah telah disentuh dengan tarbiah....mana tak rindunya....bilamana setiap minggu berprogram bersama-sama....setiap minggu berkumpul membina bulatan gembira mereka sendiri sambil membincangkan masalah-masalah ummah....setiap minggu berkumpul mengikat hati dengan keluar bersama....setiap minggu saling bergurau dan bergaduh bersama....namun masih ada yang menjadi penawarnya...penasihat....

kalau sakit....mesti meriah orang datang ziarah....dalam agenda menambah pahala.....kalau tengah buat benda lagha...mesti akan ada yang datang tegur... "anti buat apa tu"...." dah cukup ke mutabaah", "dah cukup ke mengaji al-quran"....tup-tup....sekejap jek tersedar...kembali tingkatkan iman...tak cukup tu sahaja....ada sahaja yang mesej bagi kata semangat dikala iman lemah.....kata-kata manis...miss call dan sebagainya untuk sama-sama tahajud cinta bersama....

kalau dirumah....bukannya mak ayah tak nasihat....tapi mereka juga nasihat kita....tapi banyak tindakan atas diri kita sendiri....sebab masing-masing dah besar kan...mak ayah pun dah tak nak cakap banyak...seharusnya memang kita boleh berfikir rasional sendiri....so, kalau cakap pun...xdela nak sampai mak ayah kita rotan kan macam kena rotan kecik-kecik dulu kalau tak nak solat misalnya....

apa yang ana tengok...memang macam tula...mak ana akan bising pada adik ana yang belum baligh sahaja kalau dia tak nak solat, tapi kalau dengan yang lain dah tak banyak sangat mak ayah bising....sebab mungkin, masing-masing dah boleh fikir sendiri baik buruk....tapi adakalanya down jugak kan....seboleh-boleh mana kita dapat berfikir sendiri kan.... iman tu kan bertambah dan berkurang boleh pada bila-bila masa sahaja kan.....

nak share kata-kata adik kita ni yang ana faham maksud rindu dia: (akak copy yer dik ayat adik): minx izin....

salam... sy xsabr sgt2 nk blik mktb, bkn sbb xsuka duk kt rumah... tp... sy rasa lemah bila tiada akhwat2 disisi... jujur sy btul nk blik mktb, nk pulihkn blik iman yg sememangnya berkurang... nak baiki balik mutabaah sy... ~skadar luahan hati~ :( rindu kamu smua sgt66x.... ukhwah fillah...

yang ni pulak kata-kata seorang ukhti yang juga rakan seperjuangan bersama di medan ini:

Seindah putaran cinta dunia yang sentiasa menjadi idaman insan yg berjiwa kerdil,terselit jiwa2 yg rindukan cinta agung,tersisip hati mereka yg rindu berukhuwah kerana Nya,yang rindunya makin mendalam tetapi buntu kerana jalan ke arah cintaNya terlalu berliku.Moga saat ini menjanjikan kita seribu cinta Allah dan najah ukhuwah Lillah yg luhur. RIndu semua :)

menjadi lumrah dalam hidup ni kita akan rasa lemah, down dan sebagainya....tapi apa yang sweet di alam tarbiah ni, bilamana ada sahaja kata pendorong dan penguat semangat untuk diri kita kembali normalkan dan recharge iman kita kembali,


"kadangkala, bilamana kita merasa lemah, akan ada insan yang hadir sebagai penaik semangat kita, namun adakalanya di lain situasi pula, kadangkala kita perlu kuat sebagai penguat semangat untuk orang lain pula" &.......

"adakalanya kita perlu kuat untuk mendapatkan kekuatan untuk diri sendiri" (^^)/


......ada lagi sedikit perkongsian seorang ukhti nie...mengenai pembacaannya....menurutnya: 

beberapa helaian buku daripada chicken Soup for the Soul.. dlm salah satu bab tertulis kata2 "JADIKAN SETIAP HARI SEBAGAI MAHAKARYA" - penulis menceritakan bahawa dia baru sahaja habis belajar n nk hidup berdikari, dia merasakn balik ke rumah sbg satu kekalahan dlm hidup beliau...... tp akhir nye dia kene blik jgk rmh sbb semua kerja yg telah di apply tidak berjaya... 

beberapa hari dia bersedih.. smpailah dia terjumpa kata2 "JADIKAN SETIAP HARI SEBAGAI MAHAKARYA" dr situ baru dia sedar bhwa dia xperlu duduk berasingan dgn fmly dia utk mbuktikan hidupnya berjaya... tp dgn ddk rumah pn boleh.. tp bagaimana??? bg penulis, mahakarya merangkumi: masa yg dluangkn dgn org tersayang, bersenam, mjaga diri, mbantu org lain n masa utk melakukan sesuatu yg kita minat.. penulis mula mengubah mindset & melihat masa bersama keluarga sbg satu anugerah krn dpt mluangkn masa bersama ibu bapa tersayang... jd joommm la kita menjadi kan setiap hari kita sbg mahakarya... bersenam n mjaga kshtan cnthnya... jgn lupa setiap dr kita perlu memenuhkan slh satu muwasafat tarbiyah: qawiyul jism.....

sbg seorang akhwat, rasa futur bila akhwat lain tiada dsisi pasti menjengah setiap dr kita.. tapi kita harus berusaha untuk mengendalikan perasaan tersebut.. masa cuti adlh masa kita utk mlatih diri berhadapan dgn masyarakat.. sbb kita tidak selamanya bergelar pelajar.. satu hari nnt kita akan berhadapan dgn dunia sbnr.. jd gunakanlah masa cuti ini untuk melatih diri dgn tarbiyah Dzatiyah.. sekadar ingatan untuk dr sendiri khusus nya dan antnna semua......

hurm....macam tula bait-bait kata nasihat yang cukup bermakna....walaupun berjauhan tapi tetap di hati.... 




::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum w.b.t (sambil tersenyum;padahal entry agak seram)

Seram ke? Rileks kay... just nak coretkan sedikit perkongsian sahaja tentang bacaan ana. Tiba-tiba bukak and selak-selak paper tadi ada pulak perkongsian tentang simptom gangguan jin. So, terfikir nak share dengan semua. Nak percaya atau tidak terpulang. Tapi perkara seperti ini memang wujud. Tentang perkara-perkara ghaib ni memang ada. Tapi sejauhmana kedekatan diri kita kepada pencipta itu yang lebih utama dan mengatasi segalanya k. Alright, sory nak terbersin sekejap. Hehehe... tu pun nak cerita kan. Tak de, tadi abang ana lalu, punya la pakai minyak wangi dia. Haaa....memang tak tahan la bau minyak wangi kuat-kuat ni. Baru perasan, rupanya ana ada simptom alahan and elergic dengan bau minyak wangi lelaki yang terlalu kuat. Sekejap jek, kalau bau nak terbersin. Hidung terus merah-merah. Nape eak, entah la, ana pun tak tau nape.

Tapi memang tak suka la bau wangi yang kuasa tinggi ni. Pernah sekali, ceh...sempat nak cerita lagi tu, yela tak nak seramkan keadaan..hehe... kawan lelaki masuk kelas then terbau la bau minyak rambut ke minyak wangi punya la kuat, then ana yang tengah duduk dalam kelas ni tak tahan terbersin-bersin. Huhu...mata pun akan berair-air... Kenapa eak? Ada solusi tak tentang perkara ni? So, pesanan ana..Boleh nak berwangi-wangian, ana pun pakai gup minyak wangi, tapi berpada-pada kay, pakai yang bau lembut-lembut dah la. Hurrrrrrrr.... seriously alahan. Seharian pening kepala kalau kena simptom ni.

Berkenaan dengan simptom gangguan jin yang bakal ana kongsikan ini, sebelum tu ana nak gtau, ana bukan tok bomoh ke, ahli nujum paper kay, just sharing sahaja. Kadang-kadang kita pandang remeh tentang perkara ni, tapi perkara ni memang terjadi, sama ada kita sedar atau tidak yang kita dah terkena gangguan atau tidak sedar. Kalau tak sedar and tak tau tu yang bahaya. Simptom ni bukan simptom yang meracau-racau sampai histeria tu. Ni nak kata ringan tak jugak, nak kata berat tak berat gak. Tapi apa pun jangan pandang enteng perkara ni k. Yang penting kena jaga betul-betul hubungan dengan Allah, especially bagi wanita yang mudah sangat nak terkena gangguan-gangguan ni.

Ni menurut perubatan Islam kay, simptom yang rata-rata pesakit kerap alami adalah seperti berikut:

"sakit anggota badan"


Hurm...kalau cakap bab sakit anggota badan ni. Semua orang kadang-kadang pernah rasa sakit kan.Sebab angkat berat la dan macam-macam. Tapi ni sakit dia lain sket.  Maksud ana, sakit dia pada anggota badan tertentu contohnya pinggang, tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum, bisa, lenguh, atau pijar seperti terkena lada. Kadangkala kepala seperti dicengkam dan leher terasa dicekik. Pernah ke rasa cam tu? 

Hurm, percaya atau tidak itu terpulang kepada pembaca. Ni sekadar perkongsian melalui bacaan ana. Tapi ana nak share sesuatu kepada semua tentang perbualan ana dengan seorang ustazah ni. Dia kata, benda-benda ni terjadi tanpa kita minta. Yela, semua orang tak nak. Siapa yang nak kan terkena gangguan macam ni. Tapi, macam biasa la. Perempuan kan kadang-kadang emosinya tak stabil berbanding lelaki. Banyak sangat fikir. And selalu take serious sesuatu perkara hingga menganggu emosi. So, benda-benda ni akan amik kesempatan la, ganggu sekali  and join sekali. Tyme waktu-waktu kita sedih, stress, kucewa dan sebagainya. Yang lagi-lagi benda yang buat kita down tu ditambah kita jauh dari amalan-amalan yang mendekatkan diri pada Ilahi. Lagi la benda tu seronok nak dekat kan.

Menurut penulis lagi, sakit ni gak boleh membawa kepada seluruh dua hujung kaki hingga kepala, kadang-kadang sakit boleh berpindah dan menjalar dari setempat ke tempat yang lain. Contohnya, hari ni sakit di bahagian kaki, esok di bahagian bahu dan lengan.

 Sakit boleh juga di bahagian kepala, seperti bisa pening, merasa dalam keadaan mabuk dan tidak stabil. Kalau dah teruk boleh sampai kepada perut kembong dan sesak nafas. Hurm...bahaya nye..Mudah-mudahan kita dijauhkan lah kan daripada perkara ni.

Simptom ke-2 pulak:

"gangguan emosi"


gangguan emosi ni pulak dalam bentuk rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tak senang duduk dan berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar dan rasa sedih atau marah saling berganti tanpa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan ni dipanggil mood swing. 

urm...macam biasa la, kalau kita suka sangat emo, marah-marah kat orang dah tentu-tentu tu perkara negatif kan. So, senang la syaitan nak masuk campur, join sekaki tambah kemarahan dan hasut macam-macam kat kita. Padahal kita tak tergamak pun nak marah orang kadang-kadang,urm..So, beware ok.  

"gangguan pemikiran"

Pernah rasa tak fikiran bercelaru, berserabut dan tak fokus?, haaa.....rasa agak-agak hilang kawalan diri (panic attack atau high anxiety level) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang rasa mengantuk yang berpanjangan walaupun telah cukup tidur semalaman. Keadaan ni mengganggu apabila hendak melakukan ibadah macam solat, ngaji Quran atau zikir.

Biasa la kan...benda-benda ni mana suka bilamana kita rasa nak buat benda-benda baik...nak dekat dengan Allah...pasti akan ganggu punya... tapi jangan bimbang...teruskan beribadah dan dekatkan diri pada-Nya kay..

"perasaan cepat marah"

perasaan cepat marah yang dimaksudkan ialah marah yang tak tentu pasal. tanpa sebab yang jelas. lihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan seolah-olah dunia ini dirasakan begitu sempit. merasakan semua orang memandang dengan pandangan yang buruk..

" rasa putus asa"

sometimes rasa gelisah dan sedih berpanjangan.. tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan selalu rasa kemurungan atau depression. Ada ketika tu timbul dorongan untuk membunuh diri...bahaya kan...ni dah tahap gangguan yang serious ni..  

" takut dan fobia yang tinggi" 

contohnya bila mana berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, tidak berani nak menaiki lif dan bangunan tinggi, tidak boleh bersendirian dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

" Gangguan sewaktu tidur"

  ....susah untuk tidur dengan lena...mimpi-mimpi yang menakutkan ke....dan cemas, terjaga daripada tidur misalnya di tengah malam disebabkan oleh mimpi-mimpi yang menakutkan ini. (nightmare)

"gangguan ketika beribadah"

 Contohnya ketika solat...membaca Al-Quran atau berzikir... Kadang-kadang maybe rasa tak ingat langsung doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Tidak boleh mendengar azan atau bacaan-bacaan ayat Al-Quran dan apabila mendengar ayat Al-Quran badan menjadi sakit dan menggeletar, timbul rasa pilu dan sedih.

"suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik" 

 ....kadang-kadang sampai tak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri....selalu bercakap bersendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu menjadi agresif dan berkelakuan ganas serta tabiat asal berubah....

" dirasuk"

 di peringkat ini...jin atau syaitan dan adik beradik yang berkaitan dengan mereka ni akan menguasai pemikiran dan diri pesakit dan jin ini akan mula meresap masuk ke dalam diri then,bilamana dah dirasuk....faham-fahamlah kan....pesakit akan keluarkan suara yang lain daripada suara diri dia...sometimes berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan...

....ada lagi....menurutnya lagi...pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada di depannya....then...apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya...


" reaksi atau tindak balas anggota badan apabila terkena gangguan"

....perjalanan darah menjadi lebih laju....atau menjadi tidak normal...tekanan darah naik tanpa sebab....menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari.....memejamkan mata....menjerit atau menjadi marah....menangis...ketawa atau mengilai....mengadu sakit....menguap beberapa kali.....sendawa...mengeluarkan angin daripada mulut.....rasa seperti hendak muntah...terasa sesuatu berjalan di dalam tubuh..... dan sakit di bahagian perut atau rahim....
" sihir yang memisahkan suami isteri"

gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan ikatan suami isteri....ramai dalam kalangan suami isteri yang disihir  atas tujuan untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.... 
so....apakah solusinya....solusinya adalah menerusi ayat-ayat Al-Quran:

surah ar-ra'd ayat 30 hingga 43;

surah az zumar ayat 59 hingga 75;

surah al-baqarah ayat 1 hingga 25 & 244 hingga 255

surah al-mu'minun ayat 105 hingga 118;

surah fussilat ayat 25 hingga 44;

 surah furqan ayat 61 hingga 77;


that all....tapi kalau ana....as a women...kita amalkan ma'thurat pagi dan petang....solat awal waktu....selalu istighfar dan ngaji.... in sha Allah....dalam pemeliharaan Allah sentiasa...amin....
ok...that all entry kali ini....


 
 


::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum semua (^^)/

Tadi jalan-jalan kat home facebook. Tiba-tiba ada baca 1 kata hikmah yang menarik hatiku. So, just nak share-share la. Macam menarik pulak. Ok, a broad to you all ~ ~


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya...
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di situ bermulanya syurganya.. 
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupanya..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia karena aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya ALLAH mengetahui siapa si dia.. Semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui dimana si dia...
Semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
 Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…


.....tiba-tiba rasa macam jiwang lak share pasal ayat ni....tak de maksud pape kay....just nice words...minx izin copy pasta yer daripada admin kata hikmah... untuk itu sahaja hari ini....syukran....




::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum w.b.t

      Hopefully kita semua masih merasai "halawatul iman" iaitu manisnya nikmat iman yang tidak terhingga. Amin. Hari ni ana sangat-sangat gembira. Ternyata kegembiraan kita kadang-kadang bukan diri kita sorang jek yang rasa. Malah, kegembiraan kita kadang-kadang boleh membuatkan orang lain jugak gembira and bahagia. Syoknya dapat buat mereka-mereka yang tersayang tersenyum bahagia dan gembira. Betul kata-kata kawan ana: 

" Kita akan gembira dan bahagia bila tengok orang lain bahagia; dan apa yang paling baik adalah kegembiraan yang hadir dalam diri orang lain itu adalah disebabkan daripada diri kita"

      Hurm....betul tak kata-kata nie?... Tapi, jangan kita lupa, setiap kebahagiaan dan kegembiraan dan juga nikmat semuanya tu tak akan hadir tanpa restu dan redha daripada Allah. Segala-galanya daripada ketentuan-Nya, kerna kepada-Nya kita meminta dan memohon pertolongan.

......actually apa yang ana nak tulis dalam entry kali ni adalah....finally and finally...dah tau dah result exam lepas, bagi semester 4. Dah 4 sem mengaji kat IPG. Bersamaan dengan 3 taun pengajian. Perjalanan ternyata masih panjang di IPG. Setelah berhempas pulas, berpenat lelah, and bersengkang mata study plus-plus busy-busy buat kerja da'wah, ternyata Allah akan memberi ganjaran yang tidak terhingga dan ganjaran yang tidak disangkakan kadang kala. Hebatnya kuasa Allah.

....Taun lepas berpeluang memperolehi ilmu dalam matapelajaran >>>>>  yang berikut:

  1. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran;
  2. Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah;
  3. Pengajaran Jawi Sekolah Rendah;
  4. Pengurusan Sumber & Penilaian Pendidikan Bahasa Arab;
  5. Ulum Al-Quran & Ulum Hadis;
  6. Seni dalam Pendidikan
  7. Kurikulum Unit Beruniform II
  8. Bina Insan Guru

.....banyak kan subjek....yang exam cuma 5 paper hari tu....huhu...yang paling turf dan selalu menakutkan adalah subjek bahasa Arab....huhu...ngeri kowt....nseb baik adik ana pun amik degree arabic studies...so, kami boleh study sama-sama...

....tapi memang nak katanya kena maintain result daripada sem 1 degree until sem 8 degree kat maktab....kalau pointer jek cantik tapi kalau CGPA tak cantik tak guna gak kan....sebab pointer boleh menjatuhkan dan menaikkan CGPA....

tengok FACEBOOK pun happy tengok result kawan-kawan baik and mumtaz....alhamdulillah berjaya bersama-sama.... Apa yang lebih membahagiakan adalah bilamana kita dapat cemerlang dunia akhirat kay... Cemerlangkan result; da'wah pun kena cemerlang gak kay...sebab >>>:

"Bila mana kita membantu agama Allah, maka Allah akan permudahkan urusan kita"

sepertimana ayat di bawah

:
:
:
:
v

 "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" (surah ke 47 ayat 7)
....ingat lagi pesan mak ana pada ana: "boleh nak bertanding JPP, tapi result JANGAN drop" (dengan nada tegasnya)...wow...cuak kowt tyme tu....dalam hati, betul ke....betul ke...betul ke ni nak naik bertanding....kalau busy and drop study cm ne??

....tapi ternyata da'wah tak kejam...da'wah itu indah....ada toleransi disitu....apa-apa jua yang kita lakukan dalam hidup ni niat untuk berda'wah....

...study itu da'wah, dapat result cemerlang itu da'wah, menjadi pemimpin itu juga da'wah.... jangan kita jadikan da'wah sebagai beban atau alasan tidak boleh berjaya dalam peperiksaan... mungkin orang selalu tengok kita busy, kejar sana, kejar sini...lari sana sini.....program disana, program disinoooon.... so, kalau keputusan kita merosot, orang akan judge "buat apa nak busy-busy,nanti result jatuh, kan duduk maktab or IPT ni untuk fokus study, buat apa nak beban-bebankan diri dengan kerja da'wah"

let's we make a change ok dear ikhwah akhwat: kalau berjaya kita boleh buktikan ternyata da'wah tidak kejam and malah membantu kita, sebusy mana pun kita, seserabut macam mana pun kita, terkejar-kejar macam mana pun kita dalam hidup, selagi mana kita yakin dan pasti apa yang kita lakukan adalah tugas yang baik, pasti Allah akan bantu....

nak sharing pengalaman, banyak benda yang terjadi dalam hidup ni yang ana yakin memang Allah tengah bantu ana.... tapi memang kena yakin. Contohnya...disaat orang lain tengah sibuk buat nota and assignment untuk dihantar, kadang-kadang ana terpaksa busy-busy buat kertas keje program IPG or surat yang memerlukan segera dihantar pada bila-bila masa sahaja, memang serabut sikit hidup tahun ni, pening kepala, and sakit pun macam-macam datang; kadang-kadang down gak tengo orang dah siap keje, kita pulak masih nak sibuk-sibuk cari bahan....orang dah print assignment kita masih lagi nak susun-susun assignment and edit sana-sini....buat kerja dah la lambat....huhu....ternyata bila sabar dan tabahkan diri....Allah bantu....

...banyak sebenarnya assignment yang contohnya nak kena hantar esok....ana tak siap lagi...banyak plak tu.....huhu...nak menangis jek rasanya....tapi, dah tau nak hantar esok, ana punya la dah tension tak nak fikir sampai kena tidur....maigrain datang kowt....esok pagi bagun huhu...mengelabah tak print apa....tawakal dan berserah pada ALLAH semoga Allah bantu ana....ternyata ALLAH bantu....assignment postpone penghantarannya....hehe....suka sangat....then, tak sia-siakan masa yang ada...edit dan buat yang lebih baik sebelum hantar.....

ada lagi kesah yang Allah bantu ana....tyme orang dah busy-busy baca buku untuk study week,ana pulok sibuk g meeting-meeting bawak fail and segala macam, urus surat di Jabatan Hal Ehwal Pelajar....balik meeting tension lagi tengok kawan dah baca buku setengah buku lebih kurang, dah wat nota sana sini....waaaa.....rasa nak menjerit....keluar bilik amik wudhu', tenangkan hati...solat dhuha dan sebagainya....baca buku slow-slow.... and niat dalam hati , apa yang kita baca and buat nota mendapat keberkatan Allah and Allah permudahkan dalam exam.... Alhamdulillah, kadang-kadang apa yang keluar kat exam tu la tajuk assignment yang ana buat, apa yang keluar dalam exam, tulah tajuk yang ana present dalam kelas dan apa yang keluar dalam exam tu la apa yang ana tekankan dan baca betul-betul waktu study....syukur....apa yang tak baca kadang-kala tak keluar....

Ya Rabb...hebat kan kuasa Allah....

walaupun dah habis exam or dah habis study...doa jangan putus, mintak kat Allah.... kalau kita mintak sedikit in sha Allah jika ikhlas doanya Allah akan makbulkan dan beri yang lebih baik.... :-) daaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnn....daaaaaaaaaaannnnn dan......panjang dan....

"jangan pernah berkira-kira waktu untuk dihabiskan untuk bermunajat pada Allah, sebab Allah sentiasa ada masa untuk kita, cuma kita jek yang kadang-kadang lupa pada-Nya"

nak masuk dewan exam, langkah kaki kanan....baca doa banyak-banyak, selawat kalau lupa....nak hentam pun kena selawat banyak-banyak....yela biar apa yang kita hentam and goreng-goreng kat paper exam tu sedap la gak dibaca pemeriksa.... "YANG PENTING".....tulisan kena cantik....tak cantik pun kira ok la kalau kemas....kalau comot sana sini, orang pun x faham nak baca....meluat dan sakit kepala tengok.... Nie nasihat daripada bakal guru....ngeh3.... esok-esok bakal jadi penanda kertas peksa gop akhirnya....

...tulisan kena besar and jelas....jawab semua soalan....tau...tau...tau..... lagi 1, sebelum exam tepon mak ayah...mintak restu and mohon ampun and redha diorang....ingat nak kahwin jek ke kena mintak restu...nak exam pun kena gak tau...ala2...macam kita nak pergi berperang...dalam masa 2 jam setengah ke bape2 lah jam kita exam...semua tu perang tau.....

jangan lupa....baca ayat seribu dinar....solat dhuha....semua tu untuk dipermudahkan rezeki.... :-)...banyak tolong orang....nanti Allah tolong kita....baca ayat cinta Allah jangan putus....ni dok baca surat cinta manusia buat po....buang masa dan buang perasaan...ngeh2....yela, tak tenang la hati kan bila dok tatap surat cinta manusia....tatap surat cinta ALLAH tenang hati....in sha Allah....

tak percaya cubalah..... :-)

OK....untuk semester yang baru.....tanamkan azam untuk study dan buat yang lebih baik daripada tahun ini....the past is the past.....jadikan pengajaran dan pedoman untuk taun hadapan....

tahniah buat kawan-kawan ana yang dah bertunang and ada yang dah kahwin cuti ni....result pun semua gempaks-gempaks.....rezeki dan berkat dapat teman baru zauj and zaujah antum and antunna.... Ana??? "biarlah rahsia", "masa yang akan menentukan"....but nice, tunggu dan terus menunggu masa berlalu...panjang umur, murah rezeki, kita bakal bertemu dan berjumpa lagi.....gud luck dalam apa jua yang dilakukan....ingat Allah selalu....jihad dalam da'wah....jihad menetang hawa nafsu....  ingat, jodoh kita adalah cerminan diri kita sendiri.... soleh dan solehahkan diri....in sha Allah sekali lagi....jodoh yang soleh dan solehah akan kita perolehi...Amin...doakan ana kay....

wassalam....











::: Komen kalau suka :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here