Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t.

Baiklah, kalau entry sebelum ni tentang tazkirah, da'wah dan sebagainya. Entry kali ni, ana nak sharekan rahsia membuat pizza yang telah menjadi. Ngeh2. Kalau rahsia tak leh share, tapi dah mintak izin dah dengan tuan punya resepi ni, and dia bagi ana kongsikan.Cumanya ana renovate sket resepi ni supaya roti pizza kita menjadi lebih lembut.

 

Okai bahan-bahan dia terbahagi kepada 3:

  1. Bahan membuat roti pizza;
  2. Bahan membuat sos pizza dan the last ingrediants 
  3. Bahan topping atas pizza 

 Baiklah bermula dengan cara membuat roti pizza kay: Bahan-bahannya adalah taraaaaaaaaaaaaa....!!!


  1. 2 cawan tepung gandum: (tepung gandum cap apa-apa lah; x kesah)
 

Cawan plastik nak sukat tepung tu guna yang jenis tinggi; kalau nak guna yang rendah ok gak..tapi sukatannya dapat sedikit jela pizza nye...kalau guna cawan tinggi actually leh dapat 2 pizza sekaligus;

 
tinggi macam ni pun alright gak... 2 cawan kay...
  
2. Kentang dalam 2 biji yang sederhana besar;

Okai, kentang tu you all rebus biar dia empuk dan lembut sehingga boleh dilecek (dihancurkan)

 

  
:
:
:
v


kalau nak kentang tu cepat empuk/ lembut...potong siap-siap...jangan letak dalam periuk sebesar-besar alam....boleh...bukan tak boleh....tapi lambat la dia empuk kay...nak senang....kupas kulitnya siap-siap....xdela melecur tangan yang comel tu lepas kentang tu empuk...sebab nak kena buang kan kulit dia t...xkan nak makan plak kan kulit dia...

kalau dah empuk...lecekkan kentang tu....biar hancur...kenapa guna kentang?? yer...inilah rahsia kelembutan roti pizza yang dicari...lebih lembut daripada roti pizza hut...

kalau nak buat donat yang lembut pun sama....letakkan kentang dalam adunan tu nanti....so, akan dapat la donat yang lembut....

3. Ibu roti (mauripan yeast):

 
 just need one mauripan (ibu roti nie) kay...

cara dia....bukak bungkusan yis segera ni, then campurkan dengan sedikit air...letak dalam cawan...putar guna sudu kay...

eh lupa nak cakap...letak dengan sedikit air panas dan campur dengan air sejuk....anggaran dalam setengah cawan jek....jangan penuhkan cawan tu dengan air...sebab anda akan saksikan keajaiban yang akan berlaku bilamana mauripan itu akan mengeluarkan buih sehingga cawan yang separuh sahaja air tu menjadi penuh...hehe...ajaib kan....jangan sampai tumpah.....ngeh2...membazir....

4. 1 biji telur:

 
 1 biji sahaja kay....jangan nak lebih-lebih....

5. sedikit minyak makan/minyak masak:



 sket jek...dalam ala-ala suku cawan gitu

6. Air secukupnya:


 Alright....tibalah masanya proses uli menguli:

  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum tadi dalam bekas yang sederhana besar yang sesuai untuk proses uli menguli tepung. (pakai apron ea...conform anda comot kena tepung)
  2. Lupa lak....tepung tadi tu ayak dulu....biar dapat tepung yang halus, mulus dan bebas daripada sebarang gangguan serangga ke atau benda-benda yang kurang menyenangkan...hehe...senang kata bebas benda-benda yang kurang bersih.
  3. Masukkan bancuhan mauripan tadi. Gaul sebati dengan tepung.
  4. Masukkan telur pulak. Gaul sebati lagi.
  5. Masukkan kentang yang dilecek. Gaul sebati.
  6. Masukkan minyak makan. Gaul sebati.
  7. Dalam sibuk mengaul-gaulkan bahan tadi. Letakkan la sedikit air. Sedikit demi sedikit dan minyak makan tadi.
  8. Gaul sehingga dia menjadi doh dan tidak melekat-lekat lagi pada tangan.
  9. Kalau terlebih letak air tadi. Letakkan tepung gandung sedikit lagi. Dan kalau terlalu keras letak la air sedikit.
  10.  Minyak makan tadi fungsi nya untuk melembapkan adunan doh tadi and supaya doh tak berapa nak melekit dan melekat-lekat kat loyang pizza bila dipotong nanti pabila dia masak.
    Sesi meletakkan pizza dalam loyang
  1. Alright...kalau dah siap, bahagikan dua adunan tadi dan letakkan dalam loyang.
  2. Sebelum letak dalam loyang. sapukan sedikit mentega atau majerin pada loyang. Supaya tidak melekat.
  3. Loyang tu...bergantung la...nak loyang bulat atau loyang empat segi.
  4. Tidak terlalu besar loyang yang digunakan dan tidak terlalu kecik.
  5. Kalau loyang kecik, mungkin leh dapat 3 pizza, kalau loyang besar leh dapat 2 jek 


tekan doh tadi dalam loyang pizza hingga seluruh permukaan loyang tersebut ditutupi doh tadi. Then, tutup loyang tersebut, dan biarkan di atas meja selama 15 minit lebih kurang untuk memberi masa kepada doh tadi naik, kembang sedikit daripada saiz asal.

tau tak macam maca doh tadi leh naik kembang?? Ha...itulah fungsinya mauripan or ibu roti tadi. Dia menaikkan doh kita seupaya kembang dan tembam...hehe...

sebaik-baiknya tutup loyang guna tuala yang separa basah.. Biar dia lembap-lembap sedikit. Alright. dah biar selama 15 minit. Masukkan loyang tadi dalam oven, yang bersuhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10 minit jek.

kena bakar separa masak dulu...sebab bila dah letak bahan atas pizza tu nanti, nak kena bakar sekali lagi. So, biar dia separa masak dulu kay. Sabar...sabar dan sabar. Buat ni memang memerlukan kesabaran sedikit. Dan kos yang agak tinggi.

Dah masak boleh keluarkan dan biar dia sejuk.



Tibalah masanya membuat sos pizza, bahan-bahanya adalah: Taraaaaaa!!! 

1. Sos prego yang tin kecik jek:

 

 Sos prego ni amik yang tin kecik jek tau...tu pun yang kecik akan guna dalam setengah tin sahaja. Pastikan halal kay. Sebab ada ura-ura mengatakan sos ni tak halal. So, amik yang ada tanda halal. Then nak katanya sos ni ada banyak warna tau, biru, oren, merah yang perisa dia pelbagai. Tapi u ollz amik yang perisa tradisi. Ha....yang cover dia warna merah macam gambar kat atas tu. Supaya pedas skit pizza kita t.

2. Bahan terpenting ke-2 dalam pembuatan sos pizza ni adalah serbuk origano:


 

 haa....serbuk nilah yang admin punya la susah nak carik. Kenapa penting? Sebab, serbuk oregano nilah yang akan menaikkan bau sos kita nanti. Bau dia akan semerbak macam bau pizza. Sampai ke mydin melaka, barulah admin dapat berjumpa dengan botol kecik kenot nie. Huhu...susah betul nak cari kalau kat kedai-kedai runcit biasa. Harga dia walopun kocik tapi mahal la...dekat RM8.00 lebih kurang.

3. Okai ni just bahan tambahan, kalau nak sodap lagi; iaitu >>

- cili yang dikisar (dalam 2 atau 3 sudu besar) : ikut tahap mana nak pedas pizza tu
 maksud cili kisar ni adalah cili kering yang dikisar, bukan lada besar ke...lada cili kecik ke...kalau guna depa ni, mau tak mengaum pedas sangat...guna cili kering jek kay...

 

 - then sedikit sos cili secukup rasa:



 - sedikit serbuk lada hitam:




Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali;
  2. Then, masukkan lada kering yang telah dikisar tadi dalam 2 atau 3 sudu. (Ikut citarasa anda nak pedas mana)
  3. Tumis lama sedikit sehingga dia benar-benar tua. Kalau tumis lama tak dela sakit perut bila makan nanti... And mengurangkan kadar kepedasannya... Ni ikut petua mak admin la. 
  4. Masukkan sos prego tadi, dalam setengah tin kecik tu, gaul-gaul lagi
  5. Api jangan besar sangat, nanti hangus plak lada tu...
  6. Masukkan sos cili sedikit, untuk tambah rasa
  7. Kalau dia dah mendidih sedikit, macam ala-ala dah ada letup-letup...tak tau nak cakap cam ne...tapi dah mereneh sedikit, masukkan serbuk oregano, jangan banyak sangat...just secukup rasa.
  8. Masukkan gak serbuk lada hitam,
  9. Tumis sehingga dia naik bau dan agak-agak dah masak leh la tutup api
  10. Nak letak garam sedikit or gula pun boleh...ikut la...tapi kalau dah manis tak perlu la letak gula lagi kay.

Bahan-bahan untuk topping atas pizza:

Bahan-bahan ni sebenarnya ikut selera anda, anda nak buat pizza apa, boleh letak: (tapi semua bahan tu kena potong kecik-kecik kay)

1. Hot dog:

 


 Pastikan halalan toyyiba kay. Potong kecik-kecik and nipis-nipis. Just beli 1 packet hot dog jek dah ok. Boleh guna sampai 4 pizza 1 packet ni. Potong bulat-bulat leh....serong-serong leh...ikut citarasa masing-masing kay. Cari yang murah jek...ada yang 1 packet RM1.70 leh dapat. Tapi kalau yang brand mahal tu mahal la sket harganya kan.

2. Isi ketam:


Isi ketam ni pun sama. dia mahal sikit. 1 packet dalam RM3 ringgit lebih la. Sebab dia sedap kan. Ni pun sama, potong kecik-kecik ya.

3. lada benggala:

 

 lada ni ambil yang warna hijau kay. Potong kecik-kecik and panjang-panjang. Tak berapa pedas pun lada ni.

4. bawang besar dihiris kecik-kecik:


 nak potong dadu pun boleh.tapi jangan la hiris nipis-nipis macam nak tumis masak plak. agak-agak la kay....ikut kesesuaian masakan.

5. nenas:



 nak pizza rasa manis-manis sedikit, letak la nenas. potong kecik-kecik gak.

6. Daun bawang:


 letak la jugak hirisan daun bawang. banyak sedikit sayur-sayuran atas dia. Berkhasiat sket kan.

7. Boleh jugak nak letak carrot tapi.....bersyarat, carrot kan agak keras. So kalau nak letak, kena tumis sekali dengan sos lada tadi, biar dia lembut sikit bila dah masak. Kena masak. Takkan nak letak atas pizza tu macam tu jek kan keras-keras. Arnab pun tak nak...ngeh2...



 potong 3 segi yerk....cun sket... yang penting kecik-kecik dan tidak terlalu tebal. kalau tebal lambat sket dia nak lembut tyme masak tuuuu.....

8. And the last important ingrediants here is >>> cheese mozarella

bahan ke-2 penting dalam pembuatan pizza selepas serbuk oregano tadi. Cari yang dah siap dipotong kecik-kecik boleh atau beli yang jenis setongkol besar then kena sagat sendiri la. Kalau yang dalam packet tu yang dah siap dipotong panjang-panjang harga dia dalam RM12 ringgit lebih la. Kalau yang jenis setongkol besar penumbuk big show... hehe...sebab penumbuk ana kecik jek...tangan tak besar mana.... harga dia dalam RM 21 ringgit lebih...

cheese ni memang mahal banyak tau. Sebab dia sedap. Kalau yang brand jenis baik tu lagi mahal harganya. Jangan beli yang jenis sekeping-sekeping tu tau... Yang nama dia cheesedale...benda tah,tak ingat.... Yang namanya cheesedale2 tu yang hat sekeping-sekeping tu untuk makan dengan roti....so rasa dia pun lain gak...x sesuai untuk digunakan dalam membuat pizza...admin dah pena guna da...tapi x sedap.... x sesedap cheese mozarella ni....


haaa.....ni dia...yang buat makan dengan roti tuuuu...tapi..admin x pernah pun teringin nak makan dengan roti...x sedap mana pun....bukan selera admin la...



kena gak guna cheese ni kay...sagat halus-halus and panjang-panjang cam ni tau....mesti......wajib......

okai, masa yang dinanti telah tiba....prosedure akhir pembuatan pizza kita;

  1. Kan tadi dah bakar separa masak kan kita punya doh tadi kan, so sekarang tuangkan sos yang telah dimasak tadi atas pizza. sluuurpppp....sedapnya...
  2. Nak sedap lagi?? sebelum tuangkan sos atas pizza tadi, sapukan roti tu dengan mayonis, sedikit atas pizza tadi. ni resepi saje2 ana.tapi sedap jek...
  3. Pas tu baru letak sos tadi yang dimasak.
  4. Dah letak sos, sapu rata-rata sos tu, atas pizza supaya semua bahagian atas pizza tu kena dengan sos tadi, nak sapu tebal-tebal leh, nipis-nipis leh...ikut la k.
  5. Seterusnya, susun la bahan-bahan tadi yang dah dipotong kecik-kecik tu atas pizza yang telah diletakkan sos diatasnya tadi kay.
  6. Letak dengan dimulai dengan bismillah...then put the hot dog, then isi ketam, seterusnya lada benggala, bawang, nenas, daun bawang, dan sebagainya di atas tu.
  7. Last touch up daripada ana.....ni mesti last tau...sebagai gam dan penutup pizza ni adalah put the cheese atas pizza yang telah diletakkan semua bahan-bahan tu tadi.
  8. Nak lebih cheese?? letak la banyak sikit. Nak kurang letak sedikit jek. Tapi better letak banyak la, and msti letak cover semua bahagian kay..supaya dia dapat gamkan semua bahan-bahan tadi supaya tak la tertanggal bila nak potong t or terburai-burai.
  9. Dah siap letak, then tekan sikit dengan sudu....supaya semuanya melekat dan kemas pada loyang.
  10. Last prosedure....masak dalam suhu yang sama 180 darjah dalam masa 20 minit lebih kurang.
  11. Dah masak, boleh potong panas-panas, dan anda akan menyaksikan tali temali cheese tadi yang melekat pada pisau pemotong anda sama macam tyme kita potong pizza dekat pizza hut tu...memang naik la. melekat sana sini.
  12. so.....boleh la dimakan dengan sos or dengan mayonis.
  13. Selamat mejamu selera


That all....cukup sampai disini sahaja...entry yang agak panjang....sedikit perkongsian ringkas daripada ana.alright.Wassalam

::: Komen kalau suka :::

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

Ain Areena said...

Tq bg resepi pizza ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here