Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger



Assalamualaikum

Baiklah entry ana kali ni adalah nak beri kata nasihat sikit buat mereka yang suka sangat bercinta tyme remaja ni


senang cakap couple la....couple of the year ke...of the months ke...whatever lah...by the way, ble dah confess2 love ni that a meaning of couple right...x kira la Islamic ke x Islamic...

opps!! lupa nak gtau....sebenarnya xde yep istilah couple Islamic....jgn cuba2 nak gunakan agama sebagai alasan nak buat perkara ni....wrong is wrong okai,...(huhu speaking berterabur)-apa yg pentng mencuba....

Sebut pasal couple Islamic ni memang sakit hati la ble dgr...matlamat tak menghalalkan cara kay....apa yang menghalalkan pergaulan laki dan perempuan yang bukan mahram ni adalah apabila selepas kahwin jek...tunang pun x leh gak....tunang tu bukan tiket untuk bawak anak dara org ke hulu dan hilir....senang ckp slagi belum halal lg...dilarang okay....stop smpai sni...

ni nak habaq mai la nasihat sket untuk si dia dan dia yang nak couple or teringin sangat nak mencuba untuk couple...x perlu sebenarnya....buang masa jek...so ni ada sket nasihat la dri ana...kalo nak trima tu trima jela...xnk pun x pe....up to u...


contoh sample konon couple iSLAMIc.....


ni pun sme.... couple pe tah...xtau nak habaq

Overall is related to the teen and the teenagers....

COUPLE...COUPLE AND COUPLE....lme2 nanti jd Culprits plak....sory kalo ada yang terasa hati....

Nasihat yang pertama:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau  berkahwin dengan "si dia"-senang cerita x perlu bimbang atau risau lah...yela kalau org couple ni msti la dia risau takot x de pasangan nnti...xde org nak kahwin dgn dia...by the way...kalo korunk pecaya dan yakin dgn jnji Allah yang Allah dah tetapkan jodoh untuk hambanya....so x perlu nak couple2 ni...berdoa jek..

Usaha?? couple tu suatu usaha?? hurm x leh trima langsung alasan ni....ramai jek yang couple tp xde pun menuju ke arah gerbang perkahwinan....ada certain people ni couple dgn org lain then last2 kahwin dgn org lain plak,apa mksudnya tu....that means Allah yang tentukan jodoh kte smua,not u kay or ur couple...

so tinggalkanlah couple2 anda...dan carilah redha Allah dulu...barulah Allah akan meredhaimu...


selamat tinggal my couple....kalau Allah izinkan kte bersama pasti ada jodohnya nanti

Nasihat ke dua: tak perlu mengharapkan cinta si Dia sebelum sampai waktunya.. kelak mungkin dia bukan jodoh buatmu...Jodoh, hidup dan mati semua ketentuan Allah...


ana tau bukan mudah...tp bnd yang susah tulah yang akan membawa kemanisan suatu hari nanti.. syaitan sememangnya akan memberikan kte rasa kemanisan ble mana kte membuat sesuatu kemungkaran dan rasa kesukaran dan benci untuk lakukan kebaikan....tulah jnji syaitan...


so break ur hearth  for him for a while..

nasihat ke tiga: jika kamu mahu bahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik si dia pd waktu yang sebenarnya...

mcm ne nak rasa bahagia lpas kahwin yela ble mana sebelum kahwin dah bg cinta kat laki itu dan ini...so yang tinggal untuk suami sndri dah tak berkualiti...tak betul2 original orang kata,yela kranya dah pernah dah rasa perasaan cinta dan dicintai tu sebelum kahwin lg,so apa lg yang tinggal selepas kahwn...xde pape dah...malah mendatangkan mslh jek...yela ble mana rasa ragu2 plak dgn pasangan msing2...

ni lah akibatnya...


jdlah mcm ni...bukan mcm yg bawah ni


bahagia selalu...

ok nasihat keempat: jika benar2 dah jatuh cinta, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat yang ditetapkan seperti dalam hadith Rasulullah SAW:

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.


istikharah dulu, minx petunjuk dri Allah


Nasihat kelima: pandanglah kebahagiaan sebelum berkahwin itu hanya palsu, yang hakikat hanyalah selepas diijabkabulkan :-)


Nasihat keenam: jika inginkan pasangan hidupmu yang terbaik, maka engkau mestilah menjd yang terbaik terlebih dahulu...



(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Nasihat ketujuh: membina keserasian selepas berkahwin bukanlah dengan cara berdating dan bersua muka selalu, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu engkau tahu...


jaga ikhtilat semasa belum sah lagi: disamping saling berdoa dan mendoakan yang terbaik

Nasihat kelapan: bercintalah untuk meraih cinta-Nya...


Ketahuilah hanya cinta Allah sahajalah yang kekal abadi....tak pernah menghampakan dan mengecewakan....sentiasa,kekal dan abadi sampai ble2...





Alangkah bahagianya jika kte dah sampai tahap btol2 jatuh cinta kepada Allah...

Nasihat terakhir dari ana buat semua: JANGAN biarkan nafsumu dgn cinta yang tak diterima disisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan drimu dan mungkin tak akan pernah merasa apa itu erti sebenar kebahagian yang abadi

Syukran wa akhiran bercintalah sampai ke syurga

"maaf andai ada yang tersinggung pasai entry ni" 

just ingatan tulus ikhlas dri ana buat smua

ingatan ni jgak untuk dri ana sndri

yang mungkin lalai dan leka juga

sekian assalamualaikum


Ana blogger muslimah mengundur diri dulu!!!

::: Komen kalau suka :::

Comments
1 Comments
    
    

1 comments:

Anonymous said...

Baguss...
Sayang ngga bisa di copy :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here