Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum semua... kaifahaluka??

Ana harap semua dalam keadaan sehat sejahtera dan masih lagi dapat menikmati nikmat iman dan islam....yela ada orang dia x sedar pun kadang-kadang dia memiliki 2 nikmat ni iaitu iman dan islam....

baiklah entry ana kali ini ana nk cerita pasal tudung labuh....

tudung labuh???

hurm ramai yang x berminat nak dengar ble ceter pasal tudung labuh.....

n ble sebut pasal tudung of course la berkaitan dgn wanita....x kn laki plak kan.....

Nak tau apa persepsi wanita sekarang berkaitan tdung labuh??? ni yang ana selalu dgr la yer:-

1. Tudung labuh??? : owrh not up to date la....

2. Tudung labuh??? : huh!!! aku bukannye nak jd ustazah pun....

3.Tudung labuh??? : panas la..... x panas ke labuh2????

npe adanya persepsi yg macam ni?? sedangkan mereka x cuba lg pakai n mungkin x pernah nak cuba....kdg2 memperlekehkan si pemakai tudung labuh....ada yg cakap labuh boleh buat selimut la.....hurm....

sedangkan dalam al-quran....ALLAH S.W.T dah berfirman....mafhumnya:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah Al-Ahzab, ayat 59)


see....nampak kan.....ayat ni bukan sahaja suruhan....malahan perintah daripada Allah.....mengapa masih tak ambil pengajaran....

tak cantik ke pakai tudung labuh???

adakah kte pakai tdung semata-mata untuk dilihat cantik??? bukankah konsep memakai tdung itu untuk menutup aurat....bukan membalut aurat yer.....perlu faham konsep....


segalanya kte perlu kembali kpd konsep kita dalam agama islam.....

ingatan ni untuk diri ana jugak....yela kte  ni kdg2 pun terlalai dan terleka....

nak cerita sket pengalaman sepanjang memakai tudung labuh.....


actually background family ana bukan dri kalangan yg memakai tdung labuh....tp ada la jgak yg pakai....bleh kte sederhana.....

kebetulan ana berminat dan dpt  tawaran msuk sk agama, xnk sbut la sk mana.....tp sk agama la....

disitulah bermulanya detik ana memakai tudung labuh....1st impression not bad.....

- rasa selesa n selamat
-tenang
- ble rasa nak buat jahat tp x jd (Sbb terfikir "owrh aku sedang pakai tdung labuh")

so bleh dikatakan pakai tudung labuh untuk dpt redha allah tu blum dtg lg....

tp yela ble mana sesuatu yang telah menjd kebiasaan kte (memakai tudung lbuh selama bbrpa tahun) ia telah mjd suatu kebiasaan yg sukar untuk dibuang....

so kat luar pun dah pakai gak.....bkn skdr kt dlm sk jek....


ble dah melangkah masuk ke metrikulasi; suasana pun jd berubah.....lain drpd suasana sk yg smua pkai tdung labuh td.....

dpt plak course yg memg sush la nk jumpa kwn yg sme jenis pakai tudung labuh gak....

so ape lg as a human kan.....

mood mse tu : DOWN.....REALLY2 DOWN.....

so start tukar style pkai tdung

:
:
:
V
V


........



hurm tp bukan tukar tudng pendek...still tudung labuh tp tudung bidang.....

padahal ana bukan jnis reti selempang sne sni, belit sne n belit sni tu..... tp xtau npe mse tu tengok org x ramai yang pakai tdung lbuh tbe2 jd malu....ISH3....apela....jgn jd mcm ni tau.,...ni ngah lemah iman ni.....yela ble mana kte keseorangan kte jd lemah....

" islam itu menjd teguh dan kuat ble mana dalam keadaan jemaah (beramai-ramai)"

"Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdoa." Surah al-Fushshilat: 51

ayat diatas berkaitan manusia yg slalu lalai dan leka ble mana ia dberi nikmat dan kembali ingat kpd ALLAH ble mana ditimpa malapetaka.....

so suatu hari ana dpt twaran untuk melanjutkan pengajian di maktab perguruan....dan apa yg menarik ana dpt course agama....

sebenarnya x minat....lebih cenderung ke arah course yg ana amik skrg...kononnya nk jd bakal engineer....hurm....tp setelah muhasabah dri n buat istikharah akhirnya ana akur n g la maktab perguruan....

dan bermula disinilah ana stay pakai tdung labuh....

bukan kerana course yg ana amik

tp kerana mendapat tarbiyah yang sebenar benarnya.....

kt sni lah bermulanya mersa ketenangan yang sebenar-benarnya....

alhamdulillah...


Imam Ghazali ada berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”



dan ramai gak kwn2 yg start transform pakai tdung labuh atas kerelaan mereka sndri...

hasilnya???banyak hasilnya...

NAK TAU APA KELEBIHAN NYE:

OK:

1. SUDAH TENTULAH MENUTUP AURAT SEPERTIMANA YANG TELAH DISYARIATKAN-AURAT TERPELIHARA

2. APA YANG DIGAMBARKAN DI LUAR (FIZIKAL) AKAN MEMBERI KESAN PD DALAMAN JUA-BLE MANA KTE DAH BERPAKAIAN MCM TU DAH TENTULAH KTE AKAN ADA NIAT UNTUK TERUS MENGUBAH DRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.

3.RASA SELAMAT-TAK RAMAI ORG NAK GANGGU BLE PAKAI TUDUNG LABUH-ESPECIALLY LELAKI....DIA AKAN ADA RASA HORMAT KT KTE....KALO GANGGU PUN (LELAKI) NI DIA AKAN GANGGU DGN BERI SALAM...

CTHNYE : "ASSALAMUALAIKUM!, TAK JAWAB DOSA"- HURM MCM TULAH LBH KURANG

SEKURANG KURANGNYA DIA ADA LA GAK RASA NAK SEBARKAN SALAM....DPT GAK PAHALA....CUMA NIAT DIA JELA X BTOL LG....YG TU XPELA....BIALA DIA....JNJI MEREKA BAHAGIA....TP AMALAN MENYEBARKAN SALAM TU DAH ADA DAH...

4. TERPELIHARA PANDANGAN

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)

DARI ASPEK PANDANGAN NI MEMANG SUSH NAK DIJAGA ESPECIALLY LELAKI....SO BLE MANA KTE PAKAI TDUNG LABUH MEMG AKAN ADA YG TGK....

YELA X RAMAI DAH PAKAI TDUNG LABUH SO JD GOLONGAN YG ASING LA JGAK....

SBB ISLAM ITU DATANG DALAM KEADAAN ASING DAN BERAKHIR DLM KEADAAN ASING JGAK SO BERUNTUNGLAH MEREKA YANG ASING NI (YANG DALAM GOLONGAN ITU)

bukan maksud ana kte jd makhluk asing plak, bukan tau tp kte dri golongan yg asing....golongan minority....

5. LAST SKALI YG BLEH ANA NYATAKAN KELEBIHAN PAKAI TUDUNG LABUH NI ADALAH TERPELIHARA DRPD DIROMPAK....

YELA BLE MANA TDUG ANDA DAH LABUH SO KALO PAKAI HANDBAG PUN ORG XNMPK....SO NK ROMPAK MCM MANA KAN....

mcm2 bnd terpelihara kan....

tp apapun dan segala perkara yg kte lakukan mstilah berdsarkan niat....

niat kte kerana Allah....

macam dalam hadith 1 imam  nawawi....


Hadith 1 (Hadith 40 ~ Imam Nawawi)
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here