Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak tulis kat blog ni.Insyallah entry kali ni berkisar tentang kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan semua iaitu kisah mengenai cara meraih cinta Allah s.w.t dengan dekat dengan Al-Quran nur karim.

Kisah 1:

Dari Riwayat Anas r.a. Rasulullah s.a.w mengirim satu pasukan yang perlu berperang di jalan Allah berdasarkan  siapa daripada kalangan mereka yang menghafal Al-Quran. Namun pada waktu itu tiada siapa pun yang mengaku telah menghafal Al-Quran. Kemudian Rasulullah bertanya sekali lagi dan akhirnya seorang hamba Allah telah mengaku bahawa dia telah menghafal surah al-baqarah. Lalu Rasulullah menyuruhnya pergi memimpin pasukan perang itu.

Kisah 2:

Jabir r.a. berkata: Rasulullah pernah bertanyakan tentang mereka yang telah terkorban di dalam perang Uhud yang paling banyak menghafal Al-Quran, maka Rasulullah menyuruh supaya jenazah itu yang didahulukan untuk dimasukkan di dalam liang lahad.

 Kisah 3:

Riwayat Abu Musa bahawa Rasulullah pernah pergi berdekatan anjung rumahnya untuk mendengar bacaan Abu Musa dan pada keesokkan paginya Rasulullah telah bertemu dengan Abu Musa dan mengatakan bahawa suaranya seperti seruling keluarga Nabi Daud. Sejurus kemudian Abu Musa berkata kepada Rasulullah saw, seandainya dia mengetahui akan kehadiran Rasulullah pada malam itu, sudah pasti beliau akan memperindahkan lagi suaranya hingga lebih berkesan lagi bacaannya.

  Kisah 4:

Ibnu Kathir dalam bukunya "Al-Bidayah wa an Nihayah" mengenai Umar yang pernah jatuh sakit kerana dipengaruhi oleh satu ayat daripada Al-Quran iaitu surah as-saffat:24-26

 Kisah 5:

Kisah Ibnu Mas'ud yang mengikuti Rasulullah saw solat hingga dia tidak mampu menahan dirinya sehingga baginda selesai kerana baginda menyambung bacaan dari surah Al-Baqarah sehinggalah surah al-ahzab.

  Berikut adalah kisah-kisah berkenaan mereka yang mempunyai hati dan jiwanya dekat dengan al-quran sehingga terlalu mencintainya. Hal ini bermaksud, mereka telah meraih cinta Allah s.w.t melalui Al-Quran iaitu kalamullah.
So, kita dimana??

Tanya diri dan iman anda??



::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here