Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum w.b.t...Insyallah mudah-mudahan semua berada di dalam Rahmat dan Naungan Ilahi hendaknya...nak buat sedikit nukilan mengenai "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul"...walaupun baru lepas balik ujian memandu and keletihan....tapi still nak tulis sesuatu...

pernah baca tak buku tajuk tue?? karya kak Fatimah Syarha binti Mohd Noordin....sangat famous di pasaran masa kini...beli jangan x beli...amat sesuai untuk dijadikan panduan bagi mereka yang sedang bercouple atau bercinta, yang ingin mendirikan rumah tangga dan sudah mendirikan rumah tangga....

Jika bercakap mengenai soal kahwin ni...ramai kawan-kawan semua dah dok cerita pasal kahwin sahaja....kahwin....kahwin dan kahwin....macam mudah jek kan kahwin tu...sememangnya kita telah berjaya menyempurnakan separuh daripada agama apabila telah mendirikan rumah tangga...tetapi persoalannya disini perkahwinan yang macam mana kita inginkan....adakah perkahwinan yang hanya berlandaskan nafsu semata??? atau berlandaskan tujuan dakwah??? atau yang suka2?? atau.......


so....jangan tergopoh gapah dalam membuat keputusan untuk berumah tangga....kerna Jodoh adalah sesuatu yang Allah pasti telah tetapkan buat kita semua....mengapa perlu terburu-buru....lambat atau cepat adalah aturan Allah kepada hambanya....Allah yang mengetahui tahap dan kemampuan hamba-hambanya.....

so, x perlu resah gelisah dan sibuk mencari sana dan sini dengan prosedure yang salah disisi Islam....seperti bercouple...

ada yang sanggup bercouple sebab takut tidak laku di kemudian hari....dan ada pula yang menganggap bercouple itu suatu ikhtiar untuk mencari jodoh...betul ke macam tu??...salah tu......tetapi jodoh yang penuh barakah tu yang kita semua ingin capai sebenarnya....

ramai yang tahu akan hal ini....tapi  ramai juga yang tahu tetapi tidak betul-betul memahami maksud yang tersirat di dalamnya....


so....bagi sesiapa yang sudah mempunyai pasangan bercouple...adakah anda yakin ia jodoh yang terbaik buat anda?? adakah anda pasti ia jodoh anda??....tidak bukan....sebab manusia hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah...Allah yang memegang hati-hati hambanya...sebab Dia adalah pencipta kita....so Allah berhak menentukan nasib kita di dunia ini...

Yang penting adalah MUJAHADAH kita dalam menghadapi  nafsu CINTA yang kian marak dalam kalangan remaja 20an sekarang....semua nak fikir kahwin awal....bagus kahwin awal....tapi jangan tidak fikir panjang....fikirkan akan tujuan sebenar perkahwinan itu didirikan....


so...bagi sesiapa yang masih belum ketemu akan pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul....tak perlu risau dan bermenung durja....kerna kita ada Allah disisi yang sentiasa membalas cinta kita bagi hambanya yang sangat merindui-Nya...

Allah sentiasa menghargai CINTA hamba-Nya
Allah sentiasa menerima CINTA hamba-Nya

sebab CINTA ALLAH itu kekal abadi dan hakiki....tidak seperti cinta manusia yang hanya sementara...


"JANGAN JADIKAN CINTA YANG FITRAH ITU MENJADI FITNAH"

Cinta itu sememangnya suatu fitrah dan anugerah Allah, namun jangan biarkan ia menjadi FITNAH apabila kita salah mengelolakan perasaan kita....

gunakan cara yang terbaik yang disarankan oleh agama kita ISLAM....kerna Islam itu INDAH....jika permulaannya sudah berkat maka pertengahan dan penghujungnya juga akan INDAH....

jika dalam DAKWAH kita ada BAITUL MUSLIM sebagai wahana untuk membentuk sebuah keluarga Muslim yang diinginkan....

bagi yang tidak mengikuti dakwah dan tarbiah....tetap boleh mendapat perkahwanan yang barakah dengan menggunakan cara dan jalan Islam yang syumul....seperti merisik, meminang dan seterusnya....

"BE A MAN DON'T APPROACH HER BUT APPROACH HER WALI"

so nak jadi pemimpin keluarga perlunya keberanian...jika nak mulakan langkah seperti itu pun sudah tidak berani....macam mana nak jadi pemimpin sebuah keluarga yang akan penuh diisi dengan anak-anak....dan seterusnya....


teringat ana akan kisah RABIATUL ADAWIYAH yang menolak CINTA MANUSIA demi meraih CINTA ALLAH....SUBHANALLAH......

let's refleks ourself.....sejauhmana dalamnya CINTA kita pada Allah berbanding CINTA kita pada MANUSIA...susah kan...kadang-kadang kita cakap jek CINTAKAN ALLAH tapi kata-kata hanya dibibir....tidak sejurus dengan PERBUATAN dan AMAL....

padahal PERBUATAN dan AMAL kita yang akan menjadi bukti akan CINTA kita pada ALLAH di akhirat sana....


Tidak perlu merasa dilema apabila JODOH tak KUNJUNG tiba.....tengok sahabat dah bertunang....tengok sepupu dah bertunang....kita....bila lagI???

no need la....no need no mean kita tidak perlu fikir langsung....kita perlu BERDOA dan berikhtiar....tetapi sebaik-baik ketetapan adalah dari Allah....jangan pernah rasa risau....Allah knows the best for you....

selain tu....fikirkan akan restu kedua ibu bapa kita....mereka berhak menentukan kehidupan kita...sebab setiap ibu bapa pasti ada perancangan untuk anak-anak mereka....apa-apa pun keputusan...jangan membelakangi mereka....RESTU itu yang UTAMA ye sahabat....

sebab perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa akan mendatangkan kesan yang mudharat atas rumah tangga tersebut....tak berkat....sebab REDHA ALLAH terletak pada REDHA kedua ibu bapa...


berdoa dan teruskan berdoa untuk yang terbaik....perbaiki diri untuk menjadi muslim mu'min yang berjaya di dunia dan akhirat....jadi soleh atau solehah bukan untuk mendapatkan pasangan soleh atau solehah....niat perlu diperbetulkan.... berbuat sesuatu kerana Allah barulah kekal akan perubahan yang dibuat.....bukan kerana manusia....

sebab siapalah manusia untuk menentukan hala tuju kehidupan manusia yang lain....sebab manusia itu sifatnya lemah....dan kelemahan itu perlu dilengkapi sesama manusia juga (hablu minannas)


apabila sudah berdoa dan berikhtiar tapi masih menemui jalan BUNTU,jangan putus asa untuk terus berdoa.....dan MUJAHADAH itu paling utama....agar CINTA yang suci itu tidak disalurkan melalui JALAN-JALAN yang dinodai....



bagi yang tidak mampu disarankan untuk BERPUASA....kerna PUASA itu dapat menundukkan hawa nafsu kita disamping ganjaran pahala disisi Allah....

jadikan rasa yang wujud di dalam hati itu sebagi motivasi untuk terus mendekatkan diri pada Allah.....sama-sama berdoa dan mendoakan....agar terus di tabahkan hati dan dikuatkan iman....

jika tidak mampu....jauhkan diri anda daripada  perkara-perkara yang boleh menghadirkan rasa itu....sepertimana post-post di facebook yang banyak mengenai cinta itu dan ini....semua ini membuatkan kita selalu terfikir-fikir akan bilakah giliran kita akan tiba....JANJI ALLAH ITU PASTI....

SO DON'T WORRY KAY.....jika mampu menahan rasa sehingga akhir hayat....kita dah dianggap SYAHID....SYAHID melakukan maksiat di dunia....biarpun tidak diketemukan jodoh di dunia....



so that all for me for today....

 

::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here