Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum warga pembaca sekalian...alhamdulillah setelah lebih 2 bulan ana menyepi daripada menulis beberapa entry di blog ni...dan Alhamdulillah berkat nikmat Iman dan Islam yang masih diberikan Allah s.w.t pada ana, ana masih berpeluang berada di atas muka bumi ini untuk terus berkhidmat sebagai seorang hamba Allah.

2 Bulan telah berlalu: dan dalam masa 2 Bulan juga berbagai perkara yang berlaku;

jUga diuji dengan berbagai-bagai ujian;

"sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang selagimana ia tidak diuji"

"sesungguhnya perjalanan di dalam jalan dakwah ini perlunya PENGORBANAN dan setiap pengorbanan tidak akan putus disertai dengan UJIAN bagi menguji hamba-hamba-Nya yang benar-benar tulus ikhlas dalam berkorban.

pengorbanan itu sangat sukar; lebih-lebih lagi apabila apa yang dikorbankan tidak seiring dengan hasilnya....sangat-sangat melemahkan jiwa; namun apabila memikirkan yang Allah itu melihat usaha hambanya dan seikhlas mana usaha hamba-Nya itu untuk berbuat; bukan hasilnya.

Langkah bermula di jalan dakwah ini sedikit demi sedikit; bermula daripada bawah; sebagai mad'u dan seterusnya menjadi seorang murabbiah....perjalanan yang panjang dan memerlukan persediaan bermacam-macam persediaan yang sukar digambarkan...bukan mudah....tapi sesungguhnya manusia itu adalah khalifah yang Allah ciptakan untuk menjadi pemimpin di atas muka bumi ini.

bukan mudah dalam usia tarbiah yang sedikit untuk dilantik menjadi sebagai seorang murabbiah...namun apabila memikirkan dunia yang semakin tenat sekarang, maka perlunya PENGORBANAN untuk terus berada di jalan dakwah ini..."kalau bukan kita siapa lagi nak galas tanggungjawab ni??" (persoalan yang sering menjadi motivasi dalam diri)

untuk menjadi seorang murabbiah juga perlunya pengalaman dari bawah iaitu bermula dengan menyampaikan dakwah melalui tazkirah umum dan seterusnya berpeluang mengendalikan ta'lim dan akhirnya apabila cukup usia yang sesuai untuk mengedalikan halaqah maka bermulalah detik-detik murabbiah mengendalikan mutarabbinya ke arah kefahaman islam yang syumul dan tanggungjawab muslim dalam dakwah ini.

"dakwah itu suatu perkara fardhu kifayah namun boleh menjadi fardhu ain bilamana kita kekurangan pelapis untuk mendokong cita-cita dakwah ini"

"KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI???"

apabila memikirkan berkenaan dengan dakwah berbagai perkara perlu difikirkan....persoalan demi persoalan datang menyoal diri??

"layakkah diri menjadi penyampai??"

"cukup dah ke ilmu nak sampaikan kebaikan??"

"belum bersedia lagi mungkin??"

semua persoalan ini akan datang, namun cuba fikirkan, untuk menjadi SEMPURNA sampai bila??

sampai bila kita akan jadi seorang DAIE kalau nak betul-betul jadi sempurna baru nak sampailan??? betol tak...sebab manusia memang tidak sempurna....hanya Nabi Muhammad s.a.w sahaja yang bersifat ma'sum....

nak tunggu cukup ilmu pun....sampai bila?? ilmu Allah tu sangatlah luas...ibarat seluruh lautan di muka bumi ini jika dijadikan pena belum cukup lagi untuk digunakan untuk menulis ilmu Allah itu....bertapa luasnya....

bak kata ustaz ana "the more u learn the more u don't know"

semakin banyak yang kita belajar dan kita menuntut ilmu Allah, semakin banyak sebenarnya perkara yang kita sedari yang kita tidak mengetahui....dan sinonim dengan manusia yang asal perkataannya dari perkataan arab "nasiya" iaitu  "lupa"

dalam menjadi seorang murabbi; tidak akan lari daripada diuji;

ujian kesibukan;ujian emosi; ujian harta dan jiwa dan berbagai-bagai lagi....

bagaimana cara kita mengawalnya adalah bergantung kepada iman kita....adakalanya kelesuan membuatkan manusia lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan....maka perlunya iman disini...iman yang memandu jiwa-jiwa kita untuk terus berbuat demi Allah tanpa rasa lesu dan penat....

siapalah kita untuk merasa letih atau penat dalam melaksanakan dakwah....sebenarnya kita sangat berada di zon selesa, sehinggakan apabila mendapat tanggungjawab yang melebihi kudrat membuatkan kita selalu mengeluh....kerna manusia itu sememangnya sikapnya suka mengeluh....

hal ini berbeza pula dengan pejuang-pejuang zaman Rasulullah yang ujiannya sangat dasyat dan menguji keimanan mereka....namun mereka mampu menghadapinya....

ditambah pula dengan ujian-ujian warga Palestine yang sentiasa dihujani peluru hampir setiap saat dan detik waktu, namun jiwa mereka sangat hebat kerna mereka memiliki prinsip mereka iaitu mati syahid atau hidup mulia....berbeza kan dengan keadaan kita???


oleh itu jom muhasabah balik....jika merasakan diri sudah banyak berbuat untuk Islam.....fikirkan apa yang kita sumbangkan sebenarnya untuk Islam....ikhlas ke kita??

jika merasakan diri terlalu letih untuk berbuat untuk Islam....cuba bandingkan perjuangan kita dengan perjuangan rakyat Palestine....siapa yang lagi susah....siapa yang lagi perit kehidupannya berbanding diri kita.....kita tidak akan merasai sesuatu itu selagimana kita tidak berada di situasi atau keadaan yang sebenar...

tiada alasan dalam melakukan dakwah....kerna syurga itu kan mahal harganya....so, bayaran untuk mendapatkannya juga mahal....jika mahal jual beli yang kita jalankan dengan Allah maka Allah tidak akan teragak-agak untuk membalasnya dengan harga yang Mahal...

jika kita diberikan tugasan yang berat dalam jalan dakwah...jangan pernah mengeluh tentang mengapa kita yang dipilih untuk menjalankan tanggungjawab itu, mengapa asyik kita sahaja yang perlu berbuat....mengapa tidak orang lain....jangan pernah mengeluh!!!

sebaliknya bersyukurlah....kerna Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk berbuat untuk Islam....walaupun tugas itu tugas yang remeh (contohnya menjadi tukang angkat talam semasa iftar)- namun tugas yang remeh itulah bilamana kita berbuat tu kerana Allah dan mencari keredhaannya di akhirat maka akan dikira oleh Allah sebagai amal...

"kerna amal itu walau sebesar biji sawi sekalipun tetap akan diterima oleh Allah"

begitu juga dengan UJIAN yang menimpa kita dalam jalan dakwah ini; biarpun ujian itu bertimpa-timpa ke atas kita banyak mana sekalipun...tetapi cubalah untuk tersenyum....kerna Allah sedang menguji tahap kesabaran kita untuk terus kuat dan bertahan dalam medan dakwah ini...bersyukurlah dengan ujian yang menimpa....kerna UJIAN itu tanda KASIH dan CINTA ALLAH pada hambanya....

indahnya cara dan corak penyampaian CINTA ALLAH kan....beruntunglah bagi mereka yang memerhatikannya....

jom sama-sama kita islahkan diri kita sepanjang cuti ini....untuk memikirkan setiap rasa yang pernah mengundang jiwa sepanjang mengikuti jalan dakwah dan tarbiah....agar iman kita diperkuatkan sepanjang cuti ini....


 :: so let's fight to stay on the road of dakwah and tarbiah ::

~ bersambung di entry seterusnya ~ berjalan tanpa henti 2

akhir kalam....takkan surut walau selangkah; takkan henti walau sejengkal; cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga



::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here