Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Bismillahirahmanirahim....alhamdulillah...sampai akhirnya di rumah setelah sekian lama berada di IPG....xdela sekian lama....tp lama la jugak....dah 2 bulan....balik sempena cuti raya haji and sempena study week....so ambil kesempatan untuk study di rumah....

dalam beberapa hari ni hati rasa sangat-sangat tenang....semakin dekat dengan Allah rasanya....serba sedikit dapat merasai nikmat HALAWATUL IMAN....sebab bila mana kita ditimpa kesusahan dan ujian pasti kita akan semakin hampir dengan Allah untuk membuat keputusan berlandaskan iman dan taqwa....bukan berdasarkan emosi....

so dalam entry ni ana nak kongsikan hasil pembacaan ana mengenai beberapa perkara yang sangat ana tertarik dan bukan sekadar untuk membaca tetapi untuk diamalkan....mudah-mudahan hidup akan diberkati....amin....

"Dan kahwinkanlah orang2 bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang2 yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.." (Surah An-Nisaa': 1)

♥ "sesiapa saja yang menikahi wanita kerana KEMULIAAN status sosialnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kehinaan"

♥ "sesiapa saja yang menikahi wanita kerana HARTAnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kefakiran"

♥ "sesiapa saja yang menikahi wanita kerana KEDUDUKANnya, maka Allah tidak akan menambahkan kepadanya selain kerendahan"

♥ "sesiapa saja yang menikahi wanita bukan kerana hal lain, kecuali AGAMANYA dan agar pandangan matanya dapat dikekang, dan kemaluannya terpelihara, atau untuk tujuan menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati pernikahannya dengan wanita itu dan wanita itu beroleh berkat pula kerana dipersunting olehnya"

(Hadis Riwayat Abu Nu'aim dan al-Hilyah)

antara pembacaan ana yang ingin dikongsikan.....

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”
“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal study?”

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.”

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

“Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah. Padahal, baginda ma’sum dan saya tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”

“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,”

BY: USTAZAH FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN



semakin banyak kita membaca semakin rasa diri masih tidak cukup ilmu di dada...

Astaghfirullah.... nasihat ana untuk diri ana.....

Jadilah khazanah kerahsiaan.. Seperti mawar yang memagari dirinya dengan duri...Tak mudah didekati...Apatah lagi disentuh....Menjadi idaman kumbang walaupun gentar dan sukar dimiliki Akhirnya yang benar-benar hebat bakal menjadi penyunting mawar berduri untuk terus mekar di Taman KeredhaanNya.. ♥ ♥

so....!!! 

 Jodoh dengan pasangan impian BELUM TENTU DATANG......tetapi jodoh dengan KEMATIAN, KUBUR, AKHIRAT pasti akan datang walau tidak diundang..sama ada kamu setuju atau enggan, itu JANJI Allah..

SINGLE itu indah,
SINGLE itu perjuangan,
Antara nafsu dan iman......

and so......!!!

  " Be a man. Don't approach her, but approach her WALI. "

buat semua ikhwah-ikhwah di luar sana.....

Jangan terlalu murah engkau dalam berbicara dan jangan terlalu mudah engkau mengucapkan kata-kata 'I LOVE YOU' atau 'I MISS YOU' kepada seseorang wanita kerana engkau pun tahu wanita itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan pinanglah mereka dengan lafaz Bismillah 

 Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.

Tapi...

Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah ?

~ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

~ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^?^).

~ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^?^).

~ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ?.

NO couple, YES nikah ?
that all for today.....


::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here