Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....
Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum saya menulis sesuatu untuk entry kali ini.... jom kita sama-sama dengar lagu ni....


Hilwan-sebuah cinta

Baiklah..... entry kali ini sebenarnya ana nak ceritakan tentang betapa indahnya "MENJAGA HATI".

Pernah tak para pembaca sekalian diserang atau dihinggapi atau terkena dan sebagainyalah penyakit ini... (Penyakit hati)?? ia bukanlah penyakit fizikal yang boleh dikesan dan dirawat oleh DR-DR pakar....malah....penyakit ni....DR pakar pun kadang-kadang tak boleh nak merawatnya..... carilah mana-mana hospital yang boleh merawat penyakit hati ini.... yang membawa kepada perasaan cinta bagi mereka yang masih belum halal (bernikah); ia adalah suatu penyakit yang tidak nampak dari physically.... hanya boleh dirawat dengan IMAN sahaja..... RAWATAN IMAN.....

Sukar sebenarnya ingin saya jelaskan bagaimana boleh munculnya penyakit ini..... kadangkala seringkala kita berfikir bahawa rasa cinta yang Allah hadirkan itu suatu fitrah..... Ya...memang benar.... tapi perkara yang menjadi fitrah ini boleh menjadi suatu "fitnah" apabila tak dapat dihandle dengan baik.....

Jadi.....jangan kita yang membawa penyakit di dalam hati manusia lain....atau kita yang mencari sendiri penyakit di dalam hati kita sendiri..... sebagai contoh.... sikap suka "stalker" ke orang yang diminati..... suka "Usha2" tidak menjaga pandangan ke.... dan macam-macam lagi.... even "admire" orang secara senyap-senyap pun suatu penyakit di dalam hati.... sebab apa ia suatu penyakit??? sebab....penyakit tu membawa kita pergi kepada angan-angan yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan pun.... atau mungkin angan2 yang hanya melalaikan..... melambatkan urusan seharian kita..... lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam gerak kerja dakwah.....penyakit ini akan merencatkan urusan dakwah....dan menurunkan kadar iman kita....sedar atau tidak itulah kenyataannya.....

Jadi....amat sedih sebenarnya sekiranya kita (syabab)/(mujahidah) yang sedang sedaya upaya untuk menjadi soleh dan solehah terpedaya dengan penyakit ini..... langsung tak berusaha mencari penawar yang mampu mengubati penyakit ini....lebih-lebih lagi diperingkat usia remaja....20an....masing-masing diserang penyakit ini kerna bimbang masih belum berumah tangga dsb......

Memang bukan mudah untuk menjaga hati ini..... Ana akui..... Tidak semudah mulut yang berkata-kata..... tetapi perkara yang tidak mudah untuk menjaga itulah yang disukai oleh Allah untuk meraih Redha-Nya.... dan perkara yang dirasakan sesuatu keseronokan pabila melakukannya itulah yang paling disukai syaitan......


Ana sering ditanya macam mana caranya nak jaga hati??? Allahu Akhbar.... Rasa macam tak layak pulak nak jawab persoalan ni.... sebab pernah la diserang penyakit ni....dan ada beberapa cara yang dapat dirawat dan ternyata perkara itu berkesan.....

1) Kena ada rasa keyakinan yang tinggi pada Allah in sha Allah setiap manusia tu telah dicatatkan jodohnya masing-masing.... bersabar dan terus persiapkan diri dengan penuh persiapan ke arah tanggungjawab yang lebih besar..... sebab sebuah perkahwinan tu bukanlah suatu keseronokan diri....tapi sebuah amanah....tanggungjawab yang lebih besar.....sedar atau tidak sebenarnya kita....??? Jadi tak boleh nak rasa gembira sangat.....amanah dan tanggungjawab dari Allah itu sangat besar.... Allahurabbi....

2) Keyakinan perlu diiringi dengan usaha: usaha dari segi doa.... doa kepada Allah memohon petunjuk..... masa, bila dan dimana in sha Allah akan tiba masanya.... usaha tu bukanlah alasan untuk kita melakukan usaha yang tidak sepatutnya....usaha yang Allah redha.....contohnya PM ibu dan ayahnya bagi seorang syabab.... bukan PM si gadis tersebut.....kalau PM si gadis bermaksud si syabab sedang menyebarluaskan penyakit hati tersebut.....

Berusahalah dengan cara yang terhormat....selagimana ada mana-mana lubang yang boleh menembusi ke arah penyakit hati tersebut tutuplah lubang itu......

Syadid? No....bukan syadid namanya... ia adalah suatu keindahan..... berpuasa....berpuasa dan bermujahadah nafsu...... dan barangsiapa yang melakukannya akan merasai kenikmatan sepertimana kenikmatan berbuka...kerana berjaya mengawal nafsunya......

Pernah mak cik ana bertanya kepada ana: wardah (bukan nama sebenar) bila nak kahwin?
wardah: in sha Allah belum masanya lagi.... Allah tahu kemampuan hamba-Nya....
mak cik: hurm....macam mana lah nak jumpa jodoh...kalau semua yang nak berkenalan kena block.....
wardah: .....................................(diam shj dlm hati)

bukan niat nak block orang ke apa....bukan niat bersikap sombong tapi niatnya adalah nak jaga hati sendiri dan jaga hati orang lain jugak.....jangan biarkan diri kita menjadi fitnah ke atas diri orang lain....

lebih menyedihkan lagi....dan membimbangkan lagi kalau-kalau kita yang menyumbang kepada penyakit hati orang lain.... Allahhu Akhbar..... (menyedihkan kan)......

3) Jangan biarkan diri kita memiliki sesuatu dan dimiliki oleh seseorang sebelum masanya.... maksudnya "couple".....atau ke arahnya.....contohnya biasakan diri terima hadiah dan sebagainya dari kaum yang berlainan jantina dari kita.....

Alhamdulillah Allah memelihara diri ini..... setiap hadiah yang diberikan oleh lelaki kesemuanya hilang dan rosak.... tempatnya sesuai di tong sampah (maksudnya Allah masih nak jaga hati ni).... menerima hadiah itu hukumnya harus.... tapi boleh menjadi haram apabila boleh membawa kepada zina hati.......

4) Sibukkan diri: penyakit hati ni akan datang bila kita ni banyak masa lapang..... waktu free..... so....sibukkanlah diri....dengan aktiviti dakwah contohnya.....sibukkan diri dengan belajar.....hingga kita pun tak sempat nak fikir pasal soal hati kita sendiri......

5) Cari kawan yang boleh menjadi self reminder kita..... yang boleh jaga kita.... jaga hati kita.... (maksud kawan disini adalah kawan sejantina)..... sama2 menjaga..... bila diri ada masalah hati....kawan tu akan bertindak ingatkan.....jaga hati.... 

6) Kurangkan berdiskusi atau berurusan dengan mereka yang belainan jantina dengan kita, dan berurusan dikala perlu sahaja...... sebabnya....lebih banyak urusan bersama....so lebih banyak peluang untuk berjumpa.... Contohnya.... Si A ada penyakit hati dengan si B..... So si C tahu si A ada minat si B.... jika ada perkara yang memerlukan si B menghubungi si A.... Si C perlu bantu si B..... sebagai pengantara.....supaya tidak timbul lebih parah lagi penyakit hati si A.....  Cuba elakkan adanya ruang dan peluang untuk berhubung..... kadang2 orang yang berpenyakit hati akan cuba dan terus mencuba mencari ruang dan peluang untuk berhubung....mencipta urusan meskipun tiada urusan..... mencipta alasan untuk berjumpa atau berhubung meskipun alasan tu kadang-kadang macam x sesuai jek....contoh lain:

Si syabab PM si mujahidah untuk bertanyakan hal2 atau perkara2 yang berkaitan dengan hukum-hakam agama sebab berpendapat si mujahidah mampu membantunya dan faqih dalam bidang tersebut.... padahal boleh sahaja si syabab tersebut bertanyakan kepada syabab2 lain yang juga faqih dalam bidang tersebut....cthnya ustaz2....atau sahabat syabab2 mujahidah tersebut yang juga mengaji dalam bidang yang sama....x perlu PM mujahidah tersebut..... kadangkala kecenderungan perasaan untuk berhbung tu lebih kuat daripada perasaan ingin mendalami ilmu.... mendalami ilmu tu kadangkala menjadi alasan dan sebab sahaja untuk seseorang menghubungi sesiapa sahaja yang menimbulkan penyakit di dalam hatinya.....

Astaghfirullahalazim.... banyak-banyakanlah kita beristighfar....mudah-mudahan apa yang kita lakukan selama ini tidak mengundang penyakit di hati.....atau perkara-perkara ke arah itu.....

Jadi sebelum tiba masanya....jom kita bercinta dengan pemilik cinta Agung kita yang memang pasti... iaitu Allah dan Rasul.....bukan mereka yang tidak pasti..... Assalamualaikum.....

Maaf andai entry ini menyinggung mana-mana pembaca sekalian...ana hanya insan biasa yang juga banyak salah dan silapnya..... kadangkala tersungkur jatuh dan memerlukan mereka yang berilmu untuk memimpin jalan..... 





::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here