Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum warga muslimin dan muslimat dan juga buat peminat setia blog cahaya mataku..

entry kali ini ana nak bawakan beberapa persoalan berkaitan dengan tahap keimanan kita dikala kita diuji...adakah kita tahan dengan dugaan itu, atau sekadar membiarkan sahaja kemungkaran yang menguji kita itu berlalu pergi..

jangan sematkan pemikiran kita dengan kata-kata yang bisa memusnahkan kita dalam jalan menuju akhirat...kata-kata yang mengatakan bahawa "masih ada hari esok"; anda yakin hari-hari yang anda lalui masih berpanjangan?

segalanya belum pasti; yang pasti hanya Allah sahaja yang mengetahui; oleh itu, ku coretkan kata-kata ini sekadar untuk membuatkan kita terfikir dan berfikir sejauh mana kuatnya iman kita dikala diuji.

Suka benar ana ingin memetik suatu kata-kata yang sering ana dengar sewaktu mengikuti tazkirah di surau. "Sesungguhnya iman itu senipis kulit bawang". Ya, memang benar, iman itu senipis kulit bawang; ada kala meningkat ada kala menebal; itulah manusia

Jom kita mula berfikir:


Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai masih sibuk dengan dunia, kita masih sempat mengingati yang Esa;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala yang lain lalai dan leka daripada menunaikan solat; kita tetap tegar memperjuangkan prinsip kita untuk menjadikan solat sebagai yang utama;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai disekeliling kita membuka aurat; namun kita masih mampu menutup aurat kita dengan sempurna;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang lain lalai dan leka menonton televisyen cerita yang melalaikan, tapi kita masih mampu tegar membaca surat cinta Allah;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai sudah memiliki teman istimewa yang dikenali sebagai boyfriend/ girlfriend; tapi kita masih tetap mempertahankan kesucian cinta kita hanya buat mereka yang telah bergelar HALAL...

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang disekeliling kita mengucapkan kata-kata kesat dan kasar; kita masih mampu bersabar dan berlemah lembut dalam kata-kata;

Sudah cukup kuatkah iman kita?
Dikala orang ramai sibuk menghabiskan masa malamnya dengan tidurnya diulit mimpi indah;
tapi kita masih mampu untuk berjaga demi mendekatkan diri dengan yang Esa;

Ya Allah jika semudah ini untuk kita laksanakan segala apa yang kita inginkan alangkah indahnya...namun setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini (kebaikan) pasti akan diuji oleh Allah s.w.t. Kerna sesungguhnya Allah ingin menguji tahap keimanan kita dan juga tahap kesungguhan kita dalam melakukan amalan kerna-Nya.


Sesungguhnya menjadi lumrah manusia; dikala ia keseorangan dia menjadi lemah; tp kuat dikala mereka di dalam keadaan berjemaah;

tapi beruntunglah bagi mereka yang dikala keseorangan dia masih mengekalkan prinsip dirinya demi Islam dan kefahamannya ke atasnya...

Wallahua'lam..Assalamualaikum






::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here