Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian....selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait, para sahabat, tabi' wa tabi'in, ikhwah wa akhwat serta seluruh umat Islam yang tetap tegar memperjuangankan kalimatul Haq "Lailahaillallah muhammadurrasulullah" ila yaumul qiamah.

Insyallah berjalanlah tanpa henti dalam jalan dakwah....kerna Allah yang memegang hati-hati kita semua untuk terus tetap ataupun berundur daripada jalan ini. 

ana selalu pegang kata-kata murabbiah ana :
 "JANGAN SAMPAI TEMPAT KITA DIGANTIKAN DENGAN TEMPAT ORANG LAIN"

yela bilamana tempat kita dah digantikan dengan tempat orang lain....kita xtau dah arah tuju kita selepas tu....kalau masih dalam tarbiah alhamdulillah....tapi kalau we just stand by ourself....mcm mana pulak kan....sejauhmana daya ketahanan kita untuk terus bergerak mengawal iman kita sendirian tanpa pantauan dan tanzim apa-apa....

iman manusia kan adakalanya turun dan naik....sekurang-kurangnya bila mana iman kita berkurangan...masih ada yang sayang untuk terus mengingatkan bukan??

dan bilamana kita berada di kedudukan yang ramai " in Jemaah" kita akan terus kuat kerna syaitan itu suka mendekati bilamana kita bersendirian dan tidak suka bilamana kita berada dalam keadaan ramai....namun bukan nak kata bila ramai tu kita selamat dan tidak diuji....still lagi diuji....kerna syaitan akan sentiasa mencari jalan untuk terus memecah belahkan manusia.....

entry kali ni ana nak perkatakan mengenai:

"Dakwah menuntut kita untuk berkorban; namun mengikut kemampuan kita"

seperti entry yang lepas ana ada sebutkan tentang PENGORBANAN....namun entry kali ni berkaitan pengarahan dakwah yang memerlukan kita berkorban....

sememangnya di dalam dakwah bilamana kita disuruh untuk berkorban kita kena berkorban namun mengikut kemampuan kita....apabila berkata soal mampu atau tidak....memang kita akan menjawab kita tidak mampu....tapi sejauhmana kita tahu akan kemampuan kita....bukankah hanya Allah sahaja yang tahu akan kemampuan kita....kita tidak berhak sebenarnya untuk mengatakan yang kita tidak mampu....kerna semua orang ada kemampuan masing-masing.....

bilamana arahan dakwah meminta kita melakukan sesuatu; perlunya KEPATUHAN kita untuk akur dengan arahan tersebut....kerna Allah yang menggerakkan hati murabbiah atau pengelola medan untuk memilih kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

PENGORBANAN kita bukanlah PENGORBANAN yang sia-sia atau PERCUMA... kerna ada imbalan yang sedang menanti hasil PENGORBANAN kita....

semua orang pernah cakap kat ana...."kau mampu xpela"; kalau aku x mampu kot....

hurm...kata-kata ni selalu buat ana fikir...aku mampu ke?? aku pun xtau aku mampu ke tak??

sebab sebenarnya kita semua sebenarnya mampu....apa-apa pun ummi ana selalu kata....susah macam mana pun perkara tersebut buat jela dulu....bila kita dah buat baru kita tahu sebenarnya kita mampu atau tidak....

kadangkala kita selalu mengatakan yang kita tidak mampu kerna kita tidak pernah mencuba terlebih dahulu....dan kita tidak akan rasa yang perkara tersebut adalah tanggungjawab kita bilamana kita tidak pegang amanah tu....bilamana amanah tu menjadi tanggungjawab kita barulah kita akan fikir ia adalah tanggungjawab kita....betul tak???

kisah mengenai teman ana yang perlu berkorban memegang jawatan di kampus demi merealisasikan satu impian dakwah....permulaan yang begitu payah... perlunya bertanding dalam pilihanraya kampus....masa tu timbul berbagai persoalan....boleh menang ke tidak...boleh menang ke tidak...dah la tak pernah terfikir nak pegang jawatan tertinggi di kampus.....tapi bilamana semua orang tidak mahu untuk berkorban...so siapa lagi?? macam mana dakwah nak berjalan lancar kalau semua orang tidak mahu....

dan bilamana dah diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab tersebut....sahabat ana tu yakin...pasti ini aturan Allah dan Allah yang memilih kita....so teruskan....bukan mudah...pasti akan diuji....ujian yang sangat mengetirkan bilamana terpaksa bersaing dengan sahabat seperjuangan dalam pendidikan sendiri....masa tu timbul 1001 rasa:

:: sedih ::
:: serba salah ::
 :: confuse ::

dan macam-macam lagi....sahabat yang lain juga confuse nak pilih siapa ni?? sebab dua-dua adalah sahabat mereka....tp mereka ada yang tidak mengerti akan mengapa perlunya pengorbanan ini kerna mereka tidak berada di situasi tersebut....

jawatan tersebut bukan sekadar suka-suka untuk disandang....bukan sengaja-sengaja untuk dijawat....tanggungjawab yang besar kowt....tak pernah fikir pun nak pegang....tp demi dakwah...perlunya akan pengorbanan ini....

apabila difikirkan akan BESARnya PENGORBANAN maka akan BESAR lah ganjaran yang akan Allah berikan pada kita....maka sahabat ini merelakan dirinya untuk memegang jawatan dalam medan dakwah dan juga Kampus....SEGALANYA UNTUKMU DAKWAH....

" ini sebenarnya baru sedikit jika nak dibandingkan dengan dakwah-dakwah sahabat yang mengorbankan seluruh harta dan jiwa untuk berperang"

"kita bukannnya disuruh berkorbankan nyawa, bukan juga harta, tapi jiwa dan tenaga sahaja" untuk berkorban....

RISIKO??? risiko memang ada bilamana tanggungjawab kita akan semakin bertambah....diri akan semakin lelah....namun DAKWAH itu tidak bersifat ZALIM....bilaman kita dah banyak tanggungjawab....maka tanggungjawab kita dalam dakwah akan dikurangkan....tp x bermakna kita bersenang lenang yerp....dakwah tetap yang pertama....tp stdy bukan no 2....

"Sesungguhnya setiap perkara bergantung pada niat"

"Bilamana kita niat melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah; Allah pasti akan bantu" 

cuma kena yakinlah....kalau tak yakin...x jadilah...insyallah Allah bantu....

ternyata Allah mempermudahkan urusan tersebut....namun bilamana sudah mendapat tanggungjawab tersebut....akhwat selalu mengingatkan untuk tidak lalai dan alpa dengan tujuan yang sebenar....

tanggungjawab tetap tanggungjawab....matlamat tetap matlamat....namun untuk merealisasikan 1 matlamat perlu mengorbankan 1001 pengorbanan dan ujian....

sulit kan dakwah.....tapi manis bilamana memikirkan hidup didunia tidak lama pun berbanding akhirat yang kekal abadi....so buat dan terus berbuat demi Islam....

persaingan yang sengit namun membuahkan hasil dan bermula dengan permulaan yang baik sepertimana yang direncanakan....namun tak boleh bergembira dahulu....kerna UJIAN di hadapan banyak lagi belum ditempuhi....

so BEWARE....!!!

 ada kata-kata seorang akhwat kepada ana...bilamana kita diuji dengan ujian yang besar....UJIAN tersebut membuatkan JIWA kita semakin BESAR sebenarnya....

kita akan semakin tabah dan sabar berada di dalam medan dakwah ini....dan membuatkan kita lebih matang berfikir dan membuat keputusan demi dakwah...

Alhamdulillah...langkah bermula...dan walaupun susah dahulu...namun Allah permudahkan di kemudiannya....

"PERJUANGAN ITU PAHIT KERNA SYURGA ALLAH ITU MANIS"

(kata-kata daripada blog seorang ukhti) yang sama di jalan ini....syuqran sahabat...syuqran akhwat semua....

sokongan dan prihatin kalian membuatkan ana masih kekal di jalan ini....biarpun apa yang mendatang...insyallah takkan ku berundur....rencana Allah itu pasti bagi hambanya yang berada di jalan yang benar....Amin Ya Rabb...doakan ana...






::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here