Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Showing posts with label Nasyid. Show all posts
Showing posts with label Nasyid. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Disaat semua family gemuruh tengok bola Malaysia melawan Thailand, ana pulak sibuk mengoreng-goreng keledek goreng. Hehe.. sory la tak minat sangat la tengok bola. Tengok status update kat facebook pun ramai kucewa-kucewa sebab Thailand dah 2 dah and Malaysia 0. Tak pela, adat pertandingan, ada menang, ada kalah. Kadang-kadang dalam hidup ni tak semestinya kan kita sentiasa berada di atas. Macam roda. Yang sentiasa berputar-putar. 

Ok ana nak tanya semua. Dah tengok ker cerita "wArkah Cinta", adaptasi daripada Novel Warkah Cinta Berbau Syurga. Hurm. ok siapa tak tengok lagi leh la ea tengok, kat tv al-HijrAH. Actually, ana minat betul dengan lagu ni. Jom dengar and saksikan video ni. Ok sekarang Malaysia dah diumumkan kalah lawan bola. So, let's tenangkan hati semua k dengar lagu ni. Hehe....rileks k semua.

:
:
:
:
:
:
v


Okai dah tonton semua video ni? hurm...sebenarnya sedih cerita ni kalau siapa-siapa dah baca sinopsis cerita ni. Nanti wardah akan mati dalam cerita ni, and amir mukhlis akan ada sakit. Ustazah balqis plak minat kat Amir Mukhlis ni nanti. Sedih kan. So, rasa macam tak sanggup nak tengok cerita ni sampai habis. 

Kalau kita tengok awal-awal video ada pesanan yang kawan Amir nasihatkan Amir tyme tu. Lebih kurang macam ni pesan dia. "Anta kan penghafaz Al-Quran", "Mana boleh main cintan cintun ni". Betul la tu apa yang dipesannya. Lagi-lagi kalau penghafaz Al-Quran, memang tak boleh nak main cinta-cinta ni sebab boleh menyebabkan ingatan terhadap hafalan tersebut akan hilang sedikit demi sedikit. Itu belum lagi dengan masalah hati dan lain-lain perkara lagi kan.

Agak-agak zaman sekarang ni masih ada lagi ke main-main warkah cinta ni? hurm zaman sekarang dah moden, ramai dah tak guna dah surat-surat ni macam Wardah and Amir. Sekarang ramai dah direct jek kalau bercinta. Contact guna handphone boleh, facebook, e-mel and the latest one I-pad. hurm cinta di zaman IT sekarang. Cuma anda penentu cinta yang macam mana yang anda pilih. 

Suka satu statement dalam lagu ni:

".....selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan...."

...betul la...semua orang tak suka orang lain berkasar dengan diri kita kan....so, kita jangan berkasar dengan orang lain....sedangkan Rasulullah sendiri banyak diuji dengan kekerasan manusia jahiliah semasa baginda menyampaikan da'wah. Namun kekerasan tersebut still dapat baginda patahkan dengan kelembutan Rasulullah s.a.w tu.

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu” (Ali Imran: 159).

kat sini ana nak tambah sedikit pesanan ringkas jek, bukan Al-Hafiz atau Hafizah jek tau yang tak boleh nak main cintan-cintun ni. Kita pun kena juga jaga batasan dalam melahirkan rasa cinta tu. Amik iktibar macam sikap Amir Mukhlis tu, hanya dengan doa dan solat hajat jek sebenarnya. Serahkan pada Allah, In Sha Allah, Allah akan berikan kita jodoh yang baik.

ok sekian daripada ana dan tahniah kepada semua pelakon hebat "Warkah Cinta". Moga-moganya lebih banyak lagi filem-filem atau cerita-cerita islamik yang dikeluarkan zaman sekarang ni yang berlandaskan syariat Islam macam cerita ni. Mudah-mudahan boleh menjadi panduan kepada semua muda mudi sekarang ni yang selalu sangat terjebak dan mudah terjebak dengan gejala cinta ini. 

Akhir kalam daripada ana:

"jANGAN biarkan cinta yang fitrah itu menjadi fitnah; sebarkan cintamu kepada  PENCIPTA kita, kerna cinta itu hadir daripada PENCIPTA dan kepada-Nya jualah tempat kita menabur cinta, moga cinta hamba Allah yang mencintai-Nya bakal kita perolehi jua suatu hari nanti" 

 

 

 

 

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum semua....hari ini ana nak kongsikan karnival BKPI di IPG KSM....ternyata meriah....ni merupakan salah 1 wasilah dakwah kami di IPG.....dan secara tak langsung menolak pendapat yang mengatakan Islam itu dah jadi pertandingan dan konsert.....tidak sama sekali....sebab sebagai seorang daie kita kena kreatif dalam berdakwah.....mengikut apa yang boleh menarik perhatian umum.....

AJK-AJK BKPI


BERSAMA MESTICA
AS WE SEE DAN MESTICA
IS ONE (SEMESTER 8)

WE'RE FRIENDS FOREVER AND EVER

  THAT ALL.....ASSALAMUALAIKUM

::: Komen kalau suka :::

Lagu kali ni bila dengar memang best dan penuh dengan maksud yang tersirat di sebaliknya... sedih plak bila dengar lagu ni...

Ana doakan yang terbaik buat semua sahabat ana

"Ana terima semua sahabat ana apa adanya"

Biarpun kita mungkin dah tak berada di jalan yang sama tapi ukhwah kita seindah dahulu kay ;-)

~ Menjadi diriku ~

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


::: seribu satu kisah kita bersama :::




::: Komen kalau suka :::



Assalamualaikum semua

Cuti kali ni banyak sangat masa free...so byk la gak masa nak dihabiskan untuk update blog..

So entry kali ni ana nak cerita pasal nasyid, i mean lagu nasyid yang ana minat sekarang iaitu???hurm nanti ana gtau.. dah azan zohor skg ni so its better ana g solat dlu....perempuan x elok lambat2kan solat...kalo pempuan dia kne solat di awal waktu yerp...

dahulukan yang penting dulu iaitu panggilan Allah... pas tu barulah wt kerja (urusan dunia after that) barulah berkat hdup ni... kay tyme to solat..



so apalagi jom!!!





Ok dah siap dah solat...anda macam mana??? 

after solat latih diri tu tau untuk ngaji... ayat cinta Allah... mulakan dgn sehari 1 muka surat...lme2 akan jd kebiasaan la... makin lme makin banyak....ingatan untuk ana gak ni..



:: Al-quran kalamullah::

ok kte teruskan dgn entry sebenar kali ni tentang kumpulan Nasyid Nice yang ana minat lagu2 dia ea..bukan org yg nyanyi tu..

kenal tak kumpulan Nice ni?? kalo x kenal jom kte tengok


actually gambar ni diambil masa konsert amal nasyid di maktab perguruan tmpt ana belajar









OK  nilah serba sedikit gambar kumpulan nasyid nice...

kalau nak lebih tau mengenai Nice g jemput kumpulan ni datang pusat pengajian anda la yerk...

kami sempat bergambar dengan kumpulan ni...kami kan AJK mse tu




ok cukup2 sekarang nak gtau lagu yang ana minat iaitu lagu Bicara Hatiku by Nice:

THIS IS THE LYRIC:

Lirik Lagu Bicara Hatiku - Nice

Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini

Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Atie (Hijjaz Records)




::: Komen kalau suka :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here