Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Ntah kenapa la rasa tiba-tiba rajin pulak cuti-cuti ni nak update.....maybe terbanyak la pulak masa lapangnya kat rumah....cuba menikmati nikmat bahagia kat rumah.....hurm dan secara tiba-tiba jugak rajin and teringin nak makan tart chocolate....dah lama sebenarnya beli citak tart ni kat area mydin kota bharu....baru la jumpa....masa jalan-jalan dengan kawan.....

so...dengan tak bukak lagi sampul plastik citak tu.....maka terjadilah chocolate tart yang dah lama teringin nak makan ni.....

alhamdulillah....walaupun 1st tyme buat...x sangka plak jadi.....




agak-agak boleh niaga tak....teringin gak tau sebenarnya suatu hari nanti nak buat part tyme kerja kedai kek....ada bakery sendiri....sebab memang minat la sangat bab-bab kek and pastry ni.....hurm tp yela....bila dah jadi cikgu t gerenti busy....nak sambung study g....berangan je lebih kan....

tp x salah pe....realiti selalu kan jadi dari angan-angan yang finally jadi kenyataan kan...

ok....cukup sampai sini sahaja entry kali ni...that all...thanks for reading.... Assalamualaikum w.b.t

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum w.b.t.

Baiklah, kalau entry sebelum ni tentang tazkirah, da'wah dan sebagainya. Entry kali ni, ana nak sharekan rahsia membuat pizza yang telah menjadi. Ngeh2. Kalau rahsia tak leh share, tapi dah mintak izin dah dengan tuan punya resepi ni, and dia bagi ana kongsikan.Cumanya ana renovate sket resepi ni supaya roti pizza kita menjadi lebih lembut.

 

Okai bahan-bahan dia terbahagi kepada 3:

  1. Bahan membuat roti pizza;
  2. Bahan membuat sos pizza dan the last ingrediants 
  3. Bahan topping atas pizza 

 Baiklah bermula dengan cara membuat roti pizza kay: Bahan-bahannya adalah taraaaaaaaaaaaaa....!!!


  1. 2 cawan tepung gandum: (tepung gandum cap apa-apa lah; x kesah)
 

Cawan plastik nak sukat tepung tu guna yang jenis tinggi; kalau nak guna yang rendah ok gak..tapi sukatannya dapat sedikit jela pizza nye...kalau guna cawan tinggi actually leh dapat 2 pizza sekaligus;

 
tinggi macam ni pun alright gak... 2 cawan kay...
  
2. Kentang dalam 2 biji yang sederhana besar;

Okai, kentang tu you all rebus biar dia empuk dan lembut sehingga boleh dilecek (dihancurkan)

 

  
:
:
:
v


kalau nak kentang tu cepat empuk/ lembut...potong siap-siap...jangan letak dalam periuk sebesar-besar alam....boleh...bukan tak boleh....tapi lambat la dia empuk kay...nak senang....kupas kulitnya siap-siap....xdela melecur tangan yang comel tu lepas kentang tu empuk...sebab nak kena buang kan kulit dia t...xkan nak makan plak kan kulit dia...

kalau dah empuk...lecekkan kentang tu....biar hancur...kenapa guna kentang?? yer...inilah rahsia kelembutan roti pizza yang dicari...lebih lembut daripada roti pizza hut...

kalau nak buat donat yang lembut pun sama....letakkan kentang dalam adunan tu nanti....so, akan dapat la donat yang lembut....

3. Ibu roti (mauripan yeast):

 
 just need one mauripan (ibu roti nie) kay...

cara dia....bukak bungkusan yis segera ni, then campurkan dengan sedikit air...letak dalam cawan...putar guna sudu kay...

eh lupa nak cakap...letak dengan sedikit air panas dan campur dengan air sejuk....anggaran dalam setengah cawan jek....jangan penuhkan cawan tu dengan air...sebab anda akan saksikan keajaiban yang akan berlaku bilamana mauripan itu akan mengeluarkan buih sehingga cawan yang separuh sahaja air tu menjadi penuh...hehe...ajaib kan....jangan sampai tumpah.....ngeh2...membazir....

4. 1 biji telur:

 
 1 biji sahaja kay....jangan nak lebih-lebih....

5. sedikit minyak makan/minyak masak:



 sket jek...dalam ala-ala suku cawan gitu

6. Air secukupnya:


 Alright....tibalah masanya proses uli menguli:

  1. Masukkan 2 cawan tepung gandum tadi dalam bekas yang sederhana besar yang sesuai untuk proses uli menguli tepung. (pakai apron ea...conform anda comot kena tepung)
  2. Lupa lak....tepung tadi tu ayak dulu....biar dapat tepung yang halus, mulus dan bebas daripada sebarang gangguan serangga ke atau benda-benda yang kurang menyenangkan...hehe...senang kata bebas benda-benda yang kurang bersih.
  3. Masukkan bancuhan mauripan tadi. Gaul sebati dengan tepung.
  4. Masukkan telur pulak. Gaul sebati lagi.
  5. Masukkan kentang yang dilecek. Gaul sebati.
  6. Masukkan minyak makan. Gaul sebati.
  7. Dalam sibuk mengaul-gaulkan bahan tadi. Letakkan la sedikit air. Sedikit demi sedikit dan minyak makan tadi.
  8. Gaul sehingga dia menjadi doh dan tidak melekat-lekat lagi pada tangan.
  9. Kalau terlebih letak air tadi. Letakkan tepung gandung sedikit lagi. Dan kalau terlalu keras letak la air sedikit.
  10.  Minyak makan tadi fungsi nya untuk melembapkan adunan doh tadi and supaya doh tak berapa nak melekit dan melekat-lekat kat loyang pizza bila dipotong nanti pabila dia masak.
    Sesi meletakkan pizza dalam loyang
  1. Alright...kalau dah siap, bahagikan dua adunan tadi dan letakkan dalam loyang.
  2. Sebelum letak dalam loyang. sapukan sedikit mentega atau majerin pada loyang. Supaya tidak melekat.
  3. Loyang tu...bergantung la...nak loyang bulat atau loyang empat segi.
  4. Tidak terlalu besar loyang yang digunakan dan tidak terlalu kecik.
  5. Kalau loyang kecik, mungkin leh dapat 3 pizza, kalau loyang besar leh dapat 2 jek 


tekan doh tadi dalam loyang pizza hingga seluruh permukaan loyang tersebut ditutupi doh tadi. Then, tutup loyang tersebut, dan biarkan di atas meja selama 15 minit lebih kurang untuk memberi masa kepada doh tadi naik, kembang sedikit daripada saiz asal.

tau tak macam maca doh tadi leh naik kembang?? Ha...itulah fungsinya mauripan or ibu roti tadi. Dia menaikkan doh kita seupaya kembang dan tembam...hehe...

sebaik-baiknya tutup loyang guna tuala yang separa basah.. Biar dia lembap-lembap sedikit. Alright. dah biar selama 15 minit. Masukkan loyang tadi dalam oven, yang bersuhu 180 darjah celcius dan bakar selama 10 minit jek.

kena bakar separa masak dulu...sebab bila dah letak bahan atas pizza tu nanti, nak kena bakar sekali lagi. So, biar dia separa masak dulu kay. Sabar...sabar dan sabar. Buat ni memang memerlukan kesabaran sedikit. Dan kos yang agak tinggi.

Dah masak boleh keluarkan dan biar dia sejuk.



Tibalah masanya membuat sos pizza, bahan-bahanya adalah: Taraaaaaa!!! 

1. Sos prego yang tin kecik jek:

 

 Sos prego ni amik yang tin kecik jek tau...tu pun yang kecik akan guna dalam setengah tin sahaja. Pastikan halal kay. Sebab ada ura-ura mengatakan sos ni tak halal. So, amik yang ada tanda halal. Then nak katanya sos ni ada banyak warna tau, biru, oren, merah yang perisa dia pelbagai. Tapi u ollz amik yang perisa tradisi. Ha....yang cover dia warna merah macam gambar kat atas tu. Supaya pedas skit pizza kita t.

2. Bahan terpenting ke-2 dalam pembuatan sos pizza ni adalah serbuk origano:


 

 haa....serbuk nilah yang admin punya la susah nak carik. Kenapa penting? Sebab, serbuk oregano nilah yang akan menaikkan bau sos kita nanti. Bau dia akan semerbak macam bau pizza. Sampai ke mydin melaka, barulah admin dapat berjumpa dengan botol kecik kenot nie. Huhu...susah betul nak cari kalau kat kedai-kedai runcit biasa. Harga dia walopun kocik tapi mahal la...dekat RM8.00 lebih kurang.

3. Okai ni just bahan tambahan, kalau nak sodap lagi; iaitu >>

- cili yang dikisar (dalam 2 atau 3 sudu besar) : ikut tahap mana nak pedas pizza tu
 maksud cili kisar ni adalah cili kering yang dikisar, bukan lada besar ke...lada cili kecik ke...kalau guna depa ni, mau tak mengaum pedas sangat...guna cili kering jek kay...

 

 - then sedikit sos cili secukup rasa:



 - sedikit serbuk lada hitam:




Cara membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali;
  2. Then, masukkan lada kering yang telah dikisar tadi dalam 2 atau 3 sudu. (Ikut citarasa anda nak pedas mana)
  3. Tumis lama sedikit sehingga dia benar-benar tua. Kalau tumis lama tak dela sakit perut bila makan nanti... And mengurangkan kadar kepedasannya... Ni ikut petua mak admin la. 
  4. Masukkan sos prego tadi, dalam setengah tin kecik tu, gaul-gaul lagi
  5. Api jangan besar sangat, nanti hangus plak lada tu...
  6. Masukkan sos cili sedikit, untuk tambah rasa
  7. Kalau dia dah mendidih sedikit, macam ala-ala dah ada letup-letup...tak tau nak cakap cam ne...tapi dah mereneh sedikit, masukkan serbuk oregano, jangan banyak sangat...just secukup rasa.
  8. Masukkan gak serbuk lada hitam,
  9. Tumis sehingga dia naik bau dan agak-agak dah masak leh la tutup api
  10. Nak letak garam sedikit or gula pun boleh...ikut la...tapi kalau dah manis tak perlu la letak gula lagi kay.

Bahan-bahan untuk topping atas pizza:

Bahan-bahan ni sebenarnya ikut selera anda, anda nak buat pizza apa, boleh letak: (tapi semua bahan tu kena potong kecik-kecik kay)

1. Hot dog:

 


 Pastikan halalan toyyiba kay. Potong kecik-kecik and nipis-nipis. Just beli 1 packet hot dog jek dah ok. Boleh guna sampai 4 pizza 1 packet ni. Potong bulat-bulat leh....serong-serong leh...ikut citarasa masing-masing kay. Cari yang murah jek...ada yang 1 packet RM1.70 leh dapat. Tapi kalau yang brand mahal tu mahal la sket harganya kan.

2. Isi ketam:


Isi ketam ni pun sama. dia mahal sikit. 1 packet dalam RM3 ringgit lebih la. Sebab dia sedap kan. Ni pun sama, potong kecik-kecik ya.

3. lada benggala:

 

 lada ni ambil yang warna hijau kay. Potong kecik-kecik and panjang-panjang. Tak berapa pedas pun lada ni.

4. bawang besar dihiris kecik-kecik:


 nak potong dadu pun boleh.tapi jangan la hiris nipis-nipis macam nak tumis masak plak. agak-agak la kay....ikut kesesuaian masakan.

5. nenas:



 nak pizza rasa manis-manis sedikit, letak la nenas. potong kecik-kecik gak.

6. Daun bawang:


 letak la jugak hirisan daun bawang. banyak sedikit sayur-sayuran atas dia. Berkhasiat sket kan.

7. Boleh jugak nak letak carrot tapi.....bersyarat, carrot kan agak keras. So kalau nak letak, kena tumis sekali dengan sos lada tadi, biar dia lembut sikit bila dah masak. Kena masak. Takkan nak letak atas pizza tu macam tu jek kan keras-keras. Arnab pun tak nak...ngeh2...



 potong 3 segi yerk....cun sket... yang penting kecik-kecik dan tidak terlalu tebal. kalau tebal lambat sket dia nak lembut tyme masak tuuuu.....

8. And the last important ingrediants here is >>> cheese mozarella

bahan ke-2 penting dalam pembuatan pizza selepas serbuk oregano tadi. Cari yang dah siap dipotong kecik-kecik boleh atau beli yang jenis setongkol besar then kena sagat sendiri la. Kalau yang dalam packet tu yang dah siap dipotong panjang-panjang harga dia dalam RM12 ringgit lebih la. Kalau yang jenis setongkol besar penumbuk big show... hehe...sebab penumbuk ana kecik jek...tangan tak besar mana.... harga dia dalam RM 21 ringgit lebih...

cheese ni memang mahal banyak tau. Sebab dia sedap. Kalau yang brand jenis baik tu lagi mahal harganya. Jangan beli yang jenis sekeping-sekeping tu tau... Yang nama dia cheesedale...benda tah,tak ingat.... Yang namanya cheesedale2 tu yang hat sekeping-sekeping tu untuk makan dengan roti....so rasa dia pun lain gak...x sesuai untuk digunakan dalam membuat pizza...admin dah pena guna da...tapi x sedap.... x sesedap cheese mozarella ni....


haaa.....ni dia...yang buat makan dengan roti tuuuu...tapi..admin x pernah pun teringin nak makan dengan roti...x sedap mana pun....bukan selera admin la...



kena gak guna cheese ni kay...sagat halus-halus and panjang-panjang cam ni tau....mesti......wajib......

okai, masa yang dinanti telah tiba....prosedure akhir pembuatan pizza kita;

  1. Kan tadi dah bakar separa masak kan kita punya doh tadi kan, so sekarang tuangkan sos yang telah dimasak tadi atas pizza. sluuurpppp....sedapnya...
  2. Nak sedap lagi?? sebelum tuangkan sos atas pizza tadi, sapukan roti tu dengan mayonis, sedikit atas pizza tadi. ni resepi saje2 ana.tapi sedap jek...
  3. Pas tu baru letak sos tadi yang dimasak.
  4. Dah letak sos, sapu rata-rata sos tu, atas pizza supaya semua bahagian atas pizza tu kena dengan sos tadi, nak sapu tebal-tebal leh, nipis-nipis leh...ikut la k.
  5. Seterusnya, susun la bahan-bahan tadi yang dah dipotong kecik-kecik tu atas pizza yang telah diletakkan sos diatasnya tadi kay.
  6. Letak dengan dimulai dengan bismillah...then put the hot dog, then isi ketam, seterusnya lada benggala, bawang, nenas, daun bawang, dan sebagainya di atas tu.
  7. Last touch up daripada ana.....ni mesti last tau...sebagai gam dan penutup pizza ni adalah put the cheese atas pizza yang telah diletakkan semua bahan-bahan tu tadi.
  8. Nak lebih cheese?? letak la banyak sikit. Nak kurang letak sedikit jek. Tapi better letak banyak la, and msti letak cover semua bahagian kay..supaya dia dapat gamkan semua bahan-bahan tadi supaya tak la tertanggal bila nak potong t or terburai-burai.
  9. Dah siap letak, then tekan sikit dengan sudu....supaya semuanya melekat dan kemas pada loyang.
  10. Last prosedure....masak dalam suhu yang sama 180 darjah dalam masa 20 minit lebih kurang.
  11. Dah masak, boleh potong panas-panas, dan anda akan menyaksikan tali temali cheese tadi yang melekat pada pisau pemotong anda sama macam tyme kita potong pizza dekat pizza hut tu...memang naik la. melekat sana sini.
  12. so.....boleh la dimakan dengan sos or dengan mayonis.
  13. Selamat mejamu selera


That all....cukup sampai disini sahaja...entry yang agak panjang....sedikit perkongsian ringkas daripada ana.alright.Wassalam

::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum semua....hurm...mesti semua tengah sibuk kan dengan aktiviti masing-masing....
 Dengar-dengar....ada kawan tu siap kerja lagi....beeeeeeeeeeeeeesssssttttnya.....waaaa, saya gorp yang terkontang-kanting duduk di rumah ini....jadi suri rumah sepenuh masa....

...hari-hari schedule yang sama....huk3....bangun pagi.....basuk baju....tak basuh baju masak, pas tu ampai baju......wohooooo....boring kan dengar.....ada tak sesiapa nak bagi saya kerja kosong...kerja apa-apa la...janji ada kerja....yang mencabar sikit....ngeh2....suke benda-benda mencabar ni.....

....actually sebenarnya bukan tak de keje....ada keje tu....keje tanpa gaji...ngeh2....kena buat jurnal....ada pensyarah suruh buat jurnal la....mana la saya tau tulis-tulis jurnal ni....tak pernah pun terfikir and minat nak jadi penulis jurnal....tulis blog ni pun saja-saja jerk.....tak de keje....luahan perasaan sikit...walaupun tak de yang baca....nak gak tulis something....ngeh2....

.....waaaaaaaa,sekarang ni ngah tension, nak start macam mana jurnal ni....tak start-start lagi.....no idea la nak jadi penulis jurnal....huhuhu....pliz2....anyone can help me.... (muka sedih)....(^^)....tulah nak katanya keadaan bila balik cuti semester yang sangat panjang ni....sebulan lebih tak tau nak buat apa.....nak g program pun tak de kawan nak g dengan sape2....tak kenal dengan mana-mana akhwat kat johor ni....kalau ada program pun smua program tu kat JB.....Hello, jauhnya.....huk3....for sure family tak bagi kowt nak travel sorang-sorang sampai JB....dengan tak kenal sape-sape pun kat sana....so, terbengkalai lah saya seorang di rumah nie......huk3....

.....kalau cuti tyme raya...mid semester break tu,.....terlebih banyak plak aktivitinya nak kena buat....sampai tak cukup-cukup masa cuti tu.....yela....dengan assignment lagi....dengan persiapan rayanya lagi yang for sure meriah....tapi....nilah yang terjadi kalau semester akhir punya cuti....for sure duduk rumah jeeeeeeeeeeeekkkk.....sebulan cuti....so sebulan lah saya tak keluar g mana2...nak g mana-mana pun tak taula....

.....tapi tak dela teruk mana pun keadaannya tyme cuti ni....quite ok la....dapat la belajar masak banyak-banyak makanan......sebelum ni saya ada buat and belajar cara nak buat kentang wadges....yummmies......senang jek buat dia....beli jek kentang.....potong-potong...goreng-goreng then siaaaapppp......senang jerk.....



.......like this.....taraaaaaaaaaaaaaaaa.....nampak sedap kan...simple jek buatnya....adik saya yang form 1 tu pun tau buat....janji ada mayonis and sos cili dah kira sedap dah..... 

....resepi seterusnya yang dapat buat hari tu....dapat belajar cara buat mee rebus....waaa...makan petang-petang memang sedap....tiada yang menarik bila duduk di rumah selain makan dan makan....ngeh2....

......yela....mana tak nye....kalau duduk rumah dapat makan free.....tak perlu bayar dan tak perlu berjimat cermat.....cakap jek nak makan apa....kalau rajin nak buat....dapat la makan k.....lagi-lagi benda tu kita dapat masak sendiri and makan sendiri....lagila puas hati....asyik nak beli jek kan....bila nak ada pengalaman sendiri untuk buat sendiri makanan tu....

....kalau duduk maktab tu....nak masak....tapi tak leh masak....disebabkan kesibukan yang melampau....dan pengharaman memasak....menakotkan kami untuk cuba-cuba nak masak....tapi masak jek....masak nasi and masak air....hehe....tu jek yang sempat....yela, biasalah kehidupan wanita berkerjaya macam saya ni...ngeh2....poyos kan.....

 
yaaa.....itu dia mee rebusnya....siapa yang tak tau....ni mee rebus johor....sebab di buat dijohor k.....nampak sedap kan....memang sedap....tapi tyme ni buat guna yang cepat dan mudah punya....ngeh2....guna perencah mee rebus segera....sepantas kilat.......so, tak dela original resepi pun....

....hari-hari berikutnya...meniti cuti yang indah ni....dapat la buat popia gulung bersalut sambal.....hehe....actually masak-memasak bersama Chef Ainie ni akan start bila-bila saya ada mood k....and ada plak permintaan yang ramai daripada my siblings yang memang kesian tengok muka masing-masing macam lapar sokmo.....so, saya dengan rajinya tanpa kerja yang bergaji....menawarkan diri untuk memasak.....kui3....diikuti oleh polis bantuan saya....2 orang adik yang sentiasa akan menjadi pembantu setia....ngeh3....sorang kena g kedai beli barang then sorang lagi kena tolong gulung-gulung popia ni...and abang as a postmen...kena buat delivery kat my cousin yang rumahnya sekangkang kera tu.....

...bila dah terlebih rajin buat macam-macam, rasa macam boleh niaga jek....rasa nak jek bukak gerai kat depan rumah tu....." kuih....kuih...kuih....ala2, mak cik jual kuih" ngeh2....lawak plak...tapi almaklumlah.....saya ni pemalu....tak nak la....tak ada bakat la niaga macam tu....


waaaaaaaa......pengsan tengok....tak sangka berjaya membuat popia ini....dengan inti sayur-sayuran yang segar...cewah....sekali bagi kat cousin.....cousin kata leh wt niaga....hehe....agak-agak kalau jadi penjual kuih ni ada tak orang nak beli eak....jual depan rumah kan.....gerai......

...malas nak berangan lagi.....cuti pun tinggal 3 minggu jek lagi....so...program masak-memasak ni hanya suka-suka jek k....

......dah macam program memasak lak rasanya.....ok...menu petang seterusnya yang berjaya dilakukan....kuih donat bersalut coklat.... "hari tu sebenarnya berselisih pendapat gak dengan mak....mak nak buat donat gula, saya nak donat coklat....adik beradik ada yang request donat sambal" namun, disebabkan saya yang kena buat....so, saya buat donat coklat....ala-ala "BIG APPLE " g2....tp xdela fully sama....rasa for sure tak sama....mana kan sama yang original dengan yang tiruan kan....ngeh2...

 

.....rahsia di sebalik kuih donat yang lembut ala-ala donat kat "BIG APPLE" OR DUNGKIN DONUT....tu adalah hanya meletakkan kentang yang dilecek dalam adunan tepung u ollz k....boleh gtau mak-mak and mak cik-mak cik kat rumah k....kalau nak buatla....yang saya gtau ni tak dela secret resepi pun.....just sharing-sharing ilmu yang juga dikongsi oleh my mak....hehe....so, kalau ada ilmu tu leh la kongsi-kongsi k....jangan kedekut....tak elok....tak kemana pun ilmu tu kalau tak nak share2 dengan orang....kan..kan...kan....

ok...jalan-jalan buat makanan seterusnya adalah menu....pizza.....wow....tak sangka berjaya pulak buat pizza akhirnya berjaya....setelah 2 kali trial buat pizza ni....tak sangka kali ke-2 ni menjadi pulak tuuuuu....wohoooo....alhamdulillah...boleh la bukak kedai pizza hut....ngeh2....perasan lagi....yela, kalau kita g kedai pizza tu dekat 50 habis just semata-mata nak makan pizza yang hanya dapat 2 keping tu jek....mana cukup.....kan2....so i'ts better u ollz buat sendiri....lagi puas ati...nak letak macam-macam atas dia leh letak sesuka hati.....

pizza campur-campur....no ideas la nak bagi nama apa tah....


 ......isi kat atas tu boleh kay nak letak apa-apa pun boleh.....jering ke....petai ke....ngeh2...ikut citarasa semua k nak letak apa.....saya punya comot sket....tapi tak pe....yang penting rasa k....rasa tu yang penting.....biar pun tak sama....janji bila makan sodap....

huh....tak sangka gak hari tu ada la buat tart telur....rasa macam tak sedap....tapi tak tau la...abang suka pulak...dia kata sedap....tu untungnya buat la apa-apa makanan raksasa apa-apa kat rumah saya...pasti habis di makan...walaupun tak berapa nak jadi kadang-kadang....sebab pasti ada tukang makannya.....hehe....so, kalau sesiapa nak try leh la bercuti di rumah saya k...mampu tak mampu jek makan makanan yang macam-macam dibuatnya...try and error jek....yang penting apa??? ya....rasanya yang penting....biar rupa tak seberapa.....


.....rupa tart telur.....huhu...dah nak kecewa dah buatnya awal-awal buat masa tu....memang nak katanya kena sabar dalam apa pun yang kita lakukan....baik memasak, membasuh, membaca, belajar...semua lah kena sabar....tak sabar....so tak jadi.....kuih anda menunjukkan personaliti anda....hehe....bleh ke nak buat statement cam tu....yela,kalau tak sabar.....muka kuih pun buruk jek macam muka kita yang sedang masam mencuka gara-gara tak sabar.....

....nseb baik la mak ayah semua mendokong minatku yang suka memasak macam-macam jenis makanan and kuih-kuih....lalalaala....girang hati bila tengok semua suka makan and makan makanan yang dibuat sendiri oleh tangan kita sendiri kan dengan penuh kasih sayang pastinya...apa pun yang dibuat kena ikhlas....tambah rasa sedap makanan tu.....perisa tambahan makanan yang tidak dapat dilihat di dalam makanan iaitu kasih sayang.....scweeettt g2....

....so....tomorrow adik nak balik dari UIA....nak try buat kuih melaka....tapi nak namakan dia kuih johor....sebab buat kat johor...and pembuat dia orang johor....siapa yang tak kenal kuih melaka ok....this one k....

 
 ......so...nantikan kemunculannya di hari esok...senang....kejam mata pun boleh buat......dalam dia ada gula melaka......sebab tu dinamakan kuih melaka yang bakal dinamakan kuih johor...hehe...suka hatila kan nak namakan...apa ada pada nama....cewah....ok...that all for today.....

manfaatkan cuti-cuti anda dengan perkara berfaedah k....dan pastinya tarbiah dzatiah kat rumah memang waktu yang paling ideal dan bagus untuk menguji tahap tarbiah anda di rumah.....so, saya sedang menjalani tarbiah itu....anda bagaimana???
  
hope u ollz ok2 jek kay iman....wallahu a'lam..... wassalam.
 





















::: Komen kalau suka :::

Assalamualaikum semua...

cuti kali ni tak ada apa nak buat kat umah selain makan, masak-masak  and cuba try resepi baru dan semestinya belajar memandu...

entry kali ni bukannya pasal nak ajar masak ke apa ke...sebab ni pun baru 1st tyme cuba nak buat resepi ni...hasil tunjuk ajar seorang kawan baikku hehe... nama dia.....

tq dear ajarkan....walaupun tak berapa nak jadi tapi sedap la jugak di makan...hehe...

- resepi pizza -

yela...kalau nak makan yang kat kedai punya....pizza hut tu kan boikot....and nak beli pizza islam plak susah nak dapat kat johor ni...so it's better ana buat sendiri...

senang cakap suci, selamat dan bersih....terjamin halalan toiyiba...

tq sekali lagi buat 

hehe....


actually bukan senang tau nak buat pizza ni...perlukan modal yang banyak dan tenaga yang banyak untuk uli tepung tu...so sesiapa yang nak resepi bleh la minx kat kawan saya tu yerk...

dia handal bab2 pizza ni...tokey pizza la ktekan....

ok nak tengok tak pizza yang saya hasilkan....xdela cantik pun....hehe....malu nak tunjuk...


yang ni masa belum letak topping dia lagi....ana buat 2 versi (bentuk)...

1st bentuk 4 segi and yang 2nd bentuk bulat


sedang dimasak di dalam oven


gebu tak??? hehe....

ok skg nak tunjuk yang dah siap dimasak dan diletakkan topping


ni lah dia hasilnya....yang putih-putih tu cheese dia tau...letak banyak2 sebab sedap gak lebih2 cheese ni...and tabur la apa2 yang patut....secret resepi from my fwen....

ni pizza yang bentuknya 4 segi tau...yang bulat yang ni...

kat bawah ni

:
:
:
:
:
V


lagi banyak cheese letak....hehe...menggemukkan...


so kesimpulannya kan disini...jangan makan makanan boikot....buat sendiri kalau betul2 rasa nak makan tu...

so selamat dunia akhirat kay ;-)

walaupun pizza yang original tak sme dengan yang buat sndri tak pela...janji rasa tu ada...hehe...yang penting pengalaman tau....bukan senang nak buat...


pas ni leh la niaga hehe (perasan)
dah la buat tak berapa nak jadi kan...ada hati nak niaga...

apa yang penting usaha....Allah tak memandang hasilnya...Allah memandang usaha setiap hambanya....

tp kalau buat pizza ni kan mahal dia punya modal...so hasilnya kena la gak memuaskan...kalau tak termasuk dalam kategori pembaziran...yela kalau x jd misalnya....kan dah dikira membazir kalau x leh makan....kena plak buang....

ok lah cukup sampai disini sahaja...

assalamualaikum




::: Komen kalau suka :::



Assalamualaikum semua...

Hari ni ana nak membebel cara buat kuih raya or biskut raya yang digemari ramai...

tp xdela digemari sgt....tp budak2 zaman sekarang minat la bskut ni...

nama di biskut cornflakes madu...

cara mudah membuatnya....cepat dan sedap...sonang jek buatnye...

tp sebelum tu nak tanya....tau ke dok n penah tgk ke tak biskut ni macam mana ghopenye???

x pernah tengok??? ish3...

ok ni ana as a masterchef (perasan) nak tunjukkan yerp...





Jap ea ana letak gambar cornflakes madu yang ana pernah buat dulu....xtau la rupanya mcm ne...anda nilai la sndri yerp...







Yummy!!! enak kan....belum rasa lagi....

ok lah sekarang ana nak ajar cara mudah nak buat biskut ni...

simple jerk...



Mula2 kena pakai apron dulu untuk pastikan kebersihan terjaga:

BAHAN-BAHAN CORNFLAKES MADU:

1. Cornflakes (ikut berapa banyak yang nak guna)



"brand Nestle ni brand boikot tau"- so jgn beli selalu;buat masa ni ana belum jumpa lg brand yang x boikot; so pandai2 la yer cari brand yang tak boikot

2. Sudah semestinya madu 

tak kesah la...ikut la nak madu asli ke x asli ke.... yang penting mesti halalan toiyiba yerp



:: manis tau madu ni ::

3. Majerin ke butter ke dua-dua boleh guna

tp pastikan halal yer...sebabnya ada kes pernah jd... ada 1 brand majerin ke butter tu yang disahkan diletakkan minyak "babi"... ish3... apa la...mcm2 perkara jd skg ni... so make sure barang yang anda beli ada cop halal....bukan cop halal biasa ea...n baca sekali ingredients nye... to make sure diperbuat dri apa kay ;-)


OkAi amount bagi ketiga-tiga bahan ni iaitu cornflakes, majerin dan madu ni kena ikut berapa banyak cornflakes yang nak digunakan yer...

Contoh kalau setengah kotak cornflakes yang jenis kotak kecil tu... so guna la madu dalam 2 sudu or 3 sudu....

function madu tu untuk biarkan cornflakes rasa manis n disampaing nak lekatkan cornflakes tu....

majerin bleh la guna dalam 2 sudu besar...ikut jgak berapa banyak cornflakes yang nak disalutkan yerp

BAHAN-BAHAN UNTUK HIASAN DAN TAMBAHAN UNTUK LEBIH SEDAP LAGI

1. BoLEH guna kan BiJan

tau tak bijan tu pe???

ala yang putih-putih kecik2 tu.... nak tunjuk gambar tp xdek plak gambar nyer

2. cherry hancur bleh guna warna hijau n merah- biar nampak meriah sikit...colourful 


beli yang jenis packet yang dah siap dipotong dadu yerp.... dah dihancurkan....

3. nAK sedap lagi boleh letak badam cincang


function nye biar ada rasa kekacang sket dalam cornflakes madu kita....




Bahan tambahan adalah : cAwan kertas untuk masukkan cornflakes yang siap nanti


its better kalau u all guna cawan kertas warna hitam- sebab nye

1st biskut akan nampak lebih berseri bila guna cawan kertas warna hitam ni
2nd bila kte bakar dia akan cepat masak sebab warna hitam penyerap haba yang baik 

Okai dah ready untuk masak???

START

1. Cairkan majerin dalam periuk dulu-ikut sukatan (jangan terlalu banyak majerin-nanti kemungkinan cornflakes x melekat antara 1 sme lain) dan mungkin biskut akan nampak berair dan rasa majerin lebih....

so cukup guna dalam 2 sudu besar

cairkan sampai betul2 cair dalam periuk

2. Apabila majerin tadi semua dah cair bleh la masukkan madu.... kalau nak sdap letak la lebih sikit....

2 sudu setengah or 3 sudu besar madu...

3. kacau sehingga naik bau dan sehingga campuran madu dan majerin tadi nampak macam dah kuning2 dan berbuih

jangan terlalu lama... nanti madu td hangus or hangit... dah x sodap...

4. siap matikan api dan masukkan cornflakes ikut berapa banyak yang bleh digaul dalam campuran tadi....

5. mASUKKAN... badam hancur, cherry hancur warna hijau dan merah, masukkan gak bijan td...

6. gaul sebati hingga rata

7. ble dah rata tu bleh la masukkan dalam mangkuk kertas yang saiz kecil tu..

8. masukkan ikut kesesuaian mangkuk tu... jangan la terlampau penuh sampai tak comel dah mangkuk yang sepatutnya comel td

kay dah siap tu sebelum dibakar letak dalam loyang oven yerp...susun molek2...

dan letakkan manik2 warna-warni (tabur dalam setiap mangkuk) ikut kesesuaian....jangan plak terlalu banyak...nnti dah x berseri dah...

nak tau manik mana yang sesuai digunakan???

guna manik yang ada pada biskut ni

bwh ni....yang warna warni ni


kemudian bakarlah dalam oven ikut suhu biasa untuk biskut...

bakar dalam 10-15 minit...sehingga bau wangi yer....bukan bau hangus...

dah siap rasa lah...bleh la dihidangkan

simpan dalam bekas yang kedap udara yerp supaya tak mudah lemau...

kalau lemau sayang je

tp kalau lemau biskut tu bleh bakar lagi biar dia rangup balik...

tp kalau asyik lemau bakar lemau bakar lme2 dia bukan akan jd hangus dan rentung....

cara mudah lepas bakar makan terus...

selamat dsimpan didalam perut

hehe...

"selamat mencuba" dada!!!!


sekian sahaja untuk kali ini bye2


::: Komen kalau suka :::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here