Home

.

Ikhwah & Akhwat Blogger



Assalamualaikum hadirin dan hadirat sekalian

Entry ana sebelum ni adalah berkaitan dengan 10 Muasofat Tarbiyah... Baiklah entry kali ni ana nak lebih perincikan lagi entry yang sebelumnya yang berkaitan dengan 10 ciri dalam Muasofat Tarbiyah tersebut....

Buat masa ni ana nak fokus kepada ciri yang pertama dahulu yang berkaitan dengan Salimul Aqidah iaitu Aqidah yang Sahih..


Dalam dakwah Rasulullah S.A.W sendiri pada suatu ketika dahulu juga memberi penekanan dalam aspek aqidah sebagai aspek yang utama dalam menyampaikan dakwah Islam

Maksud aqidah yang sejahtera ini adalah bermaksud aqidah yang bersih. Bersih iaitu mempunyai ikatan yang kuat dan pegangan yang kuat terhadap ajaran Islam malah jauh sekali menyimpang dari jalan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Jika seseorang kader dakwah itu mempunyai Aqidah yang sejahtera, maka tidak ada masalah baginya untuk menunaikan segala perintah dan menjauhi larangan Allah s.w.t sepertimana yang telah tercatat di dalam Kalamullah. Malah hatinya akan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas-tugas dakwah pada bila-bila masa sahaja kerna dia percaya akan janji-janji yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-Nya yang beriman.



Sepertimana dalam surah 6:162 dan 163

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

"Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)


Mengapa perlunya kita memiliki aqidah yang sejahtera dan sahih???

Sila tengok gambar rajah di atas >>> aqidah itu diibaratkan seperti akar sebuah pokok...

cuba bayangkan jika sepohon pokok itu tanpa akar??? pasti pokok itu tidak dapat hidup dengan subur dan stabil kerana akar merupakan asas yang utama bagi sepohon pokok...

begitu juga dengan agama kita iaitu Islam... tanpa aqidah yang sahih tidak sempurna iman seseorang...

daripada asas aqidah inilah maka akan lahirnya rasa untuk menunaikan ibadah yang wajib diikuti dengan ibadah sunat yang lain dan akhirnya membawa kepada akhlak yang mulia dalam diri...


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dipenuhi bagi mencapai Aqidah yang Sejahtera ini:

  • Tidak mengkafirkan orang islam
  • Tidak mendahului makhluk yang sebanding dengan Allah
  • Tidak mempersendakan ayat-ayat Allah dan tidak duduk bersama mereka.
  • Mentauhidkan Allah pada Uluhiyah dan Rububiyah
  • Tidak mensyirikkan Allah pada Asma’, Sifat dan Af’alNya
  • Menguasai mazhab-mazhab islam yang membincangkan nasalah Asma’ dan Sifat disamping berpegang dengan mazhab Salaf.
  • Sentiasa berkawan dengan orang-orang yang soleh 
  • Yakin bahawa penghapusan dosa hanya dengan taubat nasuha
  • Yakin bahawa mati akan datang bila-bila masa
  • Yakin bahawa masa depan adalah untuk islam
  • Merasai kemanisan iman
  • Merasai kemanisan ubudiah (tunduk kepada Allah)
  • Merasai kewujudan Malaikat Hafazah






::: Sekian dari ana blogger muslimah ::::

Assalamualaikum



::: Komen kalau suka :::

Comments
0 Comments
    
    

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Komen Blog Ni

Get this widget here